Monday, September 14, 2009

Hak Jiran - Jiran Menjana Perpaduan Ummah.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Islam sangat prihatin dengan hubungan kejiranan dengan itu banyaklah panduan diberikan untuk dihayati oleh umatnya, agar penganutnya sentiasa menjaga dan memelihara hubungan baik dengan jiran.
Menyedari betapa tinggi dan pentingnya kedudukan jiran di dalam masyarakat Islam dan peranannya dalam kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat, Allah swt berfirman dalam al-Quran yang bermaksud;
“ Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin yang terdekat dan tatangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat dan ibnu as-sabil. “
(Surah an-Nisa’ : ayat 36)



Rasulullah s.a.w. juga sering memperingatkan kita dalam beberapa hadisnya supaya kita sentiasa menjaga hubungan baik dengan jiran dan sentiasa berbakti serta memuliakan mereka. Hubungan akrab di antara jiran sesama jiran sangat diutamakan di dalam ajaran Islam. Antara pesanan Nabi Muhammad.s.a.w. seperti mafhum Hadis di bawah ini;

“ Sentiasalah Jibrail berwasiat kepadaku mengenai jiran, sehingga aku menyangka bahawa sesungguhnya dia (jiran) layak untuk diwarisi ( mendapatkan harta pusaka).”


Jangan menyakiti jiran kerana perbuatan itu menjejaskan keimanan kita.Sehubungan dengan itu Rasulullah s.a.w. pernah bersabda;

“ Demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman, demi Allah tidak beriman. Sahabat bertanya: “Siapakah (yang tidak beriman itu) ya Rasulullah?. Rasulullah SAW menjawab : Orang yang menyebabkan jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;

“ Tidak masuk syurga barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya.”

(Riwayat Muslim)


Dekat atau jauh kedudukan rumah jiran di antara satu sama lain adalah berdasarkan jarak tempat tinggal, hubungan kekeluargaan dan perbezaan anutan di antara yang Islam dan bukan Islam.

Kedudukan jiran terdekat yang diistilahkan sebagai jiran ialah dalam lingkungan penempatan 40 buah rumah yang berada di sekeliling rumah kita, sama ada dari arah kiri, kanan, hadapan dan belakang atau atas dan bawah. Di mana ianya terdapat tiga kategori jiran yang dikelasifikasikan oleh Islam seperti berikut.

Pertama,
Jiran muslim yang ada hubungan kekeluargaan, mereka mempunyai tiga hak iaitu hak sebagai ahli keluarga, hak sesama Islam dan hak sebagai jiran.

Kedua,
Jiran Islam yang mempunyai dua hak, iaitu hak jiran dan hak sesama Islam .

Ketiga .
Jiran Bukan Islam, mempunyai satu hak sahaja iaitu hak jiran.

( Oleh itu sebagai orang Islam yang mukmin kita hendaklah menjaga hak atau tanggungjawab tersebut kepada mereka yang berhak menerimanya, mengabaikan hak dan tanggungjawab ini dengan sengaja bermakna kita menempah kemurkaan Allah. Demikianlah universial dan murninya ajaran Islam yang mencakup seluruh kehidupan manusia dan sekalian makhluk ciptaan Allah ).

Sentiasa berusaha mewujudkan suasana aman, damai, tenteram, sejahtera dan ceria dalam kehidupan berjiran. Suasana yang dikehendaki inilah juga yang menyebabkan Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa antara rukun-rukun kebahagiaan di dalam kehidupan ini ialah "mempunyai jiran yang baik". kerana jiran yang baik itu sentiasa medorong kita ke arah kebaikan sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Adanya jiran yang baik tentulah juga akan wujud hubungan yang baik dan mesra sesama mereka dan keadaan ini sentiasa menceriakan keadaan.Kekuatan inilah sebenarnya mampu menjana perpaduan di dalam kehidupan sesuatu ummah.


Siapakah jiran anda, pernahkah anda tinggalkan pesanan padanya dan pernahkah anda berdoa untuknya ???.

Bersatu teguh bercerai roboh.

#############

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT.


Berhati-hatilah memandu di jalanraya, ingatlah mereka yang tersayang, bertawakkallah kepada Allah sepanjang masa, mulailah perjalanan dengan menyebut nama Allah serta doakan keselamatan diri dan keluarga. Insya Allah selamat.

Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.

2 comments:

buNga said...

sapekah jiran anda?

kanan = p.ngah
kiri = mohd
depan = anak dara
blkg = faizal

pehtu sape lg ek.... x igt name.. tp igt rupe...


duhhh sy ketegori jiran yg x brape kenal jiran ni :)

Leenoh said...

Salam buNga.

Pak Ngah dah kenal semakin ramai, sebelum pindah nak kena tambah lagi kenalan . nanti buat khenduri boleh jemput depa hahaha.