Sunday, September 13, 2009

Kalau hendak seribu daya, kalau tidak hendak seribu dalih.


Salam Semua.


Pasar Tani Mega Shah Alam.

Saya sampai di lokasi masih waktu Subuh iaitu jam 6.20 pagi, namun demikian sebahagian peniaga telah pun mula menjual suasana ketika itu bercampur aduk di antara yang sedang menjual dan yang sedang bersiap-siap mengatur barang-barang jualan mereka. Sambil berjalan masuk saya rakam gambar ini, gambarnya agak kabur kerana saya tidak mahu mendedahkan wajah mereka yang terakam di dalam video ini sebagai menghormati mereka. Saya masuk melalui Gerai Jualan Daging dan di dapannya pula gerai jualan ayam yang telah diproses ......... Harga daging sekarang telah meningkat ke RM23.00. sekg.

Apabila cerah tanah sahaja orang ramai pun berpusu-pusu masuk ke kawasan Pasar Tani ini untuk mencari barang keperluan mereka.







Seterusnya saya pergi ke gerai sahabat saya ManKedah, gerai menjual ikan, ManKedah adalah salah seorang daripada anak muda di kampungnya yang berkelulusan dari Pusat Pengajian Tinggi tegasnya seorang yang berijazah sejak tahun 80an lagi. Beliau seorang yang bercita-cita tinggi dan bertekad untuk menceburkan diri dalam perniagaan. Pada awal perniagaannya dahulu orang kampung kebanyakannya tidak menghargai beliau sebagai seorang yang bersemangat untuk menceburi dalam perniagaan ini. Malah dipandang sebagai seorang yang mengambil keputusan yang tidak tepat dan tidak sesuai dengan kelulusannya. Bagi orang kampung ManKedah sepatutnya menjadi pegawai tinggi kerajaan bukan menjadi peniaga ikan seperti sekarang ini.

ManKedah seorang yang terpelajar beliau mengetahui apa yang sedang beliau lakukan, beliau bukan melihat dengan dua biji mata tetapi beliau melihat dengan mata hati akan dirinya dan masyarakatnya . Beliau juga mengetahui sejauh mana kejayaan seorang pegawai kerajaan dan juga mengetahui sejauh mana pula sebagai ahli perniagaan, beliau menyedari nasihat Nabi Muhammad.s.a.w. kepada umatnya.

Baginya tanpa melibatkan diri dalam perniagaan yang sembilan daripada sepuluh rezeki berada di dalam kegiatannya, masyarakatnya tidak akan dapat menyelesaikan fardu kifayah dan juga tidak akan dapat memantapkan kehidupan masyarakatnya.

ManKedah memekakkan telinganya daripada mendengar rungutan yang menjurus ke arah menyekat cita-citanya. Berkat sikapnya itu ManKedah kini sebok dan kalut dengan kerjanya yang semakin bertambah itu sehingga tidak cukup kakitangan menyebabkan beliau terpaksa menggaji beberapa orang pembantu. sekarang seawal jam 6.30 pagi ManKedah telah berada di Pasar Tani Mega Shah Alam setiap hari Ahad walaupun terpaksa bertolak dari Kedah pada petang hari sebelumnya.

"Kalau hendak seribu daya kalau tidak hendak seribu dalih".

Bagi saya ManKedah telah berjaya mengubah tanggapan salah terhadap dirinya, sekarang barulah orang kampung melihat kecerdikan dan kebijaksaan ManKedah sebagai seorang yang terpelajar dan berpandangan jauh. ManKedah sekarang bukan sahaja mendapatkan rezeki lumaiyan untuk keluarganya tetapi mampu menyara beberapa keluarga sanak saudaranya yang bekerja dengannya. kemuliaan sesuatu pekerjaan itu bukan dilihat pada kebersihan pakaian tetapi dilihat dari segi kesucian bidang kerjanya.

Saya mendapatkan maklumat ini ketika saya berbual-bual dengannya di belakang gerai kepunyaannya beberapa bulan yang telah lalu, gerainya yang terletak di penjuru tapak Pasar Tani berhampiran Pasaraya Giants itu menjadi tumpuan ramai kerana ikan jualannya adalah ikan yang segar yang sememangnya menjadi minat orang ramai. Dalam bulan Ramadan begini pelanggannya bertambah ramai. ManKedah mendapatkan ikan-ikan tersebut daripada Kuala Perlis dan Kuala Kedah. Sikap ManKedah patut diberi pujian. Semoga ManKedah berjaya.




Kelihatan ManKedah membantu pekerjanya
menurunkan ikan daripada lori.


Sekian. Wallahu aklam.Wassalam.

7 comments:

Anonymous said...

Salam sdr Leenoh.
Lama betul saya tak 'online'. Bulan puasa ni boleh kata tiap hari saya belajar memasak. Dekat tempat saya pun ada orang muda segigih ManKedah. Dia bekas jurutera yg baru dihentikan kerja. Dia borong ikan segar dari Pantai Remis setiap hari. Disebabkan terpesona dgn ikan2 yg berkualiti gred A dan hormatkan kegigihannya...saya pun dah jadi pelanggan tetap di kedainya. Orang2 gigih macam ni saya akan terus 'support' & semoga bisnes mereka semakin berjaya.

Leenoh said...

Salam Zaidi ali.

ManKedah tinggal dijalan Yan, kalau tak salah saya di Kg.Tebengau atau kawasan berdekatan situlah.

Di sini orang panggil dia ManKedah, orang seperti ManKedah ni saya tabek dan hormat.

Nl said...

salam pak ngah...

err saya hampir2 nak pergi
pasar tani pagi tadi tapi nampak cam nak hujan...

kalau tidak buleh jumpa ngan pakngah kat sana huhhhuu

walaupun saya tak beli ikan
biasanya saya pi jugak ushar2 kat situ...

ikan pun dah mahal sekarang nih huhuh....

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Jangan terperancat Pak Ngah memang pernah jumpa Naqeeb cama tak tau yang mana satu,
Tapi yang pasti orangnya tinggi-tinggi, rendah-rendah, rambutnya lurus-lurus dan kerinting-kering. hahaha salah satu kena.

Leenoh said...

Salam Nageeb.
Tadi Pak Ngah belum sahur lagi, tu yang tersalah ejaan tu hahaha.

Nl said...

salam pak ngah...

errr bila pak ngah nampak tu
kalau dalam 3/4 hari lepas
saya tadek rambut, botak berkilat!
huhuhuhuhuhuu

saya tak tinggi dan juga tak rendah
tak kurus tapi kurus agak gemuk tapi kurus ngeeeeeeeeee

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Naqeeb jangan duk temberang Pak Ngah, Pak Ngah ni pakar serkap jarang, Dulu ikan keli dalam petak bendang selalu terperangkap di dalam serkap jarang Pak Ngah.

Kekadang ular gajah pun kena hahaha.