Friday, September 11, 2009

Ramadan beransur-ansur meninggalkan kita.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Masa itu seperti pedang, kalau kita tidak memotongnya dia akan potong kita, masa berlalu begitu cepat dan pantas sekali, manusia sentiasa kalah dan dikalahkan setiap kali bersaing dengan masa. Masa berjalan sangat istiqamah, masa tidak akan menunggu sesiapapun, dia akan berjalan terus, sesiapa yang terlambat atau terleka tiada siapapun yang akan dimaafkannya, bak kata suara kegesan tiada maaf bagimu. Kini Ramadan berbaki kurang daripada 10 hari kerana 21 hari telah berlalu.

Pada bulan-bulan yang lain kita tidak begitu prihatin dengan perjalanan masa tetapi dikala Ramadan kita akan menghitungnya setiap hari dan sangat terasa kesan peninggalannya, setiap detik dan saat menjelang waktu berbuka, kaum muslimin dan muslimat akan memantaunya sehinggalah ke saat berbuka. Betapa gembiranya ketika itu, kanak-kanakpun riuh bersama di meja makan, semua orang mengutamakan masa dan patuh pada jadual makan dan jadual menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siangnya, pada waktu malamnya pula akur dengan waktu sahur. Demikianlah Ramadan berjaya mendidik kita sehingga menukar kebiasaan dan kelaziman kepada kebiasaan dan kelaziman yang baik dan mulia. Kalau diteruskan dan dilajakkan kelaziman itu ke hadapan sehingga keluar sempadan Ramadan tentulah amat baik sekali. Kiranya ini berlaku berarti anjakan pradigma telah menjadi realiti. Atau dalam kata lain suatu penghijrahan daripada kurang baik kepada yang lebih baik telah disempurnakan.

Adakah kita mendapat bingkisan yang dibawa oleh Ramadan dan disimpan di dalam stok bekalan kita untuk masa depan nanti atau hanya melihat bingkisan itu berlaku di hadapan kita sahaja. Harapan kita tentulah membumbung dan menggunung tinggi, doa kita juga mengharapkan rahman dan rahim Allah agar bingkisan dibawanya itu akan diberi-Nya kepada kita dengan itu dapatlah untuk kita buat bekalan di sana nanti.

Esok hari yang ke 22 Ramadan kita masih punyai peluang untuk mendapatkan tawaran yang telah diwar-warkan di dalam al.Quran dan al.hadis, khasnya yang tersebut di dalam surah al.Qadr.

Selamat meneruskan perjuangan. Insya Allah akan berjaya, ikhlaskan hati agar serasi dengan apa yang dicari.

Sekian.Wallahu aklam. Wassalam.

2 comments:

Nl said...

salam pak ngah...

10 malam terakhir nih...

malam2 yang panjang huhuhuuhuu

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Tawaran hebat, jangan lepaskan peluang