Saturday, September 12, 2009

Majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Penduduk ( Patrina).

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Persatuan Penduduk Patrina tempat saya tinggal sekarang telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa. Majlis seperti ini memang digalakkan oleh Islam kerana majlis jamuan begini mampu memberi pulangan yang sangat baik kepada mereka yang terlibat selain daripada janji Allah dengan pemberian pahala yang berganda, ianya juga dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim di antara penghuni taman berkenaan, majlis ini diadakan sebentar tadi, jamuan ini ditaja oleh salah seorang hamba Allah penduduk taman ini, selepas berbuka puasa dengan memakan secara ringan terlebih dahulu tetamu akan pergi menunaikan solat Maghrib secara berjamaah terlebih dahulu , kemudian barulah balik semula menyambung makan makanan yang lebih berat, selepas itu disambung dengan bersantai dan bersembang-sembang dan beramah mesra, inilah kunci mengeratkan silaturrahim yang dimaksudkan tadi. sebaik sahaja masuk waktu Isyak kami sama-sama pula menunaikan solat Isyak berjamaah dan seterusnya solat sunat Tarawih.

kemudian sekali lagi para penduduk kembali ke khemah dan makan makanan apa-apa yang masih berbaki dan bersantai lagi di sini sehingga.............. , saya balik selepas menjamah semangkuk bubur kacang, setelah sampai di rumah saya mandi terlebih dahulu kemudian barulah menulis entri ini untuk tatapan anda.

Gambar disnapkan petang tadi.

tembok ini juga tempat kami berehat selepas solat tarawih
atau
selepas gotong-royong.


Inilah pondok tempat kami bersantai selepas solat Tarawih.


Hampir masa berbuka.


Klik: Nukilan - Temuk kawan baruku.


Sekian.Wallahu aklam.Wassalam.

4 comments:

Nl said...

salam pak ngah...

pagi2 ni saya datang megjengguk huhh


err... seronok tu berbuka ramai begitu. banyak juga pak ngah makan yer huhhu

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Dak makan sahur ke ?. Time ni memang dapat pahala banyak iaitu dua saluran pahala masuk hahaha ...satu pahala kerana bersahur dan yang kedua pahala kerana melewatkan sahur. semoga kita sama-sama mendapt dua pahala tersebut.

Pak Ngah memang sentiasa berselera, kekadang makan sampai sakit... Pak Ngah takut nak makan banyak nanti susah pula nak imamkan solat Isyak dan tarawih.

Tapi malam ni Pak Ngah minta dikecualikan daripada menjadi imam sebab nak ke masjid pula, jadi makmum relek sikit.

Anonymous said...

Semoga taqwa mengakhiri Ramadhan ini dan kemantapan Iman mendahului Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Maaf Zahir & Batin

Leenoh said...

Salam Teja.

Amin ya rabbal alamin.itulah harapan dan itulah juga doa kita. semoga diperkenankan.