Monday, September 14, 2009

Pesanan untuk mereka yang ingin balik kampung.


"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar) di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".
( Al-Asr : 1-3).

##################

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Semalam saya menerima sepucuk surat peringatan dan pesanan dari Persatuan Penduduk Patrina. khususnya untuk mereka yang ingin balik ke kampung dan meninggalkan rumah tanpa penghuni, di antara pesanan di dalam warkah tersebut ialah:
1.Memastikan kediaman berkunci sebelum meninggalkan rumah.
2.Tidak meninggalkan barang-barang yang berharga di dalam rumah.
3.Memastikan segala peralatan elektrik, dapur gas serta suis dimatikan.
4.Mengisi borang maklumbalas keselamatan.
5.Menghubungi Bilik Gerakan Polis, jika berlaku sesuatu yang mencurigakan seperti talian yang telah diberikan.
6.Jangan tinggalkan nota di pintu rumah atau peti surat yang menyatakan anda tiada di rumah.
7.Memaklumkan kepada jiran dan Jawatankuasa Penaja Penduduk Patrina. jika berlaku kes-kes jenayah.
8.Periksa kenderaan anda terutamanya bahagian brek, tayar dan pastikan ianya tiada sebarang masalah.
9.Dapatkan rehat secukupnya dan mulakan perjalanan anda pada waktu yang sesuai bagi anda. Sekiranya anda rasa lebih segar pada waktu pagi jangan tangguh perjalanan anda.
10.Jangan terburu-buru di jalanraya kerana yang penting anda sekeluarga tiba ke destinasi dengan selamat dan dapat bersama dengan keluarga tersayang tetapi bukan meratapi berita yang membawa kesedihan.
11.Jangan memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan ingatlah orang yang tersayang.
12.Bagi mereka yang Islam seelok-eloknya berwuduk dan membaca doa naik kenderaan sebelum memulakan perjalanan serta bertawakkal kepada Allah sepanjang masa.

( Dirimuskan daripada surat Jawatankuasa Penaja Penduduk Patrina )



Masya Allah,
ini nak balik kampung ke atau nak berlumba...he3.

Laman Kehidupan Bersih sentiasa mendoakan keselamatan anda sekeluarga.
Jangan lupa bertawakkal kepada Allah dan Berhari Rayalah mengikut perintah Allah bukan mengikut adat yang terlarang.

Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.

4 comments:

Anonymous said...

Salam semua.

Semua pesanan di atas sepatutnya dipatuhi kerana pesanan itu suatu pesanan yang baik, kan.

Dari.MAN

Leenoh said...

Salam MAN.

Ya, betul dan benar.

Nl said...

salam pak ngah...

musim balik kampung nih
mmg kena berhati-hati lebih..

saya balik ke pantai timur dan
kemungkinan jalan jam teruk...
harap2 tahun ni tidak begitu. tapi
kalau jadi juga mau lebih 13 jam dalam kereta biasa 8jam ajer huhuhu

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Dulu Pak Ngah kerap juga kerabat dan merangkak atas bukit Jeli tu.Sampai Machang baru rasa lega.
Sekarang ni dah lama tak ke sana tentulah dah banyak perubahan, Pak Ngah suka kelantan kerana darah Pak Ngah adalah darah KK. he3. cuba teka apa itu KK.