Sunday, September 27, 2009

Ziarah menziarahi salah satu amalan yang digalakkan oleh ajaran Islam.

Wahnuar-Lee Noh
Salam semua.
 Amalan ziarah menziarahi di antara satu sama lain telah menjadi amalan yang telah sebati dengan umat Islam, terutama pada musim perayaan sama ada Aidil Fitri atau Aidil Adha. Di mana ajaran Islam mengajar penganutnya supaya ziarahi menziarahi, menghormati tetamu, memberi makan tetamu, di sana diterangkan juga kelebihan-kelebihan mengenainya. Menyedari perkara ini dan melaksanakannya insya Allah aktiviti tersebut akan menjadi ibadat, jika melakukannya tanpa menyedarinya mungkin menjadi adat sahaja kerana setiap amalan bergantung dan berteraskan niat . Insya Allah apa yang kita lakukan itu atas niat menyempurnakan perintah Allah dan Rasul-Nya maka tertunailah perintah tersebut.
@@@@@@@
Daripada Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w;
“ Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar malaikat untuk mengintip perjalanannya. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya; Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata: Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya; Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu perolehi darinya? Lelaki itu menjawab: Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala. Lalu malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya”
@@@@@@@

Atas kesedaran tersebut pada petang Jumaat yang telah lalu (25-09-2009 ) saya menziarahi ahli keluarga di Kluang, bertolak dari Shah Alam jam 5.00 petang dan selamat sampai di Kluang jam 10.00 malam. semua ahli kelua
rga menunjukkan kegembiraan dan keceriaan, berbual-bual dan bersembang sampai lewat malam barulah masuk ke kamar tidur.

Esok paginya ( 26.09.2009 ) jam 6.30 pagi selpas solat Subuh saya pergi ke Pasar Kluang mencari ikan dan lain-lain keperluan untuk membuat Laksa Kedah, kebanyakan ahli keluarga di sini gemar masakan tersebut, atas h
arapan kita gembirakan orang lain Allah gembirakan kita, maka kami jadikan Laksa Kedah sebagai hidangan untuk ahli keluarga dan tetamu yang lain .
Alhamdulillah kami bernasib baik kerana berbagai jenis ikan ditawarkan di pasar tersebut, kebetulan harganya pun murah. Biasanya selepas Hari Raya ikan tidak banyak di pasaran kerana ramai nelayan masih berhari raya, nampaknya kali ini mereka turun lebih awal ke laut berbanding dengan tahun-tahun yang lalu.



Ikan kacang-kacang at
au alu-alu sekilogram dijual dengan harga hanya RM10.00 sedangkan pada waktu yang lain harga mencecah RM16.00 atau RM17.00 sekilogram. kami membelinya tiga kilogram.

Ikan kacang-kacang ( alu-alu)

Jam 4.30 petang kami berangkat ke Bandar Batu Pahat menziarahi keluarga yang berasal dari Perlis dan telah lam bermustautin di bandar ini. Sesamapi sahaja kami di sini, kami dihidangkan dan dijamu dengan kuih raya. Ketika itu jam menunujukkan hampir pukul 6.00 petang. Mereka sekeluarga berpuasa sunat Syawal tentulah tidak afdal membukanya kerana menghormati kami sedangkan waktu berbuka telah hampir. Alhamdulillah syiar ini masih bersinar di kalangan umat Islam, saya selaku musafir tidaklah berpuasa sunat seperti mereka, insya Allah akan menyambung puasa berbaki itu pada hari yang lain.

Kemudian kami bertolak pula ke Kampung Mampan untuk menziarahi rumah Wahnuar yang tinggal tidak jauh dari Masjid Mampan Batu Pahat, Johor.

Ini adalah kali kedua saya ke rumahnya. Jalinan saliturrahim di antara keluarga saya dengan keluarga Wahnuar semakin erat dan mantap, saya sangat berharap jalinan ini akan berterusan dan membawa berkat kepada keluarga kami berdua. Terima kasih kepada keluarga Wahnuar yang telah memberi layanan yang terbaik kepada rombongan kami, saya belum pasti mampu berbuat demikian kiranya mereka menziarahi kami nanti.
Me bandung Muar.

Jam 9.00 malam kami bertolak pula ke Kampung Parit Salam untuk ke rumah Pak Uda. Pak Uda dan mak Uda juga melayani kami dengan penuh mesra dan ceria, kalau tidak salah ingatan saya ini adalah kali keempat saya menziarahi mereka, saya juga berharap hubungan silaturrahim di antara keluarga semakin erat dan mantap serta berterusan dan diberkati Allah.
Jam 10.00 malam kami bertolak balik ke Kluang dan sampai di Kluang jam 11.30 malam.

Kenderaan berjalan lancar.

Hari Ahad ( 27.09.2009 ) jam 12.30 petang selepas berjamu selera di Retoran Hj.Ali di tengah bandar Kluang kami pun bertolak pulang ke Shah Alam dan tiba di rumah jam 4.30 petang. Alhamdulillah segala yang dirancang, pelaksanaannya berjalan lancar dan selamat.

Sekian. Wassalam.

















10 comments:

FdausAmad said...

sis,
gua nak ajak lu dtg lepak blg gua.Rilek rilek beb.
selambe..

Leenoh said...

Salam Fdaus.

Saya telah menziarahi blog anda, meriah dan ceria sekali blog anda.

Mak Su said...

ziarah menziarahi? sayanggg.... budaya ini sebenarnya berpihak kepada kroni memasing saja, mana yang kurang disukai tidak diendahkan

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Memang betul kata Mak Su, kalau ziarah adat begitulah jadinya, kalau nawaitunya itu lillahi Taala insya Allah tidak akan berlaku demikian.

Temuk said...

Salam sdr Leenoh
Alhamdulillah. Tentu puas hati dapat ketemu orang-orang yang disayangi, apa lagi sempena hari bahagia, hari raya!

Leenoh said...

Salam Sdr.Temuk.

Alhamdulillah, tidak syak lagi hati sangat gembira.

Pada hari raya ke-2 saya ke Chemor- Perak bersama anak-anak, Hari itu saya telah mula puasa sunat, anak mengajak ketika saya telah mula berpuasa - saya setuju bersama mereka tapi saya teruskan puasa, jadi ziarah sahaja tak makan apap-apa.

Dee said...

salam...lamanya x bg komen kt sini..wah2 saudara leenoh smpt gak berziarah umah pak kuntong eh..

nk tyalah penah ke sdra leenoh buat n3 psl napa dlm Islam ada 4 mazhab..kalo ada dee nk minta linknyer..

Leenoh said...

Salam Dee.

Terima kasih Dee krn masih ingat Leenoh, Dee dah lihat gambar Leenoh dengan Kuntong kan, hensem kan ada bunga pula tu di muka dia hehehe.

Leenoh tidak pernah tulis tajuk-tajuk yang berat macam itu kerana ilmu Leenoh banyak yang tersimpan di dalam kitab, kurang di dalam dada..hehehe.

objektif laman Kehidupan Bersih hanya menulis secara santai-santai dan sembang-sembang sahaja, kalau Dee baca WWW.Zaharuddin.net mungkin ada tajuk yang seperti itu kerana lamannya menyediakan subjek ilmiah.

Cadangan Dee itu sangat baik, Dee carilah sampai dapat dan linkkan, insya Allah ganjarannya sangat lumaian.

KUNTONG said...

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke teratak hamba. Seminggu internet rosk, tak dapat berhubung. Baru ni le dapat bertemu di alam maya. Maaf Zahit dan Batin.

Leenoh said...

Salam Sdr.Kuntong.

Semoga ikatan persaudaraan dan keluarga kita akan lebih erat lagi dan diberkati Allah.

Terima kasih di atas layanan istimewa yang diberikan, hanya Allah yang akan membalasnya.