Thursday, September 24, 2009

Kampung mengekspot cerdik pandainya ke bandar.




Salam Semua.

Sejak zaman berzaman kampung diistilahkan sebagai te
mpat yang lebih mundur dalam serba-serbi dan beraneka macam berbanding dengan bandar. Adakah benar kampung sememangnya tidak pernah menghasilkan kemajuan dan tidak pernah memiliki cerdik pandai atau kepakaran dalam apa bidangpun sehingga kampung berkeadaan mundur berbanding dengan bandar.

Membakar diri menerangi orang lain.
Kampung sebenarnya membakar diri menerangi orang lain, kampung menghasilkan pelajar cemerlang dan sebahagian mereka kemudiannya ditempatkan di sekolah-sekolah berasrama penuh dan seterusnya mereka menyambung pelajaran ke Pusat Pengajian Ti
nggi dan juga lulus dengan cemerlang, juga di antaranya melanjutkan lagi pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi dan sebahagiannya belajar di sekolah-sekolah yang berkurikulum Pengajian Islam yang mampu mencapai ke taraf ilmuan Islam iaitu setelah mereka melanjutkan pelajaran ke Pusat-Pusat Pengajian Tinggi tempatan dan luar negara, dan akhirnya mereka juga berkhidmat di bandar, mereka balik kampung hanya ketika bercuti, khasnya ketika bercuti Hari Raya. Pada masa yang lain mereka sebok di bandar kerana menjalankan tugas sama ada di sektor kerajaan atau swasta.
Panggilan kampung ketika Hari Raya amat kuat sekali, jasmani dan rohani warga bandar yang berasal dari kampung diresapi ingatan terhadap suasana dan kenangan kampung yang dilonjakkan oleh ketauhidan dan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Di mana tuntutan menziarahi ibu bapa, keluarga, sanak saudara dan kawan- rakan perlu ditunaikan untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim dan meraih keberkatan.

Mereka akan rasa muda sekembalinya ke kampung terutama apabila bertemu ibu bapa dan berpeluk cium dengan mereka, ketika itu akan terasa seperti kanak-kanak, setua mana mereka , setinggi mana pangkat, mereka tetap akan terasa nostalgia itu, rasa muda juga akan datang dalam dalam hati kecil ketika mengenangkan sewaktu mereka kanak-kanak dahulu atau sekurang-kurangnya menghayati kemudaan itu dalam bentuk khayalan sambil mengingatkan kuasa Allah terhadap diri masing-masing dan kekawan yang lain dan kenangan lain yang amat mengusik jiwa.

Ketupat , lemang, rendang dan lain-lain masakan ibu mereka adalah hidangan dan juadah yang diidam-idamkan tanpa tolok bandingnya. Demikianlah kesan air tangan ibu.

Suasana kampung tenang dan nyaman.

Mereka memenuhi masjid dan surau di bandar, mereka balik kampung selepas mengimamkan solat dan mereka balik kampung setelah membaca khutbah Hari Raya, Kiranya mereka balik kampung lebih awal akan tidak sempurnalah aktiviti masjid dan surau di bandar.

Mereka juga memakmurkan masjid-masjid dan surau-surau di bandar dengan bersolat fardu secara berjamaah dan mengadakan kuliah-kuliah pada waktu malam dan subuh hari. Nampaknya kampung mengekspot cerdik pandai ke bandar sehingga tidak ramai lagi yang tinggal di kampung dan hampir semua cerdik pandai kampung berpindah ke bandar. Maka tinggallah kampung dalam keadaan tradisinya, nyaman serta sederhana.

Apakah pendapat anda pula dalam hal ini ?.

Klik je:

Bersediakah kita untuk berpuasa Sunat Syawal - 1430H


Sekian.Wassalam.

8 comments:

Anonymous said...

Salam Aidil fitri, leenoh,
Thaqabbalallaha thaatanawa thaathika,kullu am waantum bikhair.
Saya setuju dengan pendapat anda.Memang benar kampung mengekspot cerdik pandainya ke bandar.Sebab itulah kalau kita lihat sekarang ini masjid2 dan surau2 di bandar lebih ceria dengan majlis2 ilmunya sedangkan di kampung seolah2 usang,hanya sebagai tempat solat berjemaah dengan beberapa kerat orang2 tua saja manakala majlis ilmu entah ke mana.Jadi kalau nak mencari ilmu terpaksalah keluar ke bandar di mana di bandar2 didatangi dengan guru2 yang hebat2.Tidak dinafikan terdapat juga masjid2 di bandar usang,mungkin kerana jemaah pentadbir masjid yang kurang peka dengan situasi dan selera jemaah
menyebabkan jemaah tempatan terpaksa mencari pilihan ke tempat lain yang difikirkan lebih memberi impak yang berguna.seperti kata,tak kan nak makan yang sama selama2nya kut.INILAH YANG HARUSKAN DIFIKIRKAN DAN MENJADI AGENDA UTAMA OLEH AHLI JEMAAH PENTADBIR SURAU/MASJID.Wallahhu aklamubisyawab(arba)

Leenoh said...

Sdr.Arba.
Salam Aidil Fitri dan selamat berpuasa Syawal.minna wa minkum taqabbal ya Karim.

Ramai cerdik pandai kampung berpindah ke bandar, warga bandar memanfaatkannya, bila balik kampung kekadang ruang utk mereka ditutup rapat.

Pentadbir masjid di kampung perlu diberi semangat baru dan tasauwur yang tepat terhadap Islam mereka sepatutnya melihat Islam itu dalam kerangka yang lebih luas mencakup dunia dan akhirat dan maklumat tersebut pula hendaklah dipindahkan dan disebarkan kepada seluruh ahli jamaahnya tanpa kurang dan tidak pula ditokok tambah.

Sepatutnya itulah amanah yang perlu dibereskan oleh AJK Masjid dan pentadbir yang lebih atas.

Masjid dijadikan Pusat Ilmu baik di kampung atau di bandar. Aktiviti ini hendaklah berjalan secara istiqamah. Dengan cara ini insya Allah umat Islam berjaya dikeluarkan dari alam kegelapan ke alam yang cerah dan bersinar.

Hunny said...

Salam Pak Ngah,

Salam eidulfitri. maaf zahir batin :)

Hunny said...

Salam Pak Ngah,

Salam eidulfitri. maaf zahir batin :)

Leenoh said...

Salam Hani.
Sama-sama, maaf zahir dan batin.

Anonymous said...

Sdr lEENOH
Gambar dan tulisan dalam blog sdra cantik dan bagus. bolehkah bila-bila masa saya petik untuk siaran akhbar utusan pengguna yang saya kelola sekarang?
salam
terima kasih jika diizinkan.
azizi abdullah

DrSam said...

Salam Hari Lebaran Pak Ngah. Maaf zahir dan batin.

Tidak dapat tidak, semua anak rantau jauh manapun berada, kampung halaman tetap bersemadi dihati. Tempat jatuh lagikan dikenang...

Leenoh said...

Salam Dr.Sam.

Pak Ngah pun begitu juga. selamat hari raya . maaf zahir dan batin, mana-mana tulisan Pak Ngah yang tidak berfaedah itu tolong abaikan sahaja.