Showing posts with label Mengimbas semula kisah lampau - 700. Show all posts
Showing posts with label Mengimbas semula kisah lampau - 700. Show all posts

Friday, May 21, 2010

Universiti Pengalamanku - Artikel syok sendiri . 5.

Sorotan kembali dan kisahnya disambung.

Menara jam disediakan bersebelahan dengan surau kerana lokasinya sangat sesuai berbanding dengan tempat lain, di antara tujuan diadakan menara ini ialah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar mengenai pengurusan masa terutamanya ketika hendak ke sekolah dan juga semasa berada di sekolah, di persekitarannya diceriakan supaya kelihatan menarik, aku diminta oleh Pn.Hjh.Kartini bt Zakaria ( pengetua ) untuk menamakan laman menara jam tersebut, akhirnya aku bersetuju menamakan Laman Al.Hidayah sesuai dengan keadaannya berada di sisi surau, Aku diminta berdemikian kerana menara tersebut hasil cadangan dan permintaan terakhir aku di sekolah sebelum bersara.( Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada Pn.Hjh.Kartini ).

Aku hanya mencadangkan secara teori mengenai menara jam tersebut, rupa paras yang kita lihat sekarang yang sendiri pun tidak mengetahu siapakah merealisasikannya menjadi objek yang amat aku disukai, sesiapa yang membaca artikel ini dan mengetahui rahsianya aku harap beliau dapat memberi sedikit ulasan ringkas diruang yang disediakan di bawah ini.Akhirnya buat sekian lama aku bertugas di dalam makmal ini
bersama rakan sejawatku.

Semasa aku bertugas di sini juga aku terlibat secara cergas dalam aktiviti Silat Seni Gayung sebagai Guru Penasihat, latihan silat diadakan pada setiap pagi Jumaat keran pada masa itulah sahaja Jurulatih berlapang masa untuk hadir melatih para pelajar, setiap kali diadakan latihan guru penasihat perlu ada bersama para pelajar untuk menjaga kebajikan mereka, pada hari Sabtu pula diadakan aktiviti ko.kurikulum yang lain pernah berlaku aku terpaksa ke sekolah setiap hari dalam masa sebulan, bermakna empat kali Jumaat dan empat kali Sabtu berturut-turut aku ke sekoah kerana terlibat dengan kegiatan atau aktiviti luar bilik darjah selain hari-hari biasa. Aku tidak sepatutnya cerita hal ini kerana seolah-olah masuk bakal angkat sendiri.tetapi. disebabkan diawal kisah ini telah dicatatkan sebagai Artikel Syok Sendiri, maka aku ceritakan juga perkara ini kepada anda.
Terima kasih SMk.Aminudin Baki.JB, Maktab Sultan Abu Bakar. JB dan SMK.Khir Johari .Sg.Petani kerana andalah memberi ilmu dan pengalamn kepadaku sehingga aku mampu berbakti kepada SMK.Tunku Abdul Rahman dan lain-lain.Kepada SMK.Tunku Abdul Rahman aku berterima kasih tidak terhingga kerana bukan sahaja engkau memberi ilmu dan juga pengalaman padaku , malah memberi nilai prestasi yang amat baik padaku sehingga dapat melonjakkan pendapatanku beberapa kali selama aku berada di sisimu. Selaku guru yang kecil dan kerdil kedudukannya, itulah sahaja kemampuan dan harapan.

( akan bersambung insya Allah )