Friday, April 29, 2011

Puisi bersua lagi.

Puisi datang dan bersua lagi.
Minda tempat simpan identiti.
Salah dan silap harap dimaafi.
Itulah sebenarnya minda madani.

Minda bersih tiada dengki.
Buruk minda buruklah peribadi.
Biar datuk atau tan sri.
Di situlah nilai harga diri.

Agama dan adat perlu dihormati.
Global atau glokal itulah insani.
Hasad dan dengki perlu dihindari.
Hidup bermuafakat menjadi jati diri.

Adat lama perlu diteliti.
Pastikan tidak mensyirik Ilahi.
Jika berlaku apinya tinggi.
Setiap waktu minta dijauhi.

Itulah juga panduan dari Ilahi.
Agar insan taat dan patuhi.
Orang bijaksana merendah diri.
Orang jahil membakar diri.

Bayi dibuang dan berbagai lagi.
Itulah hakikat masalah hari ini.
Semakin dihalang semakin menjadi.
Mungkin persekitaran membalut diri.

Wednesday, April 27, 2011

Solat itu tiang agama (Addin )

Salam semua.

Solat itu tiang agama (Addin).

Marilah kita sama-sama bayang dan khayalkan, jika sesebuah rumah itu tidak mempunyai tiang, bagaimanakah kedudukan atap,lantai, dinding, kuda-kuda, rasuk dan sebagainya, tentulah semuanya itu berada dan
terletak di atas tanah dalam keadaan berasingan, maka situasi seperti itu tentulah tidak dinamakan sebuah rumah dan biasanya keadaan demikian akan dikenali atas nama masing-masing walaupun terletak dan terkumpul di satu tempat, sekiranya ianya atap akan dikenali sebagai atap, rasuk akan dikenali sebagai kayu rasuk dan seumpamanya, tegasnya tidak sempurna sebagai sebuah rumah.

Demikianlah solat itu diibaratkan atau dibandingkan oleh Rasulullah.s.a.w. sebagai tiang agama (addin), sekiranya tiada solat atau kewajipan solat tidak ditunaikan, maka tiadalah agama (addin) bagi seseorang itu, semua ibadat yang lain akan menjadi tidak berguna, perkara yang membezakan di antara orang Islam dengan bukan Islam ialah solat.

Tiada tiang tiadalah rumah, tiada solat tiadalah agama (addin) atau tidaklah terdiri atau tertegak Islam-nya.

Di antara pengakuan kita dengan Allah yang diungkapkan di dalam solat;

Doa Iftitah
"Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.

Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.

Tidak ada sekutu bagi-Nya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagi-Nya dan aku dari golongan orang Islam".


Sejauh manakah kita telah merealisasikan pengakuan dan penyerahan tersebut, secermat manakah pula kita menjaga diri supaya tidak terlibat dengan perbuatan syirik (menyengutukan Allah), solat dan segala ibadat lain kita lakukan hanya kerana Allah dan untuk Allah, hidup dan mati juga kerana Allah dan untuk Allah. Demikianlah pengakuan kita setiap kali bersolat sebagai persediaan kita menghadapi akhirat di mana tempatnya kekal abadi. Dunia ini hanyalah tempat persinggahan dan ujian, ianya hanya sementara dan sebentar jua.

Adakah setiap aktiviti harian yang dilakukan, kita akan mengambil kira pengakuan tersebut supaya kita sentiasa di dalam pemeliharaan Allah dan tidak melanggar perintah-Nya. Mengambil kira hukum haram halal dan memilih yang halal adalah suruhan dan perintah Allah, perkara ini seharusnya dibuat dengan cermat dan teliti agar hasilnya berbaloi.

______________________________________________

Rasulullah.s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang. Jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripada sembahyang fardunya, Allah berfirman: "Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amalnya yang lain."
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Rasulullah.s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sembahyang itu tiang agama barang siapa mengerjakan solat dia pasti menegakkan agamanya dan barang siapa tidak sembahyang atau solat dia meruntuhkan, merobohkan dan menghancurkan agamanya."

Rasulullah s.a.w.bersabda yang bermaksud;
"Semua tempat adalah masjid kecuali kubur dan tempat mandian".
( Riwayat Imam Ahmad )

________________________________________________

Sekian...wallahu aklam.

Sunday, April 24, 2011

Melayu dan jati diri (puisi)

Artikel di bawah ini disalin dari Facebook


Ahmad Husni Ahmad Basri

mengenai jati diri orang Melayu di perantaun.

___________________________________________

Melayu Ciplak ‘Cut & Paste’

Melayu di Tanah Arab
Berpakaian thoube Arab
Sesama Melayu pun bercakap Arab
Berbudaya juga sebijik macam Pak Arab
Menghisap Shisha juga pulun gaya Pak Arab
Makan dan minum pun dah sebijik macam Arab
Tidak ada nilai bangsa Melayu yang tinggal tergarap…

Lahir diBumi Wahyu
...dan Muka macam Melayu
Malah mengaku diri pun Melayu
Nak cari bini Arab, mahalnya terlalu
Balik Malaysia cari juga bini anak Melayu
Berpakaiannya Arab, berkendurinya Melayu!
Kalau ditanya, mungkin, malu hendak berbaju Melayu!

Lupa diri akan asal usulnya
..malu melihat sombong perasannya
Bangsa yang tidak bangga dengan budayanya
Budaya orang diciplak menjadi kebanggaannya
Ibarat biawak ‘Chameleon’ yang bisa merubah warnanya
Hijau rumput, hijaulah kulitnya, seperti warna persekitarannya
Namun biawak ‘chameleon’ itu jangan lupa, kalau biawak, biawaklah asal
usulnya!!

(India di Tanah Arab kekal Indianya)
(Berpakaian masih khurta pusakanya)
(Menghisap Shisha itu bukan dari budayanya)
(Sesama bangsanya tetaplah bahasa Urdu /Tamilnya)
(Aku yakin bangsa India ini boleh kekal sehingga akhirnya)
(Nilai bangsanya terpatri kukuh di dalam diri anak bangsanya!)


Hasil nukilan: Ahmad Al Qadah
Pada: 24 April, 2011.. Jeddah, Arab Saudi.

Saturday, April 23, 2011

Perpecahan orang Melayu sebab orang Melayu sendiri.

Salam semuaPerpecahan orang Melayu kini rancak diperbincangkan , seolah-olah ianya baru bermula dan semakin ketara, sebenarnya perpecahan ini berlaku sejak sebelum merdeka lagi, cara menuntut kemerdekaan menyerlahkan perpecahan tersebut, kekalutan menuntut kemerdekaan memperlihatkan dengan jelas mengenai perpecahan orang Melayu yang beragama Islam itu, di mana terdapat pihak yang ingin mendapatkan kemerdekaan berteraskan Islam dan Melayu , di satu pihak lagi ingin mendapatkan kemerdekaan berteraskan Melayu dan berkongsi sama dengan semua kaum yang mendiami Tanah Melayu dan Islam menjadi agama rasminya.

Mungkin cara menuntut kemerdekaan yang berteraskan Melayu dan Islam itu sesuai disebutkan sebagai 1Melayu , 1Bumi. slogan ini mungkin masih sesuai
dan relevan pada ketika itu tetapi para perjuangnya tidak berjaya merealisasikannya kerana ada pihak lain yang ingin mendapatkan kemerdekaan cara lain, maka akhirnya kemerdekaan berasaskan bangsa Melayu, China dan India (Perikatan) berjaya direalisasikan dan para pejuang warisannya sedang mentadbir dan menguruskan kesinambungannya sehingga sekarang.

Dipandang dari segi 1Melayu, 1Bumi yang hendak direalisasikan itu, kini situasinya sudah terlewat,
rasanya slogan demikian tidak mampu dihidupkan semula seperti yang diuar-uarkan kerana terdapat berbagai halangan . Saranan tersebut seolah-olah menyokong kembali apa yang telah berlaku pada suatu ketika dahulu,lain hulu, lain parang, lain dahulu, lain sekarang, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna...wallahu aklam.

Perpecahan dan kemerkahan orang Melayu kepada dua puak itu bukanlah kerana sesiapa yang mengusahakannya, kalau pun hendak menyatakan ada sebabnya, sebabnya itu berakar umbi disanubari penjajah yang menjajah Tanah Melayu sekian lama.

Minda Melayu memang dididik dan terdidik demikian sehingga terbina minda mereka dalam dua aliran dan dua fikrah, satu puak memahami Islam dan mencintainya serta ingin merealisasikannya dan di satu puak pula kurang memahaminya menyebabkan mereka memandang ringan kepada suruhan Islam dan ditambahkan lagi dengan tarikan kebendaan dan pangkat kebesaran. Dua situasi Melayu yang ditinggalkan penjajah itu sudah mampu melanjutkan situasi negara seperti yang sedang kita lalui, alami, dan rasai sekarang ini, khasnya orang Melayu Islam yang terperangkap dalam keadaan dilema dan serba salah, menelan mati emak, meluahkan mati bapa
pula. Situasi ini adalah ciptaan orang Melayu sendiri yang bertunas dan tergarap melalui pemilihan dan cara mereka berpolitik.

___________________________________________

Firman Allah.
2:208
Maksudnya;
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata".
(Surah al.Baqarah : 208)

_____________________

[59]
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.


[114]
Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.

[115]
Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
( Surah An.Nisak : 59,114,115 )
________________________________________

Untuk mewujudkan penyatuan yang lebih besar dan istiqamah. Seluruh orang Melayu hendaklah bersungguh-sungguh menjadikan Islam itu sebagai panduan dan dasar di dalam kehidupan mereka dan tiada suatu ketika pun yang membolehkan mereka menolak Islam. Banyakkan bercakap pasal Islam, lama kelamaan percakapan itu akan menjadi amalan dan realiti. Kurangkan bercakap pasal Melayu kerana sememangnya kita ini Melayu, kalau tidak bercakap pun kita tetap Melayu, percakapan melalui Islam itu tentunya terangkum di dalamnya pembelaan terhadap Melayu, tenaga untuk bercakap pasal Melayu lebih baik dipergunakan sebaiknya bagi merealisasikan perpaduan ummah mengikut acuan Islam,iaitu perpaduan Melayu Islam yang diadunkan di dalam acuan yang lebih kukuh dan matang yang bersandarkan wahyu Allah.
Jadikanlah Islam itu sebagai payung kepada orang Melayu dan pergunakanlah payung itu dengan sempurna serta jagailah sebaik yang mungkin kerana orang Melayu berada di bawahnya.Ibarat Islam itu baju, Melayu adalah poket/kocek.Apabila baju diangkat maka terangkatlah jua poketnya.
______________________________

Artikel ini sekadar pandangan penulis berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang telah lalu, semestinya mempunyai pendapat lain yang berbeza tetapi, jika ajaran Islam menjadi teras di dalam minda ianya akan menjurus ke titik yang sama, sebaliknya, jika ajaran Islam hanya sebagai tumpangan ianya akan membentuk jurang perbezaan yang lebih luas dan jelas lagi.

________________________________________________

Sekian...wallahu aklam.






















Wednesday, April 20, 2011

Orang Melayu tiada titik pertemuan selain melalui Islam.

Salam semua.

Orang Melayu tiada titik pertemuan yang lebih baik selain melalui Islam.

Manusia sentiasa sahaja mencari kawan dan rakan kongsi bukan sahaja di dalam bidang perniagaan, malah mereka memerlukan rakan untuk bantu-membantu di dalam melayari kehidupan harian mereka. Manusia yang baik semuanya sukakan perpaduan dan perdamaian, mereka juga bencikan kejahatan dan semua perkara yang buruk. Manusia yang jahat tidak dinamakan atau dipanggil jahat kalau mereka sukakan kebaikan dan kesejahteraan sejagat.

Pada amnya, jika dilihat dan diperhatikan semua manusia mempunyai keinginan untuk hidup bersatu padu dalam suatu perpaduan bangsa ataupun berbagai bangsa dan negara, demikianlah orang Melayu mereka juga mempunyai keinginan yang sama tetapi bagaimanakah cara orang Melayu merealisasikannya dalam keadaan mereka mempunyai perbezaan fahaman atau idealogi politik serta perbezaan cara hidup atau gambaran terhadap kehidupan.

Setiap pemimpin mempunyai pengikut setianya masing-masing. Dalam pada mereka menganuti idealogi berbeza dalam persoalan dan cara berpolitik serta pandangan hidup tetapi mereka masih menganuti agama yang sama iaitu agama Islam. Islam itulah sebenarnya titik persamaan dan perpaduan mereka.

Oleh sebab Islam itu
tidak diambil sepenuhnya sebagai cara hidup, maka berlakulah perbezaan ketara dalam pandangan hidup. Khasnya dalam hal menjauhkan atau menolak perkara haram di dalam kehidupan mereka. Di satu pihak kelihatan bersungguh-sungguh mencegah dan satu pihak lagi seolah-olah membiarkanya sahaja, malah ada yang turut serta mengamalkannya dengan selesa apa-apa yang dilarang seperti mengamalkan sistem riba, memajukan perjudian.menyuburkan hiburan yang melampau dan lain-lain aspek yang dilarang oleh Islam.

Terdapat di satu pihak yang sentiasa mendalami dan mempelajari ajaran Islam seperti mana yang dituntut oleh Islam, maka jadilah mereka itu mahir dan pakar dalam bidang ini serta ingin menghayatinya bersungguh-sungguh dan mengajak orang lain turut serta menghayatinya bukan sahaja di dalam kehidupan individu tetapi juga di dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, manakala di pihak yang lain pula sebahagiannya kurang berminat untuk mendalaminya atau kurang minat menghayatinya. Malah yang lebih dahsyat lagi ada juga yang menentang usaha ke arah penghayatan Islam sama ada
secara terus terang atau halus.

Itulah dua pokok penting yang memisah dan menyukarkan masyarakat Melayu untuk mencapai perpaduan dan kesatuan fikrah. Ditambah pula dengan masing-masing mengembangkan pula idealogi itu kepada masyarakat dengan berbagai cara . Maka bersainglah mereka di tengah-tengah masyarakat dan ditonton serta diikuti oleh semua orang Melayu dan lain-lain, masing-masing membuat penilaian, bagi yang memahami Islam secara mendalam sudah tentulah dapat menilainya dengan baik dan ikhlas serta tepat seperti yang dikehendaki agama anutan mereka iaitu Islam atau dalam perkataan lain selari dengan keimanan dan keislaman yang sepatutnya menjadi teras kehidupan .
_____________________________________

Firman Allah bermaksud;
"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak termasuk dari orang-orang yang rugi".
( Surah Ali.Imran : 85 )


"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata".
(
Surah al.Baqarah : 208 )


"Dan sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan sebab pilihannya yang benar), maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah)?"

( Surah Az.Zumar :37 )


_________________________________________

Orang Melayu telah pun menganut Islam sejak ratusan tahun dahulu. di mana pilihan mereka itu adalah tepat dan diterima Allah seperti yang disebut di dalam ayat 85 dalam Surah Ali-Imran yang tertera di atas. Soalnya adakah pengambilan dan anutan kita hanya sekadar separuh masak dan dibiarkan ianya berlarutan sehingga sekarang.

Sekiranya semua orang Melayu atau sebahagian besarnya memahami Islam secara menyeluruh dan ingin menghayatinya di dalam kehidupan individu hatta di peringkat negara , situasi itu akan menyebabkan mereka akan berusaha bersungguh-sungguh ke arah merealisasikannya, apabila mereka mempunyai niat dan tujuan yang sama serta idaman yang sama, itulah sebenarnya perpaduan dan itulah juga sepatutnya menjadi landasan perdana yang menjadi laluan hidup harian setiap orang Islam menuju akhirat yang sejahtera.

Hanya Islam yang dapat menyatukan orang Melayu, namun begitu Islam itu perlulah difahami keseluruhannya terlebih dahulu, jika kita masih berdegil hendak meneruskan fahaman ala kadar yang sedang dikilek dan dijunjung kini, perpecahan orang Melayu akan berterusan, perlawanan tarik tali di antara dua golongan akan terus berlaku, pemilik kekuatannya tidak menentu sebentar ke kanan dan sebentar ke kiri, ada pihak yang pasang dan ada pihak yang surut sehingga ada pihak yang sanggup membuat apa sahaja asalkan golongannya mendapat sokongan, inilah ketikanya mereka melupai Islam. Terkilas dan terlihat di sana ada kekurangan tentang kefahaman Islam.

_________________________________

Jadikanlah dunia ini jambatan ke akhirat yang sejahtera
dan
Jangan jadikan dunia ini jambatan menuju ke akhirat yang derita.

_________________________________

Oleh itu artikel ini berpendapat bahawa
setiap diri kita perlu bermuhasabah diri dengan seikhlas hati untuk mempertemukan orang Melayu sesama Melayu di bawah pelukan dan dakapan Islam, Islam sebagai cara hidup yang sempurna dan berdaulat.

Sekiranya Islam diambil dan dijadikan tapak pertemuan dan perpaduan orang Melayu dalam kontek dan lengkongan Malaysia, perpaduan itu akan mencakup semua bangsa yang menganuti Islam dan juga yang bukan Islam kerana Islam itu sendiri menjana kesejahteraan, maka pertemuan dan perpaduan itu akan dilihat cantik dan indah oleh semua pihak dan semua bangsa.

Sekian...wallahu aklam.


Tuesday, April 19, 2011

KUARENTIN SEBAGAI KAEDAH MENCEGAH MEREBAKNYA WABAK PENYAKIT.

Salam semua.

KUARENTIN SEBAGAI KAEDAH MENCEGAH MEREBAKNYA WABAK PENYAKIT

Nabi SAW bersabda: “Jika kamu mendengar tentang serangan wabak di sesuatu tempat/negeri, jangan memasukinya, tetapi jika wabak merebak di tempat di mana kamu berada di dalamnya, jangan tinggalkan tempat itu ”
(HR Al-Bukhari dan Muslim.)

Selain itu, Nabi SAW bersabda:”Sesiapa yang melarikan diri dari tempat wabak itu adalah seperti orang yang melarikan diri dari berperang di jalan Allah, dan orang yang sabar dan tetap tinggal di mana dia berada, dia akan dianugerahi dengan pahala seorang syuhada’. ”
(HR Ahmad.)


Fakta Saintifik:

Ilmu sains moden kini memahami cara-cara bagaimana mikro-organisme berkembang biak dan penyakit-penyakit yang disebabkan mereka. Para saintis menegaskan bahawa orang-orang sihat yang tidak mempunyai simpton berpenyakit di tempat terjadinya sesuatu wabak, ia sudah membawa mikroba/kuman sehinggakan mereka merupakan ancaman nyata kerana mereka boleh memindahkan wabak ke tempat lain jika mereka berpindah dari tempat tersebut.

Dengan demikian, sistem kuarantin, di mana semua penduduk sesuatu bandar yang mengalami wabak akan dicegah meninggalkan tempat itu, dan pengunjung juga dicegah untuk memasukinya, kini telah diamalkan di seluruh dunia. Pada abad ke-15, suatu wabak penyakit telah meyerang Eropah menyebabkan kematian seperempat pendudukya. Pada ketika itu, wabak dan penyakit berjangkit jauh lebih sedikit di dunia Muslim.


Aspek Saintifik Yang Menakjubkan:

Pada zaman Nabi SAW serta sebelum dan selepas zamanya sehinggalah Pasteur berjaya menemui kewujudan mikrob/kuman, manusia menyangka bahawa penyakit disebabkan oleh syaitan, hantu, dan bintang. seolah-olah ianya tiada kaitan dengan kebersihan atau perilaku tertentu, oleh yang demikian mereka meminta bantuan sihir dan keajaiban sebagai ubat.

Dalam persekitaran seperti itu, Nabi SAW mengadakankan sistem kuarantin yang kini dijadikan asas perubatan pencegahan moden selepas penemuan mikrob/kuman yang menyebabkan penyakit dan wabak. Nabi SAW memerintahkan para sahabatnya: “Jika kamu mendengar tentang serangan wabak di sesuatu tempat/negeri, jangan memasukinya, tetapi jika wabak merebak di tempat di mana kamu berada di dalamnya, jangan tinggalkan tempat itu “.

Dalam rangka untuk memastikan bahawa perintahnya akan dilakukan dengan betul, Rasulullah SAW mendirikan tembok di sekitar daerah wabak tersebut dan menjanjikan kepada orang-orang yang sabar dan tinggal di daerah wabak dengan pahala para syuhada’ , dan mereka yang melarikan diri dari itu dijanjikan malapetaka dan kehancuran. Oleh itu Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang melarikan diri dari tempat wabak itu adalah seperti orang yang melarikan diri dari berperang di jalan Allah dan orang yang sabar dan tetap tinggal di mana dia berada, dia akan dianugerahi dengan pahala seorang syuhada’. “

Jika seorang yang sihat pada masa dua ratus tahun lalu diminta untuk tinggal dengan orang-orang sakit di daerah serangan wabak, ia akan menganggap ini tidak masuk akal dan bagi memenuhi keinginannya untuk hidup ia akan melarikan diri ke tempat lain. Hanya mereka yang Muslim tidak akan melarikan diri dan meninggalkan tempat/daerah berkenaan pada saat serangan wabak bagi mematuhi perintah Nabi SAW.

Orang-orang kafir mengejek mereka atas tindakan mereka yang Muslim ini sehingglah kemudian ditemuii bahawa orang-orang yang tampak sihat tanpa sebarang simpton wabak ini, adalah pembawa kuman, yang mungkin memindahkan wabak ke tempat lain di mana mereka telah berpindah ke situ. Mereka akan bergerak bebas dan bergaul dengan orang-orang yang sihat, sehingga mereka boleh menyebabkan orang-orang di tempat tersebut dijangkiti penyakit.

Siapakah yang memberitahu Nabi (SAW) fakta ini? Bolehkah seorang manusia tahu sesuatu seperti ini pada empat belas abad yang lalu, atau ianya adalah wahyu dari Allah Yang Maha Mengetahui, Allah Maha Kuasa. Allah, Yang Mahakuasa, berfirman:
Maksudnya;
[Dan katakanlah, wahai Muhammad, kepada orang-orang musyrik dan kafir, "Segala puji- pujian dan syukur hanya kepada Allah. Dia akan menunjukkan tanda-tandaNya dan kamu akan mengenali mereka. Dan Tuhanmu amat mengetahui apa yang kamu kerjakan '].
(An-Naml: 93)

Terjemahan artikel: QUARANTINE: A PROPHETIC DISCOVER
Suruhanjaya Ilmiah ayat Al-Quran & Sunnah, http://www.eajaz.org/

Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : http://assabiel.com/?p=2596

__________________________________

Artikel ini disalin dari Facebook .Mohd Nor Amin Zainuddin .


Sekian...wallahu aklam.

Monday, April 18, 2011

PENCERITAAN KLOROFIL DALAM AL QURAN.

PENCERITAAN KLOROFIL DALAM AL QURAN.

Ia adalah satu-satunya kilang di Bumi yang menghasilkan makanan. Ia adalah bahan hijau pada tumbuhan yang menukarkan tenaga matahari, karbon dioksida dan air menjadi makanan untuk manusia dan haiwan. Ianya dipanggil klorofil “A”. Walau bagaimanapun, “B” dari klorofil melakukan tindakbalas kimia yang rumit dengan bantuan tenaga yang diperolehi dari cahaya matahari dan akhirnya menghasilkan gula dan kanji. klorofil ini mengambil molekul-molekul air, oksigen dan memprosesnya menjadi empat molekul hidrogen dan karbon dioksida.

Karbon dioksida dipecah,menjadikan sebahagiannya dua molekul hidrogen, air dan keduanya dicampur melalui proses tranpirasi dan yang selebihnya bercantum dengan satu molekul hidrogen, dan ianya menjadi asas pembentukan gula dan kemudiannya menjadi kanji.

Rumus di atas yang bermula oleh karbon dioksida, tenaga, oksigen dan berakhir menjadi oksigen, air, glukosa dan gula glukosa dan kemudian berubah menjadi kanji dan akan disimpan, dapat juga diubah menjadi minyak dan jika satu molekul Nitrogen ditambah padanya, maka ia berubah menjadi protein. Seluruh proses formulasi ini dilakukan oleh kilang hijau itu yang menghasilkan biji benih dan buah-buahan.

Kilang hijau ini terdapat pada setiap daun hijau, tetapi siapakah yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan ini? Dan siapakah yang mencipta organ-organ tumbuh-tumbuhan tersebut?

Allah yang Maha Agung yang menciptakannya, Al-Qur’an menyatakan:
Maksudnya.
” Dan Dialah yang menurunkan air(hujan) dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir(biji) yang bersusun-susun(banyak)…
[Al-An'am 6:99]


Para pentafsir berpendapat (hijau) sebagai sesuatu yang hijau. Ibnu Al-Jauzi mentasirkan “Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir(biji) yang bersusun..” sebagai tumbuhan berwarna hijau. Pentafsir lain seperti Zamakhsyari, Baydawi, Nasafi, Abu Elsood, Alshaikhan, Al Aaloosi, Al Qurthubi dan Abu Hayan, semuanya telah bersetuju tentang pentingnya bahagian hijau tanaman dan peranannya dalam menghasilkan buah-buahan dan biji benih.

Banyak ayat-ayat lain dalam Al-Qur’an memberikan makna yang sama dan menekankan peranan penting klorofil dalam pengeluaran makanan dari tumbuh-tumbuhan. Kini ilmu sains semulajadi mendakwa telah menemui fakta ini,yang mana ianya telah dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW hampir satu setengah abad yang lalu.

Sumber: “The Cure is Islam”: Abdul Majid El-Zinadi
Dengan ehsan science4islam.com

Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : http://assabiel.com/?tag=klorofil.

_______________________________________

Artikel di atas disalin dari facebook Mohd.Nor Amin Zainuddin.


MANUSIA MEMPUNYAI 360 TULANG SENDI.

Salam semua.

MANUSIA MEMPUNYAI 360 TULANG SENDI.

‘Aisyah RA meriwayatkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Setiap
manusia telah diciptakan dengannya tiga ratus enam puluh sendi. Oleh itu sesiapa yang mengagungkan Allah, Bersyukur kepadaNya, bertahlil, memuji Allah, dan mencari pengampunan dari Allah, dan mengalih batu atau duri atau tulang dari laluan orang ramai dan mengajak kepada kebajikan dan melarang daripada kejahatan, dengan sendinya tiga ratus enam puluh, ia akan berjalan pada hari akhirat dengan mengeluarkan dirinya dari neraka.”
[HR Muslim]

Buraida meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Setiap orang mempunyai tiga ratus enam puluh sendi, oleh itu ia harus memberi sedekah untuk setiap satu dari nya.” Ditanyakan kepadanya: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu berbuat demikian?” Rasulullah SAW menjawab:“Kalian boleh menimbus kahak yang mungkin kalian temui di dalam masjid, atau mengalihkan batu, duri, atau tulang dari laluan orang-ramai. Jika kalian tidak mampu berbuat demikian, solat dua rakaat Ad-Dhuha sudah mencukupi. “
[HR Abu Dawud, disahihkan oleh Albani]

Dr. Hamid Ahmad Hamid dalam bukunya “The Journey of Faith inside the Human Body”, mengesahkan terdapatnya 360 sendi pada tubuh manusia seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW 1400 tahun yang lalu , iaitu seperti berikut:
147 sendi di tulang belakang
25 sendi antara tulang belakang
72 sendi antara tulang dan tulang rusuk
50 sendi antara tulang bahagian luqaimat (lumbar?)
24 sendi di dada
2 sendi antara tulang sternum dan thoracic cage
18 sendi antara tulang dada dan tulang rusuk.
2 sendi antara klavikula dan skapula (tulang belikat).
2 sendi antara skapula dan dada
86 sendi di hujung teratas
2 sendi antara tulang scapular
6 sambungan antara siku.
8 sendi antara pergelangan tangan
70 sendi antara tulang tangan
92 sendi di hujung terbawah
2 sendi pinggul
6 sendi antara tulang lutut
6 sambungan antara pergelangan kaki
74 sendi antara tulang kaki
11 sendi di pelvis
4 sendi antara vertebra tulang ekor (coccyx)
6 sendi antara tulang acetabulm
1 sendi sumphysis kemaluan

Jumlah sendi 360

Fungsi sendi ini adalah bagi memudahkan pergerakan anggota –anggota di tubuh manusia. Pada zaman Nabi SAW adalah tidak mungkin bagi manusia untuk mengetahui bilangan sendi ini dengan ketepatan seperti itu kerana sebahagian besar sendi ini halus saja dan berada pada kedudukan yang sangat sukar untuk dilihat. Sendi-sendi halus ini tidak diketahui sebelum adanya kemajuan anatomi dan pada masakini para saintis barat hanya mampu menganggarkan bilangan sendi di dalam tubuh manusia adalah di antara 250 hingga 350.

Allah SWT berfirman bermaksud:
“Apakah Dia (Allah) yang menciptakan itu tidak tahu, sedangkan Dia adalah Maha Halus, lagi Maha Mengetahui?”
( Al-Mulk :14)

“Dan tidaklah yang diucapkannya (Rasulullah SAW) itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).”
(An-Najm: 3-4)

Petikan Artikel: ‘ Every man has 360 joint bones’ oleh Dr. Zaghloul El-Naggar – quranandscience.com
Imej: “http://www.quantumtheatre.co.uk/mlnotesKS2_files/image006.jpg”


Disalin dengan sedikit ubahsuai dari : http://assabiel.com/?p=2321
_________________________________________________

Sumber di atas disalin dari Facebook Mohd.Nor Amin Zainuddin.


Sekian...wallahu aklam.

Sunday, April 17, 2011

Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Penaja Pembangunan Surau.

Salam semua.

Alhamdulillah Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Penaja Pembangunan Su
rau taman telah selesai dan berjalan dengan lancar. Semoga mendapat sokongan padu dari sekalian penduduk Islam taman ini . ( Mesyuarat bermula jam 11.00 - 12.30 t.hari ).

Pern
ah saya menulis mengenai perkara berkenaan seperti tertera tajuknya di bawah ini.Kalau anda ingin membacanya klik sahaja tajuk tersebut.

Klik di sini: PENUBUHAN PERSATUAN PENDUDUK


Pengerusi Penaja sedang mengendalikan mesyuarat.

Sekian...wallahu aklam.







PANDANGAN FUQAHA’ TENTANG MENGHINA DAN MENGAIBKAN SESEORANG MUSLIM.

Salam semua.

Kongsi artikel.

PANDANGAN FUQAHA’ TENTANG MENGHINA DAN MENGAIBKAN SESEORANG MUSLIM.

by Zahidin Mahmood on Wednesday,
April 13, 2011 at 5:32pm.

(Sedutan dari Artikel : “Menghina dan mengaibkan Seseorang Dari perspektif Hukum Syarak” - Oleh : Al-Fadhil Ustaz Dr Abdul Halim el-Muhammady di dalam buku terbitan ABIM Pusat bertajuk : القذف : QAZAF Menjawab Fitnah; IKDAS@2011.)

Kata-Kata Yang Dianggap Menghina.
Pandangan fuqaha’ dalam membincangkan tentang menghina dan mengaibkan seseorang Muslim dapat dikatagorikan kepada dua : pertama menghina dan mengaibkan seseorang dengan kata-kata dan tuduhan menghina yang tidak ada kaitan dengan seksual, dan kedua ialah menghina yang dikaitkan dengan kata-kata berunsur seksual. Ia termasuk dalam katagori jenayah Hudud iaitu Qazaf yang jelas peruntukan kesalahannya dan hukumannya dalam nas.

Sesiapa yang membuat tuduhan ke atas seseorang yang baik akhlaknya dengan melakukan zina atau seumpamanya tanpa membawa empat orang saksi lelaki yang adil untuk mensabitkannya maka ia disabitkan dengan kesalahan jenayah Qazaf dan dikenakan hukuman sebat sebanyak lapan puluh kali dan kelayakan saksinya gugur selama-lamanya kerana pembohongan dan sikap menghina orang dengan kata-kata keji.

Adapun tentang menghina seseorang dengan kata-kata atau tuduhan menghina yang lain daripada seksual maka para ulama cuba mengulasnya dengan mengambil beberapa contoh perkataan yang mempunyai maka penghinaan ke atas seseorang. Perkataan-perkataan itu saperti ghibah ( umpatan ), buhtam ( dusta ), shatm ( cacian ), namimah ( mengadu dumba ), hasad ( dengki ), dan hiqd ( dendam ).

Apa yang dimaksudkan dengan ghibah ( mengumpat ) itu ialah menyebut keaiban seseorang dengan perkara yang tidak disenanginya secara tidak benar; buhtam ( dusta ) pula ialah tuduhan palsu ke atas seseorang yang ia tidak menepati dengan apa yang dituduh; shatm ( cacian ) menyebut tentang kekurangan seseorang untuk menghinanya; perkataan namimah ( mengadu dumba ) pula membawa maksud berusaha untuk menarik seseorang ke dalam kancah fitnah dan kebencian; manakala hasad ( dengki ) ialah ada keinginan dan cita-cita supaya hilang nikmat yang didapati oleh seseorang; dan hikd ( dendam ) pula ialah timbul keinginan bermusuhan dan kebencian terhadap seseorang.

Semua perkataan-perkataan yang disebutkan itu ada kaitannya dengan ghibah dari sudut maknanya iaitu menyebut aib seseorang dengan cara tidak benar dengan perkataan yang tidak disenanginya.

Sumber Rujukan :
Wizarat al-Awqat wa al-Shu’un al-Islamiyyah (1994), al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, Wizarat al-Awqaf, Kuwait, Jilid 31,hal. 330,331.
WalLahu A'lam Bissawab. Semoga bermenafaat dan dapat mengurangkan FITNAH.
Wassalam.

NOTA BAHASA INGGERIS :
OPINIONS OF MUSLIM JURISTS’ INSULTING AND SHAMEFUL ONE OF THE MUSLIMS
( Taken from the article: "Insulting And Shameful Person From The Perspective Of Islamic Law" - By: Al-Fadhil Ustaz Dr Abdul Halim el-Muhammady in the book published by ABIM titled: القذف: Answering Sumitro Defamation; IKDAS @ 2011. )
Words Of The Deemed Insulting.

The jurists views in discussing the insult and humiliate a Muslim can be categorized into two: the first, insult and humiliate a person by her words and insulting accusations that have nothing to do with sex, and the second, is associated with insulting words said sexual nature. It is included in the category of crimes Hudud qazaf and is very clear, the offense and penalty provisions in the ‘nas’ (Islamic text).

Those who make allegations against someone who is good in personality to commit adultery or something like that without bringing four male witnesses of justice for the convicted criminal is convicted to QAZAF and sentenced to eighty-time whipping and qualifying witnesses fall for ever because of lies and attitude insulting people with vile words.

As for the insulting someone with words or other charges of contempt of the clergy sexual, the Ulama’ (muslim intelectuals) then try to explain by taking a few examples of words that have the humiliation of a person. Those words like ghibah (twit), buhtam (lie), shatm (insult), namimah (make people fight), envy (jealousy), and hiqd (revenge).

What is the ghibah (gossip) is called an embarrassment to the matters that are not favorite and is not true; buhtam (lie) is the false accusation of someone who does not comply with what the accused; shatm (insult) mentions the lack of someone to insults, the words namimah (dumba complained) also means trying to pull someone into the arena of slander and hatred, while envy (envy) is that there is a desire and ambition to lose favor found by someone, and hikd (revenge) is to arising from the desire to hate and resentment against a person.

All the words mentioned it has to do with the meaning of ghibah (meaning) - an embarrassment by saying false words that are not pleasing anyone.

Reference Source:
Wizarat al-wa al-Shu'un Awqat al-Islamiyyah (1994), al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah, Wizarat al-Awqaf, Kuwait, Volume 31, pp. 330.331.
____________________________________________

Tertera di atas.
BUKU TERBITAN ABIM YANG WAJIB DIBACA BAGI MENGHAPUSKAN PERBUATAN MENFITNAH...!
_________________________________________________

Sekian...wallahu aklam.

Friday, April 15, 2011

Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

Salam semua.

Sekadar mengimbau kembali maksud salah satu ayat al.Quran yang telah dibacakan di dalam solat Subuh pagi Jumaat hari ini, di antaranya menceritakan betapa menyesal, hina dan malunya orang-orang kafir. ketika mengadap Allah di akhirat .
Mereka memohon untuk dikembalikan semula ke dunia supaya mereka dapat melakukan amal solih atau amal kebaikan yang mereka mengabaikannya ketika diberi peluang hidup di dunia suatu ketika dahulu. Permintaan ini sudah tentulah tidak akan diizinkan Allah. Maka sesuailah diibaratkan sebagai menyesal kemudian tidak berguna.

Dunia ini Allah jadikan sebagai ladang sebagai tempat manusia beramal ibadat untuk dijadikan bekal yang akan dibawa ke akhirat. Bekal itulah yang memungkinkan mereka mendapatkan kesejahteraan di sana seperti yang dijanjikan Allah. Ibadat yang layak menjadi bekal atau diterima di akhirat nanti ialah ibadat serta cara hidup yang dihayati seperti yang ditunjukkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya, maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya, maka lakukanlah seberapa daya kamu. Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka terhadap Nabi-nabi mereka
".
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.


Kisah penyesalan itu disebutkan di dalam al.Quran sebagai peringatan kepada manusia. Maka sewajarnyalah kita meyakini apa yang telah dibawa dan disampaikan kepada kita oleh Nabi Muhammad.s.a.w. sebagai utusan Allah di dunia ini.

Firman Allah;

Maksudnya:
[ Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin" ].
__________________

[ If you could but see when the criminals are hanging their heads before their Lord, "saying", "Our Lord, we have seen and heard, so return us "to the world"; we will work righteousness. Indeed, we are "now" certain ]

( Surah As.Sajdah : 12 )

Sekian...wallahu aklam.

Thursday, April 14, 2011

Nafsu sukakan harta (puisi)

Salam semua.

Bangun pagi teringin nak membaca.
Ingin mengetahui berbagai berita.
Apabila membaca emosi menggila.
Kini berita tidak tentu hala.

Orang dewasa mulai muda.
Kerja sia-sia mencipta gejala.
Tentu sekali pening si anak muda.
Melihat gelagat orang dewasa.

Semakin membaca minda menggila.
Kalau tak dibaca ketinggalan serba.
Nampaknya kenalah tukar hala.
Kena kurangkan mengikuti media.

Ubatnya juga tentulah ada.
Cuma kita buat-buat lupa.
Membaca al.Quran kunci ke syorga.
Ambillah panduan untuk ke sana.

Kalau nak mengharapkan minda.
Sudah banyak yang gila.
Gila pangkat dan gila harta.
Sudah tua disangkanya muda.

Hawa nafsu sukakan harta.
Pangkat kebesaran ingin juga.
Nafsu syahwat tidak pernah reda.
Melainkan telah terpacak dua tanda.

Tanda itulah penamat kata.
Lokasinya berhampiran musolla.
Sentiasa dihiasi pokok cempaka.
Arah pembaringan semuanya sama.

Wednesday, April 13, 2011

Nasihat Luqman kepada anaknya.

Salam semua.

Nama Luqman tercatat dengan jelas di dalam kitab suci al.Quran, terdapat satu surah yang mengisahkan tentang dirinya. Beliau adalah seorang yang diberikan hikmah/kebijaksanaan oleh Allah. berakhlak mulia dan sentiasa bersyukur kepada Allah serta berharap anaknya mengikuti jejaknya.

Firman Allah bermaksud;
"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)”. Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji".
[Surah Luqman :12]

Luqman bersungguh-sunguh mendidik anaknya agar tidak menyengutukan Allah. Nasihat Luqman kepada anaknya wajib diteladani dan dicontohi oleh sekalian umat Islam . Berikut adalah di antara nasihat pentingnya;

1. Jangan Menyengutukan Allah.
[ Dan (ingatlah) ketika Lukman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:
"Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kelaliman yang besar"].
[Surah Luqman :13]

Umat Islam dilarang keras menyembah selain Allah atau mensyirikkan-Nya. Hanya Allah sahaja yang layak disembah. Syirik adalah dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah.

2. Berbuat baik kepada ibu bapa.

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".

[Surah Luqman : 14]

Kebiasaan seorang ibu mengandungkan anaknya mengambil masa selama 9 bulan. Dalam tempot itu ibu-ibu yang mengandung atau hamil menghadapi berbagai kesusahan dan kesukaran yang tidak mampi diceritakan satu persatu kepada ornag lain. Ketika melahirkan anak mereka menghadapi risiko yang amat tinggi sama ada hidup atau mati dan ada yang mati syahid kerana melahirkan anak, selepas melahirkan anak pula mereka menghadapi masalah kesihatan kerana berlaku tumpah darah yang banyak, salah seorang daripada mereka ( ibu-ibu yang ramai itu ) adalah ibu kita sendiri.Tanpa membayang dan menggambarkan situasi yang sebenar itu nescaya akan kuranglah prihatin kita kepada mereka.

Dalam keadaan yang daif itu pula mereka terpaksa menjaga anaknya (kita) yang masih bayi, di mana semua perkara mesti diuruskan di antaranya makan , minum, kesihatan dan keselamatan. Penelitiannya sangat tinggi dan istiqamah sehingga seekor semut sekali pun tidak berpeluang untuk menggigitnya. Penjagaan itu sangat sukar dan memerlukan kesabaran yang tinggi, hanya sebahagian tanggungjawabnya sahaja yang dapat diceritakan kepada orang lain, Berat mana mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, mereka yang bijaksana sahaja yang dapat memahami sehingga ke akar umbinya.

Maka sewajarnyalah anak-anak wajib berbakti kepada ibu bapa berlebih-lebih lagi ketika mereka sudah tua dan uzur.

3. Tidak mengikut (taat) ibu bapa dalam hal kemaksiatan dan Berbuat baiklah kepada mereka.
"Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau – dengan fikiran sihatmu – tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan".
[Surah Luqman : 15]

Dalam masa kita disuruh dan diperintahkan untuk mentaati dan berbuat baik dengan ibu bapa di sana masih terdapat perkara-perkara yang dilarang patuh iaitu dilarang patuh dalam hal maksiat iaitu mensyirikkan Allah dan lain-lain aktiviti yang berdosa atau haram dan ketika menolaknya masih disuruh merendahkan diri dan menggunakan bahasa yang sopan.

4. Berbuat baik meski pun sedikit.
[ Lukman berkata: "Hai anakku, sesungguhnya jika ada sesuatu perbuatan seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan membalasinya. Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.”]
[Surah Luqman : 16]

Utamakan berbuat baik dan amal kebajikan, walau pun amalan kebaikan itu amat sedikit, nescaya akan mendapat balasan baik dari Allah jua.

5. Mengerjakan Solat, Menyuruh melakukan kebaikan dan Melarang melakukan kemungkaran serta Bersabar.
"
Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).”
[Surah Luqman : 17]

Luqman juga menyuruh anaknya menunaikan kewajipan solat dan berdakwah dengan menyuruh manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan perbuatan mungkar serta bersabar ketika ditimpa sesuatu keburukan. Ini juga aspek penting yang perlu umat Islam menurut jejak langkahnya.

6. Jangan Sombong.
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri".
[Surah Luqman :18]

Sifat sombong, takbur dan bangga diri serta memandang rendah kepada orang lain itu merupakan sifat yang dibenci oleh Allah. maka Luqman melarang anaknya memiliki sifat buruk ini.

7. Merendahkan Diri dan Bercakap dengan bersopan.
“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”.
[Surah Luqman: 19].

Cara berjalan dan bercakap juga dapat menzahirkan sopan dan akhlak seseorang sama ada baik atau buruk. Luqman mengambil pendekatan menasihatkan anaknya supaya bersederhana dalam mengorak langkah semasa berjalan dan bercakap dengan merendahkan suara dan suara yang buruk dan tidak bersopan itu dibandingkan sebagai sama dengan suara keldai.

Demikianlah nasihat Luqman kepada anaknya yang termaktub dan diabadikan oleh Allah dalam Al Quran. Semoga kita semua sentiasa mengamalkannya dan mengajarkannya kepada anak serta menyebarkannya kepada masyarakat umum.

Sekian...wallahu aklam.