Monday, March 30, 2009

Taqdir Duka Dan Suka

Salam sejahtera.

Pagi tadi jam 9.00 pagi saya bertolak balik dari Kluang ke Shah Alam, sepatutnya saya balik ke Shah Alam lebih awal lagi kerana sejak hari Khamis saya demam dan batuk-batuk
maka perjalanan ditangguhkan sehingga hari ini, pada pagi ini pun sebenarnya masih belum pulih sepenuhnya tetapi telah ada keyakinan untuk memandu kereta balik maka sayapun mengambil keputusan balik pada pagi hari ini.

Semasa memandu masuk Tol Air Hitam sehingga melepasi Pagoh keadaan diri saya masih ceria dan gembira menghirup udara pagi di perjalanan sambil itu mengambil gamb
ar bukit bukau dan gunung ganang yang kelihatan masya Allah sangat indah di kiri kanan jalan, salah satu gambar yang diambil ialah yang tertera di bawah ini.

Selepas melintasi R& R Pagoh keadaan telah menjadi sebaliknya pula, apabila kereta tidak boleh bergerak laju, hanya boleh dipandu dalam kelajuan 60KMSJ sahaja , kalau laju melebihi kelajuan tersebut kereta akan menggigil dengan kuat sekali di bahagian kepalanya, cuba melepaskan stereng beberapa kali untuk melihat keadaannya tetapi kereta masih bergerak lurus ke hadapan dan tidak tersasarpun, kebarangkalian tayar bocor tidak lagi disyaki oleh itu saya meneruskan perjalanan dan keluar di Tol Jasin untuk ke bengkel tayar tetapi setelah ditanya petugas di tol tersebut beliau menyatakan saya terpaksa pergi di antara 11-12km lagi untuk ke bengkel tayar, semasa berhenti di tol tadi pemeriksaan tayar dibuat tetapi anginnya kelihatan masih sesuai, tayar tidak kempespun , saya masih bertekat ke bengkel tayar kerana saya mengesaki keadaan itu berlaku kemungkinan masalah tayar atau spark plug . agak jauh juga perjalanan ke bengkel tersebut maka saya masuk balik ke lebuhraya dan meneruskan perjalanan sehingga sampai R&R Air Keroh dan berhenti di sini.

Di sini seorang Pembantu kedai buah yang tertera di atas tolong menghubungi seorang mekanik dan seorang mekanikpun datang membuat pemeriksaan, katanya semuanya dalam keadaan elok, cuma salah satu spark plug rosak sedikit. plug itu ditukar, atas perkhidmatan tersebut dikenakan bayaran RM50.00.
Saya senang hati semula, selepas bergerak
tidak berapa jauh keadaan seperti tadi berulang semula, senyum masih tidak menjadi, dalam keadaan suasana risau itu perjalanan diteruskan juga dengan memandu bawah 60kmsj sehinggalah ke Seremban, Keluar Tol Seremban dan terus ke Seremban 2. singgah di kawasan berhampiran Jaya Jusco dan sampailah di bengkel tayar yang tertera gambarnya di bawah ini .

Apabila sampai bengkel ini terus pekerjanya menyambut saya dan sayapun menyerahkan kereta saya untuk diperiksa, sebaik sahaja kereta dipandu masuk ke tapak jet. tiba-tiba bunyi hembusan angin keluar daripada tayarpun kedengaran dan amat memeranjat semua orang yang ada di situ. Di dua tempat yang saya membuat pemeriksaan tadi keadaan tidak seperti ini , keadaan tayar tidak kempes. saya mengeluh panjang masya Allah , tabarakallah melantun keluar daripada mulut tanpa disedari, sedih telah bertukar kepada rasa bersyukur yang amat sangat.

Cuba gambarkan kalau keadaan ini berlaku di lebuhraya, dalam keadaan saya masih belum pulih sepenuhnya daripada
demam , selain daripada itu tentulah terdedah dengan kemalangan yang serius, tayar simpanan memang ada dan siap siaga dengan sempurna tetapi rasanya kalau terpaksa tukar tayar di tengah jalan haba panas akan meguasai badan saya sekali lagi dan badanpun akan kembali demam dan perbelanjaan akan meningkat lagi kerana rawatan susulan .Akhirnya saya mengambil keputusan menukar keempat-empat tayar tersebut kerana tayar itupun memang layak diberi persaraan kerana berkhidmat telah melebihi tempoh, tayarnya masih kelihatan cantik tetapi ianya adalah keluaran tahun 2004. kos RM420.00, selepas semuanya selesai saya bersama isteri tersayang bertolak balik ke Shah Alam dan sampai di rumah jam 5.30 petang. Sewajarnya saya bersujud syukur kepada Allah berikutan peristiwa tersebut dan sememangnya telah saya laksanakan sebentar tadi.
R&R Dengkel

Saya menganggap peristiwa ini sebagai Duka Dalam Suka atau Suka Dalam Duka kerana pada akhir peristiwa ini Allah mentaqdirkan berlaku dalam suasana yang amat senang dan menakjubkan saya, saya bersyukur yang amat sangat kepada Allah.

Sekian dahulu. Wassalam.

__________________________________

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
_______________________________

Apa kata orang lain;

Blogger zaidi ali said...

Salam Sdr Leenoh,

Keadaan tersebut mungkin berlaku kerana tayar sudah luput tempoh (melebihi 2 tahun) bilamana tetulang dawai telah putus dan mengakibatkan tayar mengelembung di tempat dawai itu putus (biasanya di permukaan sebelah dalam). Sekiranya berterusan, tayar akan meletus semasa perjalanan dan mengakibatkan hilang kawalan. Seharusnya Leenoh bersyukur kerana ia meletus di bengkel. Alhamdulillah selamat!

March 31, 2009 2:39 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Zaidi Ali.

Memang betul, tayar keluaran 2004 hehehe. bunganya masih kelihatan macam ok lagi. rupanya uzurnya sudah ada, yang peliknya saya melihat tayar beberapa kali dan termasuk mekanik juga membuat pemeriksaan tetapi tayar nampak ok saja, mungkin gelombungnya berada di bawah dan tersembunyi.

March 31, 2009 7:41 AM

Delete
Blogger KUNTONG said...

Syukur Alhamdulillah anda telah kembali sihat,walaupun tidak 100%. Dan kejadian di perjalanan pulang ke SA, memang Tuhan sayangkan anda, kerana ianya terjadi betul-betul di tempat yang patut. Ibaratnya kita jatuh sakit dengan tiba-tiba di hospital atau di klinik. Memang patut berSYUKUR dan buat Sujud SYUKUR.Mudah2an anda kembali normal. Aminnnnn.

March 31, 2009 12:53 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Sdr.Kuntong.
Ya, saya dah sihat. Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah supaya kita sentiasa selamat dan sihat.
Jangan banyak terdedah dengan cuaca panas dan jaga makanan serta minuman.

March 31, 2009 1:05 PMDelete

Blogger ijechan said...

salam,

nasib baik semuanya selamat. bab2 tayar ni bahaya. sebab mempengaruhi seluruh kereta. kalau rosak air cond ke, kira boleh consider lagi. kan?

March 31, 2009 1:40 PM

Delete
Blogger Dee said...

syukur alhamdulillah leenoh dan isteri selamat...

March 31, 2009 3:50 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Dee.
Pada mulanya pun saya memang syak masalah tayar, dua kali buat pemeriksaan tapi tidak jumpapun masalah, berhenti di Air Keruh lebih daripada setengah jam pun tayarnya tidak kempes.
oleh itu saya syak tayarnya tidak seimbang sahaja dan perlu buat timbangan di bengkel tayar.
rupa-rupanya tayar pecah tetapi masih di bahagian luar.
Seperti saya cerita dalam entri yang telah lalu. saya memang seorang yang penakut di jalanraya. bila jadi macam ni takut-takut pun kena lalui.

March 31, 2009 4:25 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam ijechan.
Itulah yang terharu, bukan pandai menyelesaikan masalah tetapi pertolongan Allah kerana sepanjang jalan saya melakukan perkara yang sangat bahaya tanpa diketahui sehinggalah sampai ke bengkel, barulah disedari.

March 31, 2009 4:32 PMDelete

Anonymous buNga said...

alhamdulillah sume selamat sampai... seram dengar citer p.Ngah... kalo sy pun bersyukur ya amat sgt... takut tul sangkut kat jlnraye ni :D

March 31, 2009 5:23 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam BuNga.
Sejarah perjalanan dari Kluang ke Shah Alam 8 jam 30 minit lebih kurang kerana singgah menyinggah atas urusan penting.
Nasib baik bawa fulus lebih, kalau tidak.....syusyah syusyah.
memang bersyukur.

March 31, 2009 5:32 PMDelete

_________________

Anonymous Anonymous said...

Alhamdulillah,bersyukur anta dan keluarga sihat dan selamat tiba ke destinasi.Begitulah qada dan qadarnya,kita hanya merancang dan berusaha untuk yang terbaik tetapi Allah yang menentukan segala-galanya.Sebab itulah Islam mengalakkan kita Solat Sunat Musafir berdoa memohon keselamatan dan seterusnya Bertawakkal sepenuhnya kepada Allah.Cuma kadang-kadang kita,termasuk saya juga terlalai dan tersasar. Disamping bertawakkal kepada Allah bertawakkal juga kepada kemampuan dan keupayaan kita.Sebenarnya(hakikatnya)kita tidak ada apa-apa HANYA ALLAH sahaja yang ada apa-apa!Dan segala yang berlaku merupakan rahmat dan hikmat terhadap hambanya yang dikasihi.Betapa Agungnya Allah dan kerdil makluknya.ALLAHUAKBAR!
(arba)

March 31, 2009 10:23 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam sahabat lamaku Arba,
Bila ditimpa ujian demikian barulah tawakkal dan bersyukur itu memberi makna yang mendalam kepada seseorang.
Setelah tamatnya kesusahan pada hari itu begitu rupa, tiba-tiba sahaja minda beralih rasa bahawa betapa Allah memberi kesenangan pada diri kami,
Kalau mengikut akal kami telahpun menemui kesusahan sebelum tiba di situ lagi tetapi itulah rahsia dan kuasa Allah serta KehendakNya.

March 31, 2009 11:12 PM

Delete

12 comments:

Anonymous said...

Salam Sdr Leenoh,

Keadaan tersebut mungkin berlaku kerana tayar sudah luput tempoh (melebihi 2 tahun) bilamana tetulang dawai telah putus dan mengakibatkan tayar mengelembung di tempat dawai itu putus (biasanya di permukaan sebelah dalam). Sekiranya berterusan, tayar akan meletus semasa perjalanan dan mengakibatkan hilang kawalan. Seharusnya Leenoh bersyukur kerana ia meletus di bengkel. Alhamdulillah selamat!

Leenoh said...

Salam Zaidi Ali.

Memang betul, tayar keluaran 2004 hehehe. bunganya masih kelihatan macam ok lagi. rupanya uzurnya sudah ada, yang peliknya saya melihat tayar beberapa kali dan termasuk mekanik juga membuat pemeriksaan tetapi tayar nampak ok saja, mungkin gelombungnya berada di bawah dan tersembunyi.

KUNTONG said...

Syukur Alhamdulillah anda telah kembali sihat,walaupun tidak 100%. Dan kejadian di perjalanan pulang ke SA, memang Tuhan sayangkan anda, kerana ianya terjadi betul-betul di tempat yang patut. Ibaratnya kita jatuh sakit dengan tiba-tiba di hospital atau di klinik. Memang patut berSYUKUR dan buat Sujud SYUKUR.Mudah2an anda kembali normal. Aminnnnn.

Leenoh said...

Salam Sdr.Kuntong.
Ya, saya dah sihat. Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah supaya kita sentiasa selamat dan sihat.
Jangan banyak terdedah dengan cuaca panas dan jaga makanan serta minuman.

Cikgu Ije said...

salam,

nasib baik semuanya selamat. bab2 tayar ni bahaya. sebab mempengaruhi seluruh kereta. kalau rosak air cond ke, kira boleh consider lagi. kan?

Dee said...

syukur alhamdulillah leenoh dan isteri selamat...

Leenoh said...

Salam Dee.
Pada mulanya pun saya memang syak masalah tayar, dua kali buat pemeriksaan tapi tidak jumpapun masalah, berhenti di Air Keruh lebih daripada setengah jam pun tayarnya tidak kempes.
oleh itu saya syak tayarnya tidak seimbang sahaja dan perlu buat timbangan di bengkel tayar.
rupa-rupanya tayar pecah tetapi masih di bahagian luar.
Seperti saya cerita dalam entri yang telah lalu. saya memang seorang yang penakut di jalanraya. bila jadi macam ni takut-takut pun kena lalui.

Leenoh said...

Salam ijechan.
Itulah yang terharu, bukan pandai menyelesaikan masalah tetapi pertolongan Allah kerana sepanjang jalan saya melakukan perkara yang sangat bahaya tanpa diketahui sehinggalah sampai ke bengkel, barulah disedari.

buNga said...