السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Pada hari ini saya masih ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua, kali ini mengenai akhlak atau gejala sosial masyarakat di Malaysia, Pengalaman yang akan dipaparkan ini hanya di sekitar pengalaman hidup saya sahaja, walau bagaimanapun berkemungkinan terdapat persamaan dengan pengalaman orang lain juga.
Zon Pertama.
Semasa saya masih kanak-kanak lagi iaitu tahun 50an ketika itu Malaysia dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu, tidak termasuk Sabah, Sarawak dan Singapura. Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al.Haj.
Apa yang hendak diceritakan di sini merupakan pengalaman sendiri dan juga apa yang dikisahkan oleh orang dewasa pada ketika itu. Pada tahun di antara 30an dan 50an ,tahun 30an saya belum dilahirkan lagi, pada ketika itu masyarakat Persekutuan Tanah Melayu hidup di dalam kesusahan dan kejahilan, atas desakan kesusahan terdapatlah di kalangan ahli masyarakat menjadi pencuri dan perompak atau lanun , kegiatan ini hanya berlaku pada waktu malam sahaja. Walaupun masyarakat kita tidak berilmu dan pelajaran tetapi ramai juga yang mempunyai ilmu sihir atau ilmu yang berkongsi dengan jin syaitan, oleh itu ramailah yang syirik atas sebab-sebab tersebut.
Pada akhir tahun 50an kejahatan merompak di kampung-kampung telah berkurangan atau hampir tiada langsung. tetapi kejahatan mencuri pada waktu malam masih berlaku dengan aktifnya. sesiapa yang memiliki banyak kerbau lembu mereka terpaksalah membuat kandang berhampiran dengan rumah, terdapat juga kerbau yang saiznya besar dan bernilai tinggi harganya terpaksa ditambat di bawah rumah, Semua rumah pada zaman tersebut dibuat bahagian bawahnya berkeadaan tinggi iaitu dalam ukuran lebih kurang 6 kaki, di bahagian ini biasanya digunakan untuk menyimpan peralatan bertani dan seumpamanya dan di bahagian atas sebagai tempat kediaman. Kekadang kerbau lembu juga terpaksa ditambat di bahagian tersebut.
__________________________
31 Ogos 1957
Persekutuan Tanah Melayu.
Merdeka.

16 September 1963
tarikh pembentukan Malaysia
__________________________
Zon Kedua.
Pada zaman di antara tahun 50an sehingga 70an masih berlaku kecurian kerbau lembu dan ayam itik serta barangan yang berharga seperti padi yang tersimpan di dalam jelapang dan juga peralatan bertani, Semua kejadian tersebut berlaku pada waktu malam. Untuk langkah keselamatan penduduk kampung akan berikhtiar dan berusaha sendiri mengikut kemampuan masing-masing. Pada tahun 70an gejala ini telah banyak berkurangan atau hampir tiada langsung, Pada ketika ini ramai di antara penduduk kampung telah berpelajaran sekurang-kurangnya mereka pergi menambahkan ilmu di madrasah-madrasah ( surau ) khususnya ilmu mengenai ajaran Islam iaitu Ilmu Tauhid dan Ilmu Fiqah serta tajwid. Sebelum itupun telah dijalankan pengajian ini tetapi kurang berkembang atau masih kurang kesedaran dan sambutan. Kehidupan pada ketika ini memang tiada langsung ancaman kecurian, rompakan, dadah dan seumpamanya.
Padi yang telah dituai, dibanting dan diisikan di dalam guni, jika padi tersebut diletakkan di dalam petak bendang pada waktu malam tanpa jagaan pun akan selamat dan demikianlah juga getah sekerap yang ditinggalkan di pondok di tengah kebun getah, begitulah juga barangan yang berharga yang lain. Namun demikian langkah keselamatan diteruskan seperti sebelumnya juga atas alasan ikhtiar dan tawakkal.
Zon Ketiga.
Pada zaman ICT iaitu tahun 80an sehingga ke abad ke 21 ini, manusia semakin berubah, mereka semakin maju dan canggih di dalam tindakan dan ciptaan kerana perkembangan Sains dan teknologi bergerak begitu pesat sekali. Akhlak buruk manusia juga berjalan seiring dengan kemajuan dan akhlak mulia tersebut.
Sebenarnya pada tahun 70an di bahagian selatan Tanah Air anak-anak muda telah mulai terlibat dengan penyalahgunaan dadah tetapi gejala itu belum menular ke utara Tanah Air.
Gejala buruk dadah ini kelihata ketara di utara Tanah Air mulai tahun 8oan. Wujudnya kemiskinan dan penagihan dadah ini menyemarakkan kejahatan kecurian, ragut dan rompakan, selain daripada itu ditambah pula dengan warga asing yang semakin ramai menjadi penghuni Malaysia. Warga asing ini telah biasa dengan kehidupan susah dan tercabar di negara masing-masing , mereka ini tidak lagi menghiraukan undang-undang tempatan, sikap ini menjadikan anak-anak tempatan berasa takut dan gelisah serta terancam kehidupan mereka kerana secara amnya anak-anak tempatan telah biasa dengan hidup berakhlak dan bersopan. Maka sukar bagi mereka menelah perbuatan jahat sesetengah warga asing ini.
Bahagian ini saya tidak berhajat untuk meneruskan paparannya kerana anda sendiri telah mengalaminya dan sedia maklum mengenai perkembangannya.
Sekian, wallahu aklam. wassalam

____________