Showing posts with label Panorama stesen keretapi - 655.. Show all posts
Showing posts with label Panorama stesen keretapi - 655.. Show all posts

Monday, March 15, 2010

Kembali merasai perjalanan dengan keretapi

Salam semua.

Merasai semula perjalanan dengan keretapi dari Kluang ke Kuala Lumpur. lenguh juga dibuatnya, dia berjoget dan berongging sepanjang jalan mulai jam 3.50 petang sehinggalah 8.40 malam, semasa berhenti di Kluang dan di situlah juga kami menaikinya, hampir-hampir tertinggal, rupa-rupanya di stesen ini tempoh berhentinya hanya beberapa minit sahaja, orang lain kalut berebut naik aku buat dek ja, orang yang kalut naik itu agaknya orang yang selalu menggunakan kenderaan ini. aku buat dek kerana tidak mengetahui rahsianya, nasib baik aku berada berhampiran dengan pintu, bila dia bergerak untuk meneruskan perjalanan aku pun bergegas naik bersama beg di tangan. Tahulah aku selepas ini nanti.




Di sini terkenal dengan Kluang Railway station Coffee, terletak di hujung sana.


Beberapa penumpang dari Singapura dan JB nak turun di sini.

Dah sampai KL Central.


Sekian. Wassalam.