السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Nampaknya cerita babi lagi, babi juga makhluk Allah.
ADUN PAS & BN satu hati bantah Jabi tempat transit babi.
JABI - Demonstrasi aman yang diadakan oleh penduduk Jabi yang membantah cadangan Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Negeri Kedah membina pusat penyembelihan di situ pada 5 Jun lalu turut menarik perhatian dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pinang dan Pedu, anak jati kampung tersebut yang mahu kerajaan negeri tidak menambah beban yang dialami oleh penduduk di sini.
Demikian petikan sebahagian berita yang dilaporkan oleh laman blog Kedahlanie.blogspot.com

Setelah membaca berita ini saya terpanggil untuk menulis mengenai perkara ini, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada semua wakil rakyat yang terlibat dengan demontrasi aman itu.
Syabas kerana anda dapat bersatu tenaga atas kepentingan bersama, demikianlah cara ahli politik yang bijak bertindak menyelesaikan masalah rakyat, pujian ini dilontarkan kepada umum bukan kerana Jabi terletak hanya kurang lebih 4km dari kampung saya, pujian diberi kerana anda telah berganding bahu menolak keburukan yang sememangnya digalakkan oleh Islam. Sikap tersebut adalah sikap terpuji dan layak menjadi payung kepada rakyat.
Gambar hiasan
Transit tersebut sangat molek kalau dipilih tempat yang berjauhan dari penempatan orang Islam, sekiranya dibina juga di Jabi transit babi itu tentulah tidak berbaloi jika suatu hari nanti penduduk Islam menerima risikonya.
Pada masa ini pun ramai penduduk persekitaran mengidap penyakit yang sebelum ini tidak pernah wujud di kawasan tersebut. Lagi pun kawasan itu adalah kawasan kampung orang Islam, hanya sebahagian kecil sahaja penduduk bukan Islam.

Diharap Majlis Bandaraya Alor Setar dapat berfikir semula dan mencari tempat yang lebih sesuai dan memadailah Jabi dengan persekitaran yang sedia ada sebagai tempat pelupusan sampah.
Syabas kerana anda dapat bersatu tenaga atas kepentingan bersama, demikianlah cara ahli politik yang bijak bertindak menyelesaikan masalah rakyat, pujian ini dilontarkan kepada umum bukan kerana Jabi terletak hanya kurang lebih 4km dari kampung saya, pujian diberi kerana anda telah berganding bahu menolak keburukan yang sememangnya digalakkan oleh Islam. Sikap tersebut adalah sikap terpuji dan layak menjadi payung kepada rakyat.
Gambar hiasanTransit tersebut sangat molek kalau dipilih tempat yang berjauhan dari penempatan orang Islam, sekiranya dibina juga di Jabi transit babi itu tentulah tidak berbaloi jika suatu hari nanti penduduk Islam menerima risikonya.