Salam semua.
Pagi ini Allah masih mengizinkan daku berlapang masa untuk aku menulis diskrin lap top ini untuk bacaan mereka yang menyukainya.
Bukan apa cuma aku rasa kesian dengan mereka yang lemah tenaga dan lemah minda untuk mengerjakan Haji, janganlah gempak depa dengan amalan yang susah kerana dalam mengerjakan Haji tiada bacaan yang susah dan panjang, doa yang sedia ada itupun hanyalah sunat , sekiranya tidak membacanya tidak membawa kepada batalnya ibadat Haji.
Perkara yang mustahak hanya niat dan perbuatan sahaja, Jika mereka lemah minda sekalipun mereka masih dapat melakukannya......yang penting kekuatan tenaga ....janganlah gempak depa dengan bermacam-macam doa.....
Cuma ingatkan mereka supaya menjaga kesihatan kerana pekerjaan bagi menyempurnakan fardu Haji 99% menggunakan tenaga.
Bagi mereka yang cergas tenaga dan minda terpulanglah kepada mereka untuk membaca doa-doa yang panjang itu kerana mereka mampu berbuat demikian.
Sekian.Wassalam.
