Salam semua.
Benarkah sanjungan terhadap guru dimartabatkan di pentas yang teratas.
Artikel kali ini sengaja memprovokasikan minda mereka yang proaktif dan kritis untuk memungkinkan mereka menyemak sejauh mana aplikasi yang telah dilakukan terhadap memertabatkan status guru di dalam masyarakat di peringkat glokal ataupun global. Benarkah kita telah memertabatkan mereka dengan sewajarnya,
Dalam jangka masa 32 tahun pengalaman menjadi seorang guru tidak pernah penulis mendengar panggilan cikgu atau Tuan Guru diungkapkan atas pentas rasmi ketika pembesar guru dijemput sebagai tetamu khas sama ada bagi sesuatu majlis rasmi sekolah, daerah atau negeri.
Biasanya panggilan Tuan Pengarah, Tuan Pegawai , Tuan Pengetua atau YB Datuk akan mengambil tempat dan panggilan cikgu atau Tuan Guru tidak lagi berada di atas pentas, panggilan ulangan di dalam ucapan pun tidak akan terkeluar ungkapan cikgu atau tuan guru.
Kalau pun status cikgu atau guru wujud pada ketika itu , adanya ia hanyalah secara tersirat di dalam diri Tuan Pengarah, Tuan Pegawai, Tuan Pengetua atau YB Datuk, walaupun mereka ini sebelumnya berada di dalam bilik darjah bersama murid-murid dan kapur tulis serta papan tulis.Adakah kita berbohong bahawa kita memertabatkan guru dan kepada siapa pula kita berbohong?. Persoalan ini ditinggalkan untuk renungan anda, khasnya untuk ketua guru dan amnya untuk semua guru.