Sunday, January 4, 2009

Tajuk mengenai bau busuk - lalat dan langau.



________________________________________


Nampak sedikit tapi baunya masya Allah.

Hari ini saya memohon maaf sekali lagi kepada mereka yang melayari laman Kehidupan Bersih, tajuk blog namanya Kehidupan Bersih, tapi yang hendak dicakap dan disampaikan ini bukan perkara bersih, ini berkara tidak bersih.

Sejak hari Khamis , Jumaat, Sabtu dan hari ini Ahad. Cuba bayangkan dalam tempoh tersebut, apa yang akan terjadi kepada perut ikan dan sampah-sampah lain yang berada di dalam tempat sampah yang jarak hanya kurang lebih 20 kaki dari Ruang Tamu. Adakah sekali lagi saya kena bawa sampah ini ke tempat yang pernah saya tinggal dahulu kerana di sana sahaja yang saya tahu ada tong sampah. saya dah pusing kot dekat-dekat ni tong sampah tak ada. kalau ada pun kepunyaan persendirian (kilang). masa saya tulis ini jam dah pukul 10.03 pagi sampah tersebut masih belum dikutipnya lagi. Busuknya dah sampai ruang tamu. Lalat dan langau tidak berhenti-henti keluar masuk rumah.
Sempat snap seekor langau sahaja yang lain terbang liar.

Mungkin anda bertanya tulisan ini , adakah orang berkenaan membacanya, kalau baca pun macam manakah dia nak datang angkat, sebab entah di mana lokasinya, buat apa tulis, buat penat jari ja.
ok.ok. Saya tulis ada beberapa tujuan dan objektifnya;
(1) Untuk meluahkan perasaan tidak puashati atau luahan minda yang selalu saya sebut atau senaman minda. ( kalau minda sering digunakan akan berfungsi sebagai awet muda, he he betul tak )
(2) Bukan untuk kepentingan diri, tidak disebutkan lokasi sebab di tempat lain pun terdapat masalah seperti ini. ( jadi menembak banyak ekor lalat dan langau hanya dengan satu peluru sahaja , jimat kan ... )
(3) Menyedarkan diri dan orang lain bahawa berjanji itu adalah suatu amanah, kalau tidak ditunaikan menyusahkan ramai orang, dalam hal ini pihak yang bertanggungjawab tentulah telah berjanji dengan pihak tertentu bahawa merekalah yang mengutip sampah di kawasan tertentu, upah atau kos telah ditentukan dan dibayar, begitu juga penduduk membayar cukai pintu dan lain.
(4) Juga ingin menyedarkan bahawa pangkat atau kelulusan yang tinggi tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa pun, kalau sikapnya tidak turut berubah ke arah sikap yang positif dan mahmudah.
Ini di kawasan kedai berdekatan, tiada arah di sinilah tempatnya.

Pelan dan perancangan di atas kertas memang sangat cantik dan indah serta canggih. tiap-tiap rumah di kawasan perumahan terancang disediakan tempat sampah di depan rumah yang dibina bersekali dengan pagar dan lantai berjubin lagi, sampah akan dikutip pada tiap-tiap hari. Dengan itu penduduk tidak akan terhidu bau busuk tersebut, lalat dan langau tidak mungkin akan membiak di situ. kalau kita masuk ke taman-taman perumahan kita tidak akan melihat sampah di mana-mana pun. Barulah nampak ceria dan menarik.

Betapa indahnya perancangan tetapi pelaksaannya jauh tersasar, kalau tidak mampu kutip pada tiap-tiap hari letaklah tong sampah di tempat yang sesuai berhampiran dengan taman dan tong sampat ini hendaklah dipantau, walau pun perlu dipantau setiap hari, jumlah tong seperti ini tidak banyak. Bila berlaku petugas tidak datang mengutip sampah , penduduk sendiri boleh membawa sampah tersebut ke tong sampah awam itu.

Perancangan seperti ini hanya boleh berjaya kalau pelaksananya berktrampilan dan proaktif, jika pelaksananya seperti pahat dengan pemukul, keadaannya pi mai pi mai tang tu juga.



Pada minggu ini lalat dan langau membiaklah nampaknya di kawasan rumah kami. kalau tetamu datang saya akan beri kertas tisu untuk sumbat hidung tetamu supaya dapat mengurangkan bau busuk dan akan dipalit sedikit belacan untuk menukar bau tersebut kepada bau belacan, bau belacan memang tidak boleh diatasi dengan mana-mana bau di separuh dunia ini, minyak atar pun tidak boleh lawan dia.

Sekali lagi saya memohon maaf kalau bau busuk itu meresap masuk ke dalam komputer anda, hai buat lawak pulak, bukan marah sangat pun sebab tu boleh buat lawak. saya bukan marah, cuma meluahkan pandangan, kalau-kalau ianya membawa sedikit kebaikan , kalau tidak banyak pun. sikit pun ok.

Sekian. Wassalam.

16 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

sdr.leenoh,

kalaulah berita ni kat kelate , habeh heboh satu dunia dibuat oleh ameno.

depa buat isu kat terangganukite nanti.La ni depa boleh serang 5 buah negeri.

Leenoh said...

Begitulah dunia, depa pakai hantam kromo ja. kita tak sah macam tu, sebab kita kot mana pun kena taat Allah, sebab kita dah ada di hujung,

kalau subsidi dapat banyak kurang lebih dalam 20 puluh tahun lagi, tu saya bubuh tinggi tu, kalau tak termasuk subsidi cuma lagi tiga tahun lebih sikit ja.

Kita berdoalah supaya Allah Taala bagi kita subsidi lebih sikit, boleh juga tengok anakcucu terima ijazah ka , apa ka, tapi minta jangan terima yang tak elok dah la.

Wassalam.

KUNTONG said...

Kekotoran, sampah dsbnya yang dipaparkan boleh dibersihkan dengan mudah, andai diambil tindakan oleh yang berpertangjawabkan. Tetapi kekotoran dalam diri kita, hanya kita saja yang dapat membersihkannya.

Leenoh said...

Kekotoran dalam diri kita. hanya kita saja yang dapat membersihkannya, memang tepat kata Kuntong.

Bak kata Mat Saleh, kita hanya mampu bawa kuda ke kolam tetapi tidak mampu memaksa dia minum.

Orang lain hanya mampu tunjuk jalan, kalau dia tidak mahu ikut, apa boleh buat.

Tapi, kalau air keruh di dalam gelas, boleh dijernihkan dengan memasukkan air jenih di dalam, air keruh akan keluar dan air jernih akan mengambil tempat.

Insya ALLAH bila masuk yang baik ke dalam diri, yang jahat akan keluar, ini pun macam Kuntong kata kena diri sendiri yang buat dan usaha.

Wassalam

abdrahim kassim said...

Leenoh,
Di JB lagi teruk 3,4 hari baru dia datang kutip.Dah melantung baunya...bukan lagi lalat langau, ulatpun dah merayap. Silap-silap masuk balik dalam rumah.

Leenoh said...

Sdr.abdrahim kassim,

Ya,ke,dulu tahun 1973-1977 saya memang bekerja di sana, masa tu orang tak ramai, jadi sampah pun tak banyak.

Sekarang dah lama tak ke sana,cuma kerap ke Kluang, di sini pun susah nak cari tong sampah, senang kalau nak cari sampah yang bersepah di lorong belakang kedai.

Di tepi jalanraya arah ke Paloh lebih kurang 1/2km dari simpan empat kg.Baru jadi tempat logokan sampah, sentiasa terdapat sekawan anjing berkeliaran di situ, agaknya logokan itu menjadi punca rezeki mereka,

Kalau ada tong sampah besar di situ rasanya kelihatan segak dan tidak mengganggu mata memandang.

Wassalam

Anonymous said...

adoii pak ngah... sampah umah sy dah bau bangkai dah... mane la gi nye lori sampah ni.... busuk ya amat dah sampah2 tu... :(

Baka Kelana said...

Bersih itu indah...Jorok itu gudang penyakit
Bersih dan jorok tidak slah
yang salah manusiannya
tergantung simanusianya ingin bersih atau jorok

met beraktivitas Bos

Leenoh said...

Bunga.

Tadi jam 11.00 Pak Ngah nampak lori sampah dok lenggang kangkung di depan tu, tapi sekarang jam 12.26 belum sampai lagi.

Dalam hal ni kita kena belajar dari burung gagak, tanya depa mcm mana depa boleh tahan dgn bau mcm ni. nampak dlm hal tertentu burung gagak pun lebih tera dari kita.


Baka Kelana,

Salam perkenalan;
Memang benar kata anda kerana manusia telah dilantik oleh Allah menjadi khalifah atau pemerintah di dunia, jika kerosakan berlaku bermakna kerana tangan mereka sendiri.

Tuhan yang Maha Mengetahui.

Wassalam.

Dee said...

Nasib baik umah sy ada disediakan tong2 besar..jd disitulah dibuang suma sampah sarap.

Tp sikap manusia yg mmg dh senang lg nk senang..ada yg buang di tepi tangga, di dpn n dlm lif..malahan ada yg dicampak dr atas umah..jatuh di keta org..pala org..(sy dok flat) padahal..jln lg 5 langkah dh tercatok tong sampah di situ. Sikap itu yg perlu diubah sebenarnya.

Tp flat dulu2...ada lorong/lubang sampah yg dibina di setiap tingkat..buang kt situ..terus boom masuk tong sampah kat umah sampah..napa DBKL x teruskan sistem yg begitu..lg bersih.

Leenoh said...

Dee.

Sikap manusia memang susah nak tukar, ada yang masuk keluar universiti pun tidak mahu ubah sikap, pada hal ilmu yang berada di dalam dada dah tersangat banyak tetapi masih ditakuk lama, di pejabat kerana ikut bos semuanya tersusun, balik rumah keadaannya bersepah kerana isteri tidak kuasa nak bereskan kerana telalu penat. Suami berlagak bos di rumah tanpa kesian belas kepada isteri yang juga bekerja sama seperti dia juga.
wang perbelanjaan rumahtangga berkongsi lagi.

Ilmu ada, ijazah pun ada.jawatan pun ada, inilah yang dikatakan ilmu hanya berada di hujung lidah sahaja, cakap tidak serupa bikin.

Rupanya masih banyak lagi ilmu di luar universiti yang patut dipelajari, kalau berminat bacalah celoteh saya dalam tajuk Pentadbiran dan pengurusan kewangan rumahtangga.

Sikap yang baik itu sangat penting di dalam kehidupan manusia, kalau ilmu yang dimiliki seseorang itu tidak berjaya mengubah sikap dirinya hanya akan menambahkan kehinaan diri sahaja kerana orang yang mengetahui itu lebih dipertanggungjawabkan.sedangkan dia tidak bertanggungjawab dan dikesan oleh mereka yang disekelingnya tanpa apa-apa teguran, kononnya dia sudah cukup pandai dan berilmu.

BEGITULAH JUGA SIKAP SEBAHAGIAN MANUSIA TENTANG MENJAGA KEBERSIHAN DAN SIKAP ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB.

Allah yang Maha Mengetahui.

Wassalam.

Anonymous said...

pak ngah... bile bc komen p.ngah utk Dee ni... hmmmm

betapa bersyukurnya sy mendapat seorang suami yg sudi membantu kerja2 rumah... bkn hendak membangga diri, tp ianya penghargaan buat insan bernama suami... tanpa disuruh beliau sudi membantu... membasuh + menjemur kain sejak kami berkahwin...

kalolah si dia terbaca... hehehe... awwww.... kembang kempis dibuatnye.. hehehe ;)

Leenoh said...

Alhamdulillah,
Pak Ngah pun seronok baca, dia tak baca tidak mengapa, dia dah ok,

kalau boleh biar yang cerdik sombong tu baca. Kalau dengan bini sendiri pun dia siksa, macam mana dengan orang lain.

Kalau dengan orang lain dia boleh buat baik,dengan isteri dia sendiri, dia buat dek , walau pun dia nampak isteri mempunyai beban tugas yang berat sama ada di rumah atau di tempat kerja. ini kita bolehlah gelar dia bodoh sombong, macam mana tak dikatakan bodoh, dengan orang lain dia boleh buat baik, sebaliknya dengan ibu anak dia sendiri dia boleh buat dek ja.

Maaf Pak Ngah dah terlajak, tapi nak buat macam mana benda ni nak kena cakap, sebab tanggungjawab kita semua untuk mencapai kehidupan bersih dan adil.

Wassalam.

azlishukri said...

memang benar dalam hal2 sebegini memerlukan kerjasama DAN KESEDARAN YANG SEBENAR

Leenoh said...

Ya, masyarakat hendaklah berfikiran mahmudah atau positif terutama dalam hal menjaga kebersihan kerana rakyat semakin ramai tentulah sampah juga akan semakin banyak dan pengurusannya juga turut semakin sukar.

Bila orang semakin bertambah, pertambahan dalam beberapa aspek akan berberlaku, kereta, sampah, sekolah, kawasan perumahan dan seumpamanya akan turut bertambah,

manakala keperluan seperti pekerjaan, makanan, perkhidmatan awam dan lain-lain juga perlu ditambah. Ini semua menuntut kita mengubah sikap dan membuat anjakan pradigma.

Wassalam.

Leenoh said...

Alhamdulillah,
Malam tadi 05.01.2009 sampah sarap itu telah diambil dan diangkat oleh petugas pihak yang bertanggungjawab, saya sendiri pun tidak mengetahui pihak yang mana satu, sama swasta atau separuh swasta.

Jadi bau busuk yang mengganggui lubang hidung kami beberapa hari itu akhirnya dapat ditangguhkan ke suatu waktu yang akan dimaklumkan kemudian tapi harap-harap ianya tidak akan berulang lagi.

Terima kasih dan terima kasih.

Wassalam.