Thursday, January 15, 2009

Tidak gentar, tidak takut dan tidak serik.


_____________________

Entri pendek ini sengaja dipaparkan bagi mengimbas kembali zaman lampau, Pada tahun 1973 saya bekerja atau bertugas di Johor Baru (JB) ketika itu saya menggunakan motorsikal berulang alik ke tempat kerja, oleh sebab lesen memandu yang dimiliki masih bertaraf dalam latihan ( L ) maka saya mengambil keputusan mengambil ujian memandu pada tahun tersebut, keputusan ujian gagal walaupun semasa ujian saya rasa berjalan lancar, peserta lain pun menyatakan begitu juga, mereka membuat andaian kegagalan itu kerana tidak mengambil ujian tersebut melalui Sekolah Memandu, maka senanglah bagi penguji memasukkan nama saya ke dalam senarai mereka yang gagal kerana unjuran kegagalan setiap hari memang diwujudkan, itu adalah andaian mereka, andaian saya sendiri masih menjadi rahsia sampai sekarang bersama sejarah yang dapat diceritakan kepada kawan-kawan.

Pada tahun 1974 saya sekali lagi mengambil ujian memandu, iaitu ujian memandu kereta dan menunggang motorsikal. Dalam tempoh beberapa hari sahaja saya belajar memandu kereta di sekitar Jalan Kapt.Mohd.Amin, Jalan Kampung Baru, Jalan Sungai Cat, Jalan Tarom dan terutamanya Jalan Yahya Awal. Apabila sampai tarikh ujian saya pun pergi mengambil ujian memandu tersebut, semuanya diuruskan oleh Sekolah Memandu, kali ini kedua-dua ujian tersebut lulus dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. hehehe saja tambah bagi sedap.

Maaf saya tidak boleh teruskan cerita di atas takut jadi panjang, kalau cerita ini jadi panjang bermakna saya mungkir janji kerana pada awal entri tadi disebut entri ini pendek sahaja. Di mana tempat bertugas dan dari mana berulang alik terpaksalah dipotong ceritanya di sini.

Berbalik kepada rangkaikata di atas; tidak gentar, tidak takut dan tidak serik.
maksudnya tidak gentar berlaku kemalangan jalanraya, tidak takut berlaku kemalangan jalanraya walaupun pernah berlaku pada masa yang telah lalu dan tidak serik walaupun telah berlaku beberapa kali. Apakah pandangan anda terhadap orang yang bersikap seperti ini, adakah patut dipuji atas keberanian mereka. apakah yang sebenarnya yang berpusing ligat di dalam minda anda berkaitan dengan jalanraya, kereta, motorsikal, tali pinggang keledar, topi keledar dan lain-lain. Ada terfikir apa-apa kan.

Bagi diri saya, saya seorang yang penakut dan gentar apabila berada di jalanraya, dalam keadaan minda sedar saya akan sentiasa berwaspada, berhati-hati dan sentiasa memandu berhemat serta berdoa agar sentiasa selamat tetapi saya rasa marah kepada orang yang berada paling depan dalam barisan menunggu lampu hijau, kalau dia keluar berkesot-kesot seperti kura-kura tanpa memikirkan barisan kereta yang panjang di belakangnya yang mungkin terpaksa menunggu dua kali muncul lampu hijau baru boleh bergerak lancar. Anda tidak marah ke ?.

Saya paling takut apabila memandu ketika hujan lebat terutamanya di lebuhraya, siapakah orangnya yang paling ditakuti, tentulah orang itu ialah pemandu bodoh dan dengu yang memandu laju ketika hujan lebat. he he he bahasa kasar tu, di mana kasarnya, memandu laju ketika hujan lebat itu lagi kasar dan .........

Pernahkah anda mengalami kemalangan, ceritalah kepada kami, saya alhamdulillah belum pernah mengalami kemalangan, tiada pengalaman dalam hal ini dan saya pun tidak mahu pengalaman tersebut.


Bagi saya kemalangan ada beberapa sebab di antaranya kemalangan kerana tidak patuh peraturan, kemalangan disebabkan kesilapan orang lain, kemalangan kerana kurang cekap memandu, kemalangan kerana sakit mengejut seperti pening atau lain-lain, walau apapun semua kejadian tersebut dikelaskan sebagai kemalangan.

Semoga Allah selamatkan kita dan keluarga walaupun di mana sahaja kita berada. amin.

Wallahu aklam ( Allah Maha Mengetahui ) - Berserahlah Kepada Allah.

Wassalam.

Shah Alam
( 15/01/2009 ) 4.05 petang.

8 comments:

Pak Kuntong said...

Sdr Leenoh:

Anda sangat laju dalam mengeluarkan idea dan pandangan yang berfaedah, syukur alhamdulillah. Tapi jangan laju di jalanraya sudahlah ya. Paling penting ketika memandu ialah bersopan, pandu dgn berhimah dan menghormati pengguna lain. Akhir sekali berdoa.
TK.

Leenoh said...

Sdr.Kuntong.

Bila memandu, yang penting pandu berhemah, memandu laju tidak salah, saya selalunya memandu laju, Tayar belakang tidak mungkin dapat kejar tayar depan, kehebatan ini memamg dari dulu.

Walaupun kita bergurau tapi masih ingat dan mengingatkan di antara satu sama lain.

Kita sama-samalah berdoa semoga Allah sentiasa memelihara keselamatan kita dan keluarga, maklumlah kita selalu juga berjalan jauh.

Wassalam

Dee said...

sy pun takut kalo terlibat dlm kemalangan..pernah juga beberapa kali jatuh motor..atas kecuaian org lain tidak memasang lampu di jalan gelap..tidak memberi signal ketika masuk simpang..kereta pula..kereta di hadapan lampu brek tidak menyala..kesemua di atas adalah kerana kecuaian manusia..iaitu manusia lain..walau kita berhati-hati.

Kalo sy duduk di sebelah pemandu sy sentiasa pastikan sy tidak tidur utk menemani si pemandu agar dia tidak bosan dan terlelap..wlaupun perjalanan tersebut mengambil masa 10 jam. Sbb sy takut..hehehe..

Leenoh said...

Saya pun takut nak tidor bila jadi penumpang, sebab terbayang kalau terjadi apa-apa ketika sedang tidor kecuali semasa badan tidak sihat tertidor juga.

Dee, nampak tak >page load Error< di atas tu, sebenarnya saya belajar buat booksmark. saya pun klik dan tarik tiba2 jadi pg ld error, saya bawa juga ke situ dan brhenti, cuba awak klik apa akan jadi, saya akan biarkan beberapa hari lagi.

Agaknya itupun kemalangan juga ke. he he he.

Wassalam

Hamirdin b Ithnin said...

BLOG KAU FON DIA KECIL SANGAT. SUSAH NAK BACA. BOLEH BAGI BESAR TAK?

Leenoh said...

Terima kasih Professor di atas teguran yang membena itu insya Allah saya akan dapatkan pertolongan untuk memperbesarkannya, jika masih ada ruang.

Saya sendiri pun sering melakukan kesilapan di atas kelemahan tersebut.

Sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih di atas teguran ikhlas tersebut.

Wassalam.

Anonymous said...

kadang2 laju ni satu yang relatif. org yang memandu 60kmh kelihatan sgt laju bagi org yang memandu 15kmh.

Cth dlm hujan lebat, laju normal kenderaan atas lebuhraya mungkin dlm lingkungan 60kmh tetapi bagi sesetengah pemandu terutama yang mempunyai masalah penglihatan, mereka terpaksa memandu sgt perlahan kerana tak nampak, sehingga membahayakan pemandu lain. adalah lebih baik dia berhenti.

Leenoh said...

Memang benar laju itu sangat umum, laju atau perlahan yang dikehendaki di sini ialah yang berhemah, seperti orang yang berada paling depan semasa menunggu lampu hijau sepatutnya kena bergerak laju supaya kereta di belakangnya tidak terpaksa menunggu dua kali.

Keadaan yang anda jelaskan itu sangat sesuai untuk dilakukan, dengan cara itu kemalangan dapat dikurangkan. Biasanya pemandu yang berhemah akan berfikir begitu.

Wassalam