Sunday, November 14, 2010

Taat setia kepada kerajaan semasa.

Salam semua.

Pada hari ini aku ingin bersembang mengenai "taat setia kepada kerajaan semasa" selari dengan ungkapan "di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung" semasa aku bekerja dengan kerajaan persekutuan (Malaysia) dulu, aku sering juga menghadiri kursus-kursus, seminar atau wacana sebagai seorang peserta ( bukan penceramah ). Sudah tidak menjadi anih lagi bagiku, kalau pada musim kempen pilihan raya terpaksa hadir beberapa majlis seperti yang disebutkan di atas, kekadang atas nama mewakili PIBG.kekadang pula mewakili panitia. Diadakan majlis tersebut sudah tentulah ada dia punya okjektif dan matlamatnya tetapi apa pun tujuannya , aku lihat objektif penganjur lain pula, seolah-olah kalau tidak faham ceramah yang disampaikan pun tidak menjadi apa-apa masalah. asalkan semua peserta faham dan bersetuju dengan ucapan VIP yang dijemput khas untuk memberi ucapan perasmian.Di sinilah biasanya tercetus keluar ungkapan memberi pesanan kepada para peserta supaya "taat setia kepada kerajaan semasa", aku memang bersetuju dengan permintaan itu kerana dengan cara itu segala perancangan kerajaan akan berjalan dengan lancar dan berjaya akhirnya.

Tetapi dalam tempoh kempen Pilihan Raya Umum dan paling pasti pada Hari Mengundi tiada kerajaan sehinggalah diumumkan parti politik yang menang dan parti itulah yang akan menjadi kerajaan dan akan berkuatkuasa beberapa jam selepas itu, Bermakna dalam tempoh tersebut pegawai kerajaan berhak memilih calon yang mereka suka dan tidak lagi terikat dengan pesanan "taat setia kepada kerajaan semasa". kerana pada masa itu kerajaan yang dikuasai oleh parti politik tidak wujud

Fikir-fikirkan......

Sekian...wallahu aklam.

No comments: