Monday, November 29, 2010

Zon Akhir Zaman... Sekadar minta direnungi.

Salam semua.

Belum zon "Akhir Zaman"
Kalau dirujuk kembali kehidupan manusia sejak zaman Nabi Adam.a.s.sehingalah ke zaman Nabi Muhammad.s.a.w. iaitu nabi terakhir, maka secara sekali pandangnya kita telah berada di Akhir Zaman.Tanggapan seperti itu sebenarnya belum tepat, pada zaman Rasulullah.s.a.w. belum lagi memasuki zon dan ambang akhir zaman yang dimaksudkan itu kerana Nabi sendiri menjelaskan bahawa akan datang suatu zaman di mana orang Islam jumlahnya ramai tetapi ramainya mereka hanya seperti buih di dalam lautan dan berpecah pecah pula masyarakat mereka. Situasi ini menjelaskan bahawa pada ketika itu belum lagi masuk zon akhir zaman yang sering disebut.Penjelasan ringkas di bawah ini mungkin dapat menambahkan sedikit kefahaman terhadap konsep tersebut.


Zaman Awalan Akhir Zaman.
Akhir Zaman adalah suatu zaman di mana ianya berada di ambang dan hampir dengan Hari Kiamat, Zaman ini akan melalui zaman awalannya dengan penuh huru hara, kesyirikan terhadap Allah,berlaku kerosakan kerana wujud sistem-sistem yang menafikan kewujudan Allah, sebaliknya hanya bergantung kepada sistem yang diciptakan oleh akal manusia semata-mata tanpa berpandukan syariat Allah, di mana ketika itu juga dipenuhi dengan maksiat. Penindasan terhadap masyarakat Islam dan orang Islam dibunuh semahunya oleh mereka yang anti Islam.

Zaman Pertengahan Akhir Zaman.
Zaman awalan bagi Akhir Zaman,situasinya penuh dengan bencana dan huru hara itu tidak bertahan lama dan tidak kekal, akhirnya masuk zon pertengahan atau zon berikutnya, di mana Allah menjanjikan suatu kehidupan yang bahagia dan sejahtera. Zaman di mana Nabi Isa.a.s. didatangkan untuk mengembalikan kegemilangan Islam dan menghapuskan zaman kegelapannya.

Perlu diingat bahawa kehadiran Nabi Isa.a.s. bukan membawa ajaran baru tetapi baginda juga patuh kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad. s.a.w. penghulu segala Nabi dan Rasul. dan Al.Quran sebagai panduannya.Nabi Isa.a.s.menyeru sekalian manusia pada ketika itu supaya beriman kepada Allah, di mana keimanan yang diserukan itu berpandukan ajaran yang termaktub di dalam al.Quran.

Kemudian berlakulah suatu jangka masa (period) yang mana ajaran al-Quran diamalkan di seluruh muka bumi ini secara global. Persekitarannya mampu memuaskan hati semua golongan manusia. Manusia hidup dalam suasana yang aman damai tanpa peperangan dan persengketaan . Kehidupan mereka juga lebih cemerlang berbanding dengan masa lampau.

Penghujung Akhir Zaman.
Suasana hidup pada pertengahan Akhir Zaman mengalami perubahan yang amat ketara ke arah kebaikan dan mahmudah serta kesejahteraan yang dikehendali oleh semua manusia, Inilah ketikanya manusia melihat kebenaran al.Quran dan kemukjizatannya. Di penghujung Akhir Zaman inilah berlakunya Hari Kiamat.

Catatan:
Artikel ini hanya mengajak anda untuk merenungi dan menambahkan maklumat kepada artikel yang sangat mendatar ini.

Sekian...wallahu aklam.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam,

Usah dikata artikel yang mendatar. Ini adalah suatu peringatan dan kenyataan untuk kita semua. Manusia harus sedar yg Allah sudah memberikan kita garis panduan yang huraian dari rukun iman harus diperhalusi. Dlm Al-Quran telah menyatakan apa yang artikel ini katakan juga amat jelas sekali.

Leenoh said...

W.salam.

Terima kasih kerana memberi ulasan, saya akan terus menulis sekadar yang termampu, sama-samalah kita berdoa agar Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah supaya kita dapat terus menulis.

Semua ilmu di dalam blog ini adalah hak Allah, sebarkan jika rasa sesuai.