Saturday, November 6, 2010

Keindahan dan kegembiraan di dalam masa kesukaran.

Salam semua.

Masih mengenai banjir.
Sepanjang bulan November ini kita akan terus berbual dan berbincang mengenai banjir yang sedang berlaku sekarang ini.manakala pihak berwajib akan lebih sebok lagi kerana mereka terpaksa membuat sesuatu untuk mengurangkan berlakunya banjir dan membuat persediaan menghadapinya dengan persediaan yang lebih baik dan cekap lagi dan juga memikirkan tindakan seterusnya bagi membantu mangsa banjir yang banyak kehilangan harta kepunyaan mereka dan hilang peralatan dan punca rezeki.

Banjir datang secara tiba-tiba tiada siapa yang menjangkakannya. Pada pagi ini aku pun masih menulis mengenai banjir , walaupun telah disentuh pada artikel yang telah lalu.

Setiap kali berlaku banjir seumpama ini aku teringat kembali sebuah cerita yang dimuatkan di dalam sebuah buku teks pada zaman persekolahanku dahulu, cerita itu bertajuk " BAH BESAR DI PAHANG" ( tidak pasti darjahnya , mungkin darjah 2 - 3 ). Kami murid-murid tidak pasti sama ada cerita itu benar atau rekaan sahaja kerana guru yang mengajar pun tidak menceritakan hakikat cerita tersebut.Cerita itu menggambarkan bahawa bah itu sangat besar, di mana air pasang dan naik mencecah sehingga ke bumbung rumah dan memberi kesan ketakutan kepada kami dan kami membayangkan bagaimana kalau benar-benar berlaku demikian, ketika zaman kanak-kanak dahulu, generasi kami memang tidak pernah mengalami peristiwa banjir seperti yang sedang berlaku pada minggu pertama November 2010, yang mana peristiwa banjir ini sedang dialami di sesetengah lokasi di Kedah, Perlis dan Kelantan sekarang ini.

Keindahan dan kegembiraan di dalam masa kesukaran.
Kalau melihat kepada gambar yang dipaparkan di tengah artikel ini kelihatan indah dan menyeronokan.tetapi keindahan dan kegemb
iraan itu hanya pada mata zahir sahaja, pada mata hati terdapat kesukaran, kesusahan dan kesedihan.



Susah dan sukar kerana kebanyakan jalan raya ditenggelami air dan tidak dapat lagi dilalui, rumah dimasuki air, terpaksa pula bergegas memindahkan barang-barang bernilai ke tempat yang diandaikan lebih selamat, selepas itu penghuninya pula terpaksa berpindah ke tempat yang selamat yang disediakan oleh pihak yang berkuasa buat beberapa hari sehingga banjir surut.Barang-barang yang tidak sempat dipindahkan mengalami kerosakan dan kemusnahan, ikan yang dipelihara di dalam kolam akan keluar, terpaksalah pemilik semuanya itu mengalami kerugian, mereka yang kehilangan ahli keluarga kerana dibawa arus atau ditenggelamkan air merasi lebih sedih dan dukacita lagi berbanding dengan mangsa yang lain.Demikianlah ujian Allah kepada manusia supaya manusia meyakini bahawa Allah itu wujud dan Dialah yang Maha Berkuasa mentadbir alam ini. Apabila berlaku banjir besar seperti ini manusia tidak terdaya menghalangnya melainkan lari menyelamatkan diri dan barang-barang yang dimiliki mereka.Ketika artikel ini ditulis di Kedah sahaja lebih 40 ribu mangsa banjir terpaksa berpindah.Kerugian yang dialami belum ditaksirkan lagi sama ada oleh individu atau di pihak kerajaan.

Selepas ini dibimbangi akan muncul pula wabak penyakit berjangkit yang terpaksa diurus dan ditangani oleh Jabatan Kesihatan, nasihat-nasihat dan panduan penjagaan kesihatan semasa banjir telah berulang kali diingatkan oleh pihak berkuasa.Kesan buruk yang ditiggalkan banjir tidak kurang banyaknya, ianya berlanjutan dan melibatkan tempoh yang lama untuk tangani dan melupakan peristiwa suka dan dukanya..

Sekian...wallahu aklam.

No comments: