Monday, November 8, 2010

Manusia terapit dengan kematian.

Salam semua.

Manusia diapit dengan dua kematian.
Merujuk kepada kejadian manusia ciptaan Allah, manusia sebelumnya tiada, kemudian dijadikan atau diciptakan , selepas manusia dijadikan Allah, barulah manusia ada ( wujud ), setelah manusia menjalankan kehidupan di dunia ini dalam tempoh masa tertentu, maka berlaku pula kematian ke atas manusia.Ketika manusia belum wujud di dunia ini mereka sebenarnya telah wujud dalam bentuk roh (umpama mati) , semasa manusia berada di dunia, wujudnya manusia ketika itu bersama roh dan jasad ( hidup ), setelah itu roh manusia pula keluar daripada badan ( jasad ), badan menjadi rosak dan hancur , kemudian kembali menjadi tanah , kini manusia kembali pula keadaannya ke alam roh ( mati ). itulah yang dimaksudkan manusia diapit oleh dua kematian.

Manusia dijadikan untuk kematian yang kedua itu, kehidupan di dunia ini sebagai tempat ujian semata-mata, tempoh yang dirasakan panjang itu sebenarnya sangat pendek hakikatnya berbanding dengan kehidupan selepas mati ( alam roh ), setiap hari dan setiap saat manusia melalui ujian, susah senang, kenyang lapar, kenyang dahaga, sejuk panas, sihat sakit,suka duka dan seumpamanya terasa bertukar ganti, tidak akan putus-putus sifatnya melainkan setelah berada disyorga kerana berada di sana selepas melalui ujian.Perjalanan hidup penuh dengan ujian.

Ujian itu untuk menentukan tahap ketaqwaan manusia terhadap Allah, mereka yang kenal Allah akan mengerti akan hakikat hidup, akan menghadapi ujian tersebut bersama panduan yang dibekalkan oleh Allah Taala, kemampuan mereka mentaati panduan hidup itu akan melalui pasang surut kerana mereka terpaksa menghadapi tipu daya iblis syaitan yang sentiasa menjadi musuh mereka.

Tegasnya keimanan manusia kepada Allah seumpama gelumbang di laut, kelihatan pergerakannya tinggi rendah dan beralun sepanjang masa.manusia yang sentiasa ingat akan dugaan dan cabaran ini, mereka akan sentiasa bersedia menghadapinya dengan berbekal ilmu yang terdapat di dalam panduan yang disediakan iaitu al.Quran dan al.Hadis.

Kematian lebih utama berbanding dengan hidup.
Untuk menetukan kesejahteraan ketika telah mati, manusia memerlukan usaha dan amalan yang betul di dunia ini, manusia wajib patuh segala perkara yang telah ditentukan Allah dengan berpandukan al.Quran dan al.Hadis, manusia tiada pilihan lain, sekiranya mereka mengambil pilihan lain selain daripada al.Quran dan al.Hadis, mereka itu dianggap sesat dan akan menerima kerugian selepas mati nanti, iaitu di akhirat. Mereka ini dikelaskan sebagai manusia yang jahil dan menzalimi diri sendiri kerana mereka tidak berusaha menyelamatkan diri daripada diazab api neraka. Kematian atau sering disebut kehidupan selepas mati adalah lebih utama kerana hidupan itu kekal abadi.Sekiranya kehidupan di sana di dalam siksaan neraka tentulah amat perit untuk menghadapinya tetapi sekiranya berada di dalam syorga di sana aman dan amat menggembirakan. usaha di dunia dan cara hidup di dunia inilah yang akan menentukan kehidupan di akhirat nanti, sama ada mendapat kebahagiaan di syorga atau menerima siksaan di neraka semuanya hasil perbuatan kita di dunai, tiada suatu pun perbuatan manusia yang berakal di dunia ini yang tiada balasannya di akhirat nanti, balasannya sama ada sorga atau neraka.tiada suatu pun perbuatan yang boleh dihapuskira di dunia ini kerana semuanya dicatatkan oleh malaikat dan semuanya diketahui Allah walaupun tanpa catatan malaikat.

Peringatan untuk diriku sendiri.

Sekian....wallahu aklam.

No comments: