Monday, November 15, 2010

Mimpi pun tipu juga.

Salam semua.

Aduh sakitnya.
Malam tadi aku bermimpi, setelah selesai cerita mimpi itu biasalah aku pun terjaga, sebaik sahaja terjaga aku pun terasa sakit kepala, aduh sakitnya.... terasa sakit betul-betul di dalam kepalaku tetapi badan terasa sejuk sahaja, biasanya kalau sakit kepala badan kita akan terasa panas,

Agaknya kebetulan malam tadi aku bercerita pasal mimpi sebab itu aku bermimpi semasa ketiduran di tengah malam yang dingin. Mimpi memang ada benar dan ada karut terpulanglah kepada situasi kita tidur.....
_________________________________________

Artikel ini ditulis pada awal pagi tetapi tidak dapat disiapkan kerana terpaksa menghantar anak ke KLIA untuk menaiki kapal terbang ke Terengganu, tadi bertolak jam 7.00 pagi dari rumah ke KLIA dan sampai balik rumah jam 9.30 setelah singgah di R&R Dengkil untuk sarapan pagi, barulah menyambung perjalanan balik dan sebaik sahaja sampai rumah artikel ini disambung ceritnya.
_________________________________________



Perjalanan balik dari KLIA.


Singgah di R & R . Dengkil.

Mimpi ada yang benar, ada yang tidak benar.
Mimpi benar maknanya apa yang dimimpikan itu akan berlaku pada diri kita atau menjadi realiti pada suatu hari nanti, mimpi yang tidak benar pula merupakan sesuatu yang merepek sahaja atau cerita kosong yang berlaku melalui mimpi sahaja. Kekadang kita dapat mentaabirkannya dengan betul, kekadang dilupakan begitu sahaja.Di antara manusia yang paling bijak mentaabirkan mimpi ialah Nabi Yusuf a.s. untuk mengetahuinya lebih lanjut tentang Nabi Yusuf mentaabirkan mimpi bacalah surah Yusuf, dengan membaca makna, terjemahan dan tafsir al.Quran surah berkenaan.

Malam tadi aku mendengar kuliah yang menceritakan kisah Nabi Yusuf di Surau al.Mawaddah, di anranya kuliah menyentuh mengenai dua orang penghuni penjara bermimpi, mereka berdua kemudiannya mengadu kepada Yusuf supaya mentaabirkannya, mungkin kuliah ini telah mempengaruhi mindaku ketika tidur dan menyebabkan aku bermimpi.

Mimpi pun tipu juga.
Aku bermimpi aruah kawanku yang meninggal awal tahun ini datang memaklumkan padaku bahawa dia sebenarnya tidak mati pun, apa yang berlaku ada orang yang melaporkan bahawa beliau telah mati, beliau datang padaku dengan berpakaian serba putih dan bersongkok hitam, sama seperti pakaian ketika aku menjadi pengawas pada zaman persekolahan dulu. sedang beliau bercerita, aku mendengarnya dengan penuh perhatian, tidak sempat aku menjawab atau memberi apa-apa respon tiba-tiba aku terjaga dan terasa kepalaku sakit, jam ketika itu menunjukkan 3.15 pagi.

Aku katakan "mimpi pun tipu juga" kerana kawan aku itu memang pun telah meninggal dunia, dunia yang fana ini. Beliau lebih muda berbanding dengan umurku seperti aku ceritakan di dalam artikel yang terdahulu, muda atau tua itu hanya perbandingan setelah dilahirkan, sedangkan roh sama sahaja usianya.
(Klik di sini) . Mati itu pula bukan disebabkan tua atau sakit, mati itu berlaku kerana Allah tentukan demikian. tidak dapat dicepatkan atau dilewatkan.


Sekian...wallahu aklam.

No comments: