Thursday, November 4, 2010

Kebiasaan makan nasi sehari tiga kali memerlukan anjakan.

Selam semua.

Apabila menyaksikan banjir mengganas di beberapa negeri di Malaysia sejak kebelakangan ini dan menyaksikan kerugian harta yang tidak sedikit nilainya, banjir juga memusnahkan tanaman petani dan ternakan mereka, sawah padi yang terbentang luas jug
a dilanda banjir, padi yang masak menguning juga pernah ditenggelami air dan padi menjadi reput.

Banjir yang melibatkan sawah padi bukan sahaja di Malaysia, malah di Thailand, Vietnam dan negara-negara yang berhampiran. Bencana ini menyebabkan bekalan beras berkurangan dan harganya melambung tinggi, Harga beras semasa dalam kampet seberat 10kg dijual dengan harga semurah RM26.00 sehingga Rm50.00 mengikut jenis masing-masing. Kalaulah harga ter
sebut semakin meningkat tentulah akan menjejaskan kehidupan harian kita.

Padi juga terancam dengan cuaca kemarau, walaupun ianya memerlukan cuaca panas selepas berisi supaya cepat masak tetapi, jika berlaku kemarau semasa biji padi belum menjadi susu, padi akan menjadi hampa ( mengeluarkan buah atau biji yang kosong )

Kebiasaannya orang Melayu utara khususnya, sejak zaman berzaman makan nasi sehari tiga kali, iaitu pagi, tengah hari dan malam, terutamanya golongan petani, sekiranya amalan ini diteruskan, mungkin akan menghadapi kesukaran dalam tempoh puluhan tahun akan datang, kemungkinan pada ketika itu bencana banjir ini akan berlaku lebih kerap dan dahsyat lagi, sawah yang semakin sempit itu akan kerap dilanda banjir.Bekalan beras akan menjadi semakin kurang dan harganya semakin meningkat naik, orang ramai semakin tidak mampu membelinya termasuk petani sendiri.

Pada hemat saya kita perlu membuat anjakan awal ke arah mengurangkan makan nasi, daripada tiga kali sehari kepada dua kali sehari dan akhirnya sekali sehari, Pada dua waktu makan itu diganti dengan makanan lain yang juga bermutu tinggi. kita tidak sepatutnya menunggu sehingga keadaan memaksa baru hendak membuat anjakan dan baru berlatih memakan makanan lain.Sekurang-kurangnya kita melatih anak-anak berbuat demikian.Biarlah perut mereka menerima kebiasaan yang kita rancangkan itu kerana pada zaman mereka mencapai usia dewasa nanti, fenomena kerap berlaku banjir ini, mungkin akan menjadi kenyataan.

Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya, Kehidupan manusia berubah perlahan-lahan tanpa disedari, perubahan sikap manusia, perubahan muka bumi, semuanya itu adalah kehendak Allah, perubahan disebabkan kemarau, hujan dan lain-lain. Malaysia juga akan turut berubah dan meminta kita menyesuaikan diri, Rakyat Malaysia perlu membuat andaian dan bersedia melengkapkan diri terutama generasi akan datang supaya "sedia payung sebelum hujan". Manusia semakin ramai, tanah sawah semakin sempit, kini perubahan tersebut sangat ketara.Kawasan sawah terpaksa diganti dengan kawasan perumahan dan lain-lain bangunan yang sangat diperlukan oleh manusia. Dasar mengekalkan kawasan pertanian khasnya kawasan sawah tidak mampu dipertahankan, terutamanya yang lokasinya di pinggir bandar atau bandar raya.





Kalau kita mampu berpuasa tiada sebab anjakan yang lebih mudah ini tidak mampu dilaksanakan.Kalaupun kita tidak mahu berubah sikap pada masa ini, suatu hari nanti akhirnya kita terpaksa berubah, kalau dulu petani makan beras yang dijemur dan dikisar sendiri di kampung, kini rata-rata petani membeli beras kampit dari kedai runcit atau pasar raya berhampiran untuk saraan keluarganya, semua hasil padi mereka dimasukkan terus ke dalam lori dengan menggunakan mesin tuai dan terus di bawa ke kilang dan dijual, padi tidak lagi dimasukkan ke dalam jelapang yang didirikan di tepi rumah seperti zaman dahulu,pengeluaran zakat pun menggunakan wang dan tidak lagi diberikan dengan padi yang diisi di dalam guni, entah siapa pula yang makan beras tanaman mereka, yang pasti mereka tidak memakannya seperti dahulu. Inilah perubahan yang dimaksud, ianya berlaku sedikit demi sedikit tanpa disedari oleh manusia yang terlibat.

Sekian...wallahu aklam.

No comments: