Saturday, November 6, 2010

Kesilapan manusia menyebabkan banjir.

Salam semua.

Masih mengenai banjir.
Ramai telah memperkatakan mengenai sebab-sebab berlakunya banjir, pandangan yang diberikan itu ada yang melalui hasil kajian, pengajian dan pengalaman. Saya tidak mempunyai sekelumit pun ilmu mengenai perkara tersebut. Apa yang akan diperkatakan ini hanya sekadar pengalaman dan hasil memerhatian sahaja.

Dalam melaksanakan sesuatu projek sama ada persendirian atau awam, kekadang pelaksanaannya tidak mesra jiran dan alam. Saya ingin merujuk artikel ini lebih kepada negeri Kedah tempat lahir saya kerana di situlah tempat saya menimba pengalaman.

Aliran air menuju ke laut.
Aliran air di negeri Kedah secara amnya mengalir dari timur ke barat, lokasi yang berada di sebelah timur yang bertentangan dengan Bandar Raya Alor Setar ialah Kuala Nerang dan Pokok Sena, air daripada sana sebahagiannya akan mengalir ke Alor Setar dan bakinya akan masuk ke sungai muda dan sungai asal (tradisi), apabila air terlalu banyak alirannya akan berpecah mengikut kesempatan air itu mendapatkan muka bumi yang rendah , kawasan rendah itulah yang akan menjadi laluan mereka, dalam jumlah yang besar air ini akan mengalir arah ke barat dan akhirnya sampailah di Bandar Raya Alor Setar dan kawasan-kawasan yang berhampiran, dalam masa beberapa hari barulah sampai ke laut.

Dalam perjalanan tersebut air akan dihalang dengan beberapa batang jalan raya, dan jalan keretapi , sebatang lebuh raya yang agak besar saiznya, di mana kedudukannya melentang negeri Kedah dari utara ke selatan merupakan penghalang gergasi aliran air menuju ke laut. setiap kali air ini terhalang oleh batasan tersebut, ianya akan terkumpul dalam jumlah yang besar menyebabkan banjir itu menjadi lebih besar saiznya.

Sekiranya kita melihat pergerakan air di sepanjang lebuh raya ketika banjir sedang berlaku. kita akan dapati di tempat-tempat tertentu air terkumpul dalam jumlah yang amat banyak sedang meniti seolah-olah ingin naik dan melintasi lebuh raya, Sebenarnya di tempat tersebutlah sepatutnya dibuat terowong laluan air kerana tempat itu adalah laluan asalnya iaitu kawasan muka bumi yang rendah, walaupun terdapat terowong berhampiran, selagi air itu berkeadaan rendah berbanding dengan tempat lain, selagi itulah air itu akan terkumpul di situ sehingga keadaannya menjadi lebih tinggi daripada kawasan terowong atau laluan yang baru dibina, kemudian barulah air itu akan beredar pula melalui terowong tersebut. Sebelum itu kawasan yang berhampiran telah pun berlaku banjir, sepatutnya laluan air tradisi perlu dihormati, terowong sepatutnya dibina di lokasi tersebut bukan di tempat yang baru.

Kesilapan manusia menyebabkan berlakunya banjir.
Punca sebenar berlakunya banjir adalah disebabkan hujan telah turun dengan lebatnya dan air hujan tersebut memerlukan laluan yang selesa bagi mudahkan air itu sampai ke laut. Tidak mungkin muka bumi yang begini luas tiada halangan yang dimaksudkan, halangan laluan air tetap wujud, kesilapan menguruskan muka bumi menyebabkan halangan itu bertambah dan merumitkan lagi serta melambatkan pergerakan air dengan itu berlakulah banjir .

Akhlak buruk manusia juga menyumbang kepada berlakunya banjir, kemarau, cuaca berjerebu, air sungai kotor dan sebagainya, oleh itu setiap manusia perlu disedarkan bahawa mereka perlu mempunyai hubungan baik dengan Allah, sesama manusia dan alam, sekiranya mereka mahu hidup sejahtera di dunia ini dan juga di akhirat.




Sekian...wallahu aklam.

No comments: