Saturday, November 6, 2010

Jangan berpolitik di dalam lumpur banjir.

Salam semua.

Masih mengenai banjir.

Banjir telah pun berlaku sejak beberapa hari yang telah lalu, kini masih belum surut sepenuhnya, hujan masih lagi turun di Kedah, berbagai masalah sedang dihadapi oleh keluarga mangsa banjir yang memerlukan pertolongan bukan menjadi alat untuk orang lain menjual minyak politik mereka, walaupun ada media canggih yang boleh menyebarkan berbagai berita benar dan palsu, pada masa ini tidak sesuai untuk menyebokkan diri dan menonjolkan diri dengan memburukkan orang lain.
Politikus seharusnya pandai mengambil kesempatan tetapi bukan di dalam lumpur banjir, sebagai orang Islam perlu hadkan kesempatan tersebut supaya tindakan yang dilakukan tidak dilihat sebagai melampau.

Memberi bantuan dengan ikhlas.
Mangsa banjir sangat-sangat memerlukan pertolongan, mereka tidak minta supaya ditenggelami banjir tetapi Allah telah mentakdirkan demikian sebagai ujian kepada mereka dan kita semua.Mereka yang mempunyai kudrat dan kuasa, Allah perintahkan supaya mengambil tanggungjawab menyelesaikan masalah ini dengan baik, terutamanya pihak berkuasa di berbagai peringkat, mereka seharusnya memberi pertolongan dan bantuan dengan jujur dan ikhlas, bukannya setelah memberi pertolongan kemudiannya memuji diri dan memburukkan orang lain, apakah dalam situasi genting pun mahu menjual minyak politik melalui mulut yang petah, bukankah politikus inginkan perpaduan dan sedang menjana perpaduan rakyat
.

Dalam suasana kesejukan banjir panaskanlah mangsa banjir itu dengan pertolongan yang ikhlas, lihatlah mereka itu sebagai mangsa banjir, jangan melihat mangsa banjir sebagai pengikut pemimpin politik tertentu, lihatlah banjir itu dengan dua biji mata dan nilailah baik buruknya supaya dapat diatasi dengan sebaik mungkin...
Insya Allah anda boleh.


Sekian...wallahu aklam.

No comments: