Thursday, November 4, 2010

Hari ini aku berkurung di dalam rumah

Salam semua.

Hari ini aku berkurung di dalam rumah sejak pagi tadi, setelah bangun aku teringat pada keluarga di kampung, di antara mereka ada yang terl
ibat dengan bencana banjir, ada yang demam sejak seminggu yang lalu dan ada pula yang terlibat dengan kemalangan motorsikal, akibat kambing lintas laluan, manakala kambing itu pula ingin menyelamatkan diri dari ancaman banjir, kedua-duanya kini ( yang demam dan yang aksiden ) sedang dirawat dan berehat di hospital, semoga mereka cepat sembuh dan dapat keluar mencari rezeki seperti biasa. memang benar malang itu tidak berbau.

Ketika aku menulis artikel ini jam menunjukkan 2.25 petang, aku belum ke mana sehingga saat ini, bukan kerana terperangkap dengan banjir , kawasan aku tinggal ini tiada banjir, lewat petang nanti aku belum pasti, mungkin kereta aku yang aku hantar ke bengkel pagi semalam telah siap digantikan dengan komponen baru pada bahagian yang telah dikenalpasti rosak, kata mekanik anggaran kosnya lebih kurang RM100.00 +, apapun terpaksalah aku membayarnya setelah siap nanti, aku tidak keluar rumah bukan sebab anak kereta aku itu, sebab sebenar aku berkurung dalam rumah kerana aku ada banyak idea dan ilham untuk direalisasikan di dalam laman sesawangku ini, agaknya malam tadi aku minum akar kayu Iran yang disediakan isteriku ...hahaha..wallahu aklam...Sejak pagi tadi sehingga sekarang aku masih rasa ceria dan bersemangat untuk menulis , artikel yang aku poskan pada hari ini sahaja berjumlah 5 artikel termasuk artikel ini.

Semasa aku menulis aku tidak terasa keseorangan dan kesunyian, aku sebenarnya terasa seolah-olah sedang berbual dengan anda dan kekawan yang lain, ramai dari kalangan anda mengenaliku hanya melalui alam maya ini sahaja, tegasnya kawan maya, kalau anda ingin mengetahui lebih lanjut diriku , aku mungkin seorang yang peramah dan senang diajak berbincang, walaupun wajahku kelihatan agak sombong atau bengis, kalau melihat pada wajah tanggapan anda akan terpesong.

Di antara tajuk yang telah aku tulis hari ini, mungkin anda ingin membacanya, sekiranya ingin membaca bolehlah merujuk dan klik di bawah ini untuk membacanya ; Di sini ,di sini
, di sini dan di sini.

Sebaik sahaja selesai artikel ini ditulis anak keretaku pun siap dibaikpulih kerosakannya. ( bukan gambar di atas, itu hanya daya tarikan sahaja ) Baru sebentar tadi mekanik menghubungiku dan memberitahu hal tersebut, sebentar lagi mekanik akan hantar dan aku terpaksalah menghantarnya balik pula ke bengkel, wau ketika itu pasti jalan raya sesak, semoga selamat pergi dan kembali, tawakkaltu alallah.


Sekian...wallahu aklam.


No comments: