Sunday, November 21, 2010

Buletin TV tidak mencakup seluruh aktiviti rakyat Malaysia

Salam semua.

Berita media tidak mencakup keseluruhan aktiviti kehidupan rakyat Malaysia, oleh itu perlu mencari sumber tambahan untuk membuat sesuatu penilaian.Orang yang berjaya membuat penilaian yang tepat dan benar . Mereka itulah orang yang bijak.

Sekadar persoalan tanpa penyelesaian.


Adakah minda kita hanya seluas berita / buletin TV ?.
Terfikirkah bahawa banyak lagi aktiviti yang tidak mencakup di dalam berita TV?
Pernahkah anda terfikir dan bertanya diri sendiri di manakah baki peristiwa yang tidak disiarkan?.
Apakah perasaan anda apabila dibohongi dan didustai?
Adakah anda terfikir bahawa aktiviti rakyat Malaysia hanya sekadar yang disiarkan di TV?.
Adakah kita tidak mempunyai dunia lain selain TV?
Adakah TV sahaja sumber berita, TV membawa berita benar dan dusta, bagaimana mendapatkan rasionalnya?
Apakah yang dimaksudkan dengan berfikir secara proaktif, kreatif dan kritis ?.
Adakah anda sering mencari maklumat tambahan?.
Benarkah semua aktiviti rakyat Malaysia tidak mampu dicatat dan dilaporkan , walaupun penglibatannya melibatkan semua media di Malaysia?.
Apakah perkara yang paling penting bagi anda, mencari maklumat atau menjejak kebenaran?.

???????????????????????????????

Lebih senang bertanya daripada menjawabnya, walaupun bertanya juga memerlukan ilmu.

Sekian.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam...

Itulah sebabnya selalu bila terasa tidak puas hati dgn sikap berat sebelah TV akan di tutup. Istighfar dan muhasabah diri moga tidak bersifat tutup mata atas apa yang berlaku disekeliling.

Leenoh said...

Wsalam.

Masih jauh destinasi untuk mencapai negara maju dan tamaddun.