Thursday, November 18, 2010

Banyakkan senyum.

Salam semua.

Senyum mempunyai pengaruhnya yang besar terhadap kehidupan manusia, ianya membuka jalan untuk membuka pintu rezeki melalui situasi bersedia memudahkan urusan, mengeratkan silaturrahim dan kasih sayang serta menjadi pengubat jiwa.

( Senyum tidak mengeluarkan suara - senyum biarlah kena pada tempatnya )

Senyuman yang
ikhlas menyentuh jiwa yang lara dan memberi kesan berubat yang memungkinkan seseorang itu menjadi tenang dan rasa bahagia.

Senyum sukar tercetus keluar dari wajah yang dukacita dan mengalami ketenangan, senyuman paksaan tidak akan menghasilkan kemanisannya. Senyum ikhlas adalah suatu pertolongan dan sedekah yang abstrak dan maknawi. ianya mampu memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang yang menerima senyuman. semua orang akan rasa lega dan rilek apabila melihat wajah yang senyum dan akan hilang sebahagian masalah yang sedang dialami.

Orang yang sedang terkejut, marah dan sedang menghadapi masalah tidak mungkin mampu memamer
kan wajah senyum, senyuman yang bernilai dan membawa berkat datangnya dari orang yang sentiasa tenang dan ceria serta sentiasa mengingati Allah kerana atas situasi itulah mendorong dirinya melahirkan senyuman kepada orang lain.

Menyambut tetamu dalam keadaan senyum juga dapat meyakinkan bahawa mereka disambut dengan penuh sangka baik dan dihargai, jika mempunyai urusan yang hendak diselesaikan ianya akan berjalan dengan lancar serta meyakinkan.
Sikap tersebut akan melahirkan suasana keceriaan, kegembiraan dan mewujudkan suasana kesediaan untuk didekati dan berbincang.

Orang yang mempunyai banyak harta mereka bersedekah dengan harta, mereka yang mempunyai ilmu boleh bersedekah atau mendapatkan pahala melalui mengajar atau menyampaikan ilmu, mereka yang miskin masih boleh mendapatkan pahala melalui perbuatan melontarkan senyuman ikhlas kepada orang lain.Senyum adalah sedekah kerana ianya sesuatu yang baik dan menjadi lawan kepada marah yang dilarang.

Sesiapa yang membenci kesombongan bermakna ia menyukai kemesraan dan senyuman.Kalau kita
mahu orang lain senyum kepada kita, maka kita hendaklah senyum terlebih dahulu kerana tentunya ia akan menyambutnya dengan senyuman jua. Memberi senyuman ibarat memberi sejambak bunga yang wangi semerbak.

Seorang sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin Al-Harist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.”
(Hadis riwayat At-Tirmizi)
 

______________________________



Kenali Islam........


____________________________________
Sekian...wallahu aklam.

No comments: