Wednesday, November 3, 2010

Banjir di Kedah dan Perlis.

Salam semua.

Banjir di Kedah dan Perlis.
Minggu pertama di dalam bulan November 2010 hujan turun buat beberapa hari di seluruh Malaysia Barat , kadarnya berbeza di antara satu negeri dengan negeri yang lain, Kedah dan Perlis turun dengan kadar yang banyak sehingga menyebabkan banjir dan penduduk di beberapa lokasi yang terlibat terpaksa berpindah ke penempatan khas yang disediakan oleh pihak berkuasa atau ke rumah sanak saudara yang tinggal berhampiran. Mengikut berita Astro Awani jam 6.00 petang 3 .Nov. 2010 jumlah mereka yang tepaksa berpindah mencecah 20 ribu orang, tidak termasuk yang berpindah ke rumah sanak saudara. Kejadian banjir yang agak besar telah berlaku beberapa kali di Kedah dan Perlis, beberapa tahun dahulu sering berlaku di daerah Baling di mana mereka menerima air tempias dari Kelantan tetapi sekarang keadaannya telah berubah, hujan memang turun di dalam negeri Kedah itu sendiri, duhulu pernah berlaku banjir di Kedah dan Perlis , di mana airnya bercampur dengan air yang datangnya dari Thailand. Ulasan ini hanya berdasarkan pengetahuan am yang tidak sohih, sekadar memperolehinya melalui mulut ke mulut sahaja atau berdasarkan sembangan dan perbualan orang ramai pada ketika berlaku banjir dahulu.

Berat mana mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Tidak dinafikan kehadiran banjir akan membawa
kebaikan dan keburukan, keburukan menguasai 90% daripadanya berbanding dengan kebaikan, kebaikannya menyedarkan manusia supaya insaf dan bersyukur pada nikmat dan kesenangan yang banyak diterima pada masa yang lalu, selepas ini tanah akan menjadi lebih subur dan kesilapan penyediaan perparitan akan diperbaiki serta membuat pembangunan dengan lebih berhati-hati lagi.Manusia yang berfikir akan mengakui bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa.
Banjir di Perlis.
Imej dari FB.Syura Ali's/Fb Salmiah.


Keburukannya sangatlah banyak, tanaman sara hidup dan sampingan musnah dilanda banjir, barang-barang peralatan di dalam rumah seperti perabot, sofa, permaidani dan lain-lain yang tidak sempat diselamatkan akan rosak termasuk kenderaan yang terperangkap di dalam banjir, hatta terdapat juga mereka yang kehilangan ahli keluarga dan haiwan ternakan kerana dibawa dan ditenggelamkan oleh banjir. Bayangkan betapa banyaknya kerugian yang dialami, bagi mereka yang tidak mengalami musibah ini akan terasa juga kesusahan itu tetapi berat mana mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

Membawa penyakit.
Apabila air naik memenuhi daratan sehingga be
berapa inci atau kaki tingginya, air tersebut akan bercampur aduk dengan kekotoran, bahan-bahan yang kotor dan najis, termasuk air najis manusia yang bergerak keluar dari tempat takungan, semuanya itu akan membawa penyakit kepada manusia dan haiwan, apa yang berlaku tidak dapat dikawal lagi, manusia hanya mampu melihatnya dan menunggu hujan berhenti dan banjir surut.

Banjir Kelantan/Kedah ( 3 .Nov. 2010 ).

Awasilah kanak-kanak ketika banjir.
Kanak-kanak dan remaja, malah orang dewasa sekali pun suka bermain air ketika berlakunya banjir tanpa menyedari kekadang air yang mereka berendam di dalamnya itu air telah bercampur dengan najis dan berbagai kekotoran yang boleh menyebabkan mereka mengidap berbagai penyakit yang kita sendiri tidak mengetahuinya, terutamanya penyakit yang berjangkit, penyakit tersebut mudah berlaku kepada mereka yang bermain dengan air kotor yang disebabkan oleh banjir. Orang dewasa sepatutnya tidak memandang ringan dalam hal ini, awasilah anak-anak dan remaja supaya tidak bermain dengan air banjir.

Sedang saya menulis artikel ini ( Rabu, jam 7.40 malam - 3 .11. 2010 ) mendapat sms menyatakan kawasan Anak Bukit, Alor Setar, air semakin meningkat dan bekalan letrik pun telah dipotong untuk menjaga keselamatan orang ramai.di kawasan Alor Merah masing-masing telah bersiap siaga, barang-barang dipindah ke kawasan yang lebih tinggi dan selamat.manakala

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kepala Batas ditutup buat sementara kerana air sedang naik hampir satu meter. Pengguna dinasihatkan menggunakan Lapangan Terbang Langkawi atau Bayan Lepas. Pulau Pinang.



No comments: