Saturday, November 13, 2010

Banjir akan berlaku lagi selagi belum kiamat

Salam semua.

Banjir akan berlaku lagi selagi belum kiamat.

Minda saya masih aktif memikirkan hal banjir yang belum lagi selesai, kini bukan memikirkan air yang melanda sawah, rumah atau kampung tetapi kenara dan kebusukan yang ditinggalkannya, setelah dibasuh dan dicuci bau busuk masamnya masih menyerang lubang hidung, agaknya itulah yang sedang dialami mereka yang ditimpa bencana tersebut. apabila melihat reaksi orang ramai berkaitan dengan bencana banjir ini, kita akan melihat dan menyaksikan ramai yang simpati dan impati terhadap mangsanya tetapi mereka yang mengambil kesempatan juga kelihatan jelas dan nyata, mereka yang cerdik pasti akan dapat mengesannya dengan mudah, biasanya orang yang mengambil kesempatan ini adalah mereka yang susah dan miskin. kalau mereka itu rakyat biasa, mereka miskin harta dan duit ringgit, kalau mereka pemimpin pula mereka sedang mengalami kemorosotan pengaruh, maka kedua-duanya menggunakan kesempatan untuk mencari keuntungan, aksi mereka dapat dikesan oleh pihak yang ketiga iaitu orang yang mempunyi akan yang waras dan dapat berfikir dengan rasional.

Masa ini bukan masa untuk mengambil kesempatan tetapi masa untuk memikirkan cara mengatasi kesusahan yang sedang dihadapi mangsa banjir dan selepas ini pula akan tiba masanya untuk kita memikirkan cara mengatasi berlakunya banjir pada masa akan datang supaya peristiwa seumpama itu tidak berulang.

Pakar-pakar yang sedia ada perlu dimanfaatkan untuk memperbetulkan kelemahan dan kesilapan yang telah dilakukan oleh tangan-tangan manusia yang pentingkan diri sendiri dan kurang bertanggungjawab. Allah telah pun memberi peringatan kepada manusia bahawa punca berlakunya bencana adalah hasil kerja tangan manusia yang tidak perdulikan perintah Allah.

Banjir serupa akan berlaku lagi sekiranya kelemahan yang dikesan tidak diperbaiki dan diatasi. setiap kali hujan turun lebat akan membimbangkan penduduk di lokasi yang pernah mengalaminya.

Banjir akan berlaku dan berlaku, selagi belum berlaku kiamat tetapi banjir tidak akan mengganas seperti yang telah berlaku pada minggu pertama bulan ini, sekiranya langkah mengatasinya dibuat secara jujur dan ikhlas oleh semua pihak tanpa campur tangan mereka yang berkepentingan.

Sekian...wallahu aklam.

No comments: