Monday, November 29, 2010

Status pahala dan dosa pada orang bukan Islam.

Salam semua.


Pahala dan dosa.

Pahala dan dosa ialah keputusan atau hasil dari suatu penilaian terhadap sesuatu perbuatan manusia Islam yang telah baligh, melakukan perkara yang diperintahkan oleh Allah akan terlepas dari dosa dan mendapat pahala, melakukan perkara yang digalakkan tetapi tidak diwajibkan akan mendapat pahala dan tiada dosa kalau meninggalkannya. Semua penilaian ini hanya untuk orang Islam yang telah baligh dan sempurna akalnya.

Dosa besar yang statik.
Manakala orang bukan Islam tidak melibatkan pahala dan dosa yang berlaku pasang surut itu (mengurang atau menambah ) tetapi dosa mereka statik, mereka terlebih dahulu berkewajipan beriman kepada Allah atau memeluk Islam , jika mereka tidak memeluk Islam atau tidak beriman kepada Allah, Keadaan mereka akan kekal di dalam dosa besar dan akan diseksa di dalam api neraka buat selama-lamanya.Jika mereka melakukan apa-apa kebaikan atau dosa, perbuatan mereka itu tidak memberi kesan kepada hukum asalnya iaitu ber
dosa besar yang kekal itu, hukum itu hanya akan berubah jika mereka telah memeluk Islam.Setelah menjadi Islam barulah bermula pahala dan dosa yang pasang surut itu, manakala keadaan dosa besar yang berlaku ketika bukan Islam diampunkan Allah.
___________________________________________________

Dosa besar yang statik itu hanya akan berubah apabila mereka beriman kepada Allah dan segala dosa yang telah lalu diampunkan Allah
________________________________________________

Allah menyeru umat Islam supaya melaksanakan perintah yang disebutkan di dalam ayat 104 surah Ali-Imran yang bermaksud:

[104]
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.


_________________________________________________


Status perbuatan orang bukan Islam.
Adakah orang bukan Islam berdosa jika mereka minum arak, berjudi, mengamalkan riba dan seumpamanya?. Atau...Adakah mereka mendapat pahala melakukan perkara kebaikan?.

Mereka sebenarnya telah memiliki dosa dalam kiraan maksimum atau kekal kerana keengganan mereka beriman kepada Allah, mengira sebagai dosa atau sebaliknya terhadap perbuatan tersebut tidak lagi memberi kesan apa-apa kerana mereka hidup dalam keadaan berdosa besar dan akan disiksa di dalam neraka buat selama-lamanya melainkan, jika mereka memeluk Islam seperti disebutkan tadi.Hukum melakukan perbuatan maksiat yang disebutkan di atas itu tetap dikira jijik dan dilarang ke atas semua manusia.

Perbuatan baik tetap dinilai baik di sisi masyarakat tetapi di sisi Allah sesuatu perbuatan baik itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas. Ikhlas bermaksud melakukan sesuatu kebaikan semata-mata kerana Allah, oleh itu kebaikan yang dilakukan oleh orang kafir tiada ganjaran pahala bagi mereka kerana kerjabuat mereka tidak menjurus kepada ikhlas.

Apa sahaja ajaran atau perintah yang termaktub di dalam al.Quran adalah untuk semua manusia, untuk manusia menjadikannya sebagai panduan hidup di dunia ini agar selamat di dunia dan akhirat dengan merujuk kepada pimpinan Rasulullah.s.a.w. Mereka yang tidak ikut dan patuh, maka termasuklah mereka itu di dalam golongan bukan Islam (kafir) dan mereka yang percaya dan patuh pula jadilah mereka itu orang Islam dan beriman kepada Allah.


Sekian...wallahu aklam.


2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam,

Kehidupan kakak dikelilingi teman bukan Islam. Mereka semuanya baik dan selalu bersedekah (menderma). Tapi bila sesekali kakak ajak mereka mengenali Islam mereka tak layan (refuse)dgn cara paling berhemah. Tak pernah mengeji agama kita. Kesihan kan sebab mereka teramatlah baik.

Apa agaknya cara nak mentarbiahkan mereka. Sayang sebagai sahabat tetap ada walau bukan seagama.

Leenoh said...

W.salam.

Carilah mana-mana laman blog yang sesuai atau topik-topik yang sesuai dan cadangkan kepada mereka supaya membaca laman tersebut disamping berdoalah supaya Allah beri taufik dan hidayah kepada mereka.