Wednesday, November 17, 2010

Kenangan Aidil Adha 1431.

Salam semua.


Berhari raya Aidil Adha di Masjid Sa
lahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam; Selangor.

Hari ini saya sampai seawal jam 7.00 pagi, solat bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 9.30 pagi. Saya berada di saf ketiga di belakang imam, kedudukan ini tidak dapat melihat kemeriahan jamaah yang sedang tiba bertali arus di bahagian belakang, ketika bersolat keadaan memaksa saya melangkah ke hadapan dan ke hadapan sehingga sampai saf pertama. Selepas solat saya leka memerhati jamaah berpusu-pusu mengambil peluang bersalaman ( berjabat tangan ) dengan Tuanku sambil merakamkan photo dan video, saya juga men
gambil kesempatan bersalaman dengan baginda .Suasana jamaah berpusu-pusu balik sebaik sahaja selepas solat tidak sempat diperhatikan suasananya.


Sultan dan Menteri Besar serta VIP lain bersolat sunat Tahiyatul masjid.

Berbaris untuk bersalaman dengan sultan.




Selepas solat sunat Aidil Adha Sultan Selangor ( Sultan Sharafuddin Idris Shah ) bersalaman dengan ahli Jamaah sebelum baginda berangkat pulang.

No comments: