Friday, November 19, 2010

Jangan kamu cerca Islam sebelum memahami realiti dan hakikatnya.

Salam semua.

Kita sering mendengar orang bukan Islam (tertentu ) mencerca dan menghina Islam, sehingga ke tahap ingin membakar al.Quran yang tidak mungkin mereka mampu melakukannya, kalau mampu pun hanya membakar kertas dan tulisannya, hakikat al.Quran sebenar tidak mungkin mereka membakarnya kerana al.Quran itu ialah " Lafaz di dalam bahasa Arab yang berserta makna dan maksudnya yang diturunkan Allah secara wahyu melalui Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad.s.a.w." - Selepas menerima wahyu tersebut al.Quran berada di dalam dada Nabi Muhammad.s.a.w. berbentuk hafazan, kemudian dihafaz pula oleh sahabat-sahabatnya dan seterusnya amalan itu diteruskan sehingga sekarang.

Ramai di kalangan mereka yang mencerca dan menghina Islam akhirnya memeluk Islam, mengapakah berlaku demikian ?.Jawapannya kerana sebelumnya mereka tidak faham dan kenal Islam, tidak kenal tidak cinta, setelah mereka kenal Islam mereka tidak membuang masa lagi terus sahaja memeluk Islam, itulah nikmat yang paling besar semasa hidup di dunia ini iaitu nikmat iman dan islam.perjalanan ke neraka telah beralih arah ke syorga.

Situasi di atas menunjukkan bahawa orang yang telah pun Islam berkewajipan memberi faham
atau berdakwah kepada mereka yang bukan Islam.Kalau kita abaikan tugas ini bermakna kita juga mengabaikan perintah Allah yang termaktub di dalam al.Quran yang bermaksud,

"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya".
( Surah Ali-Imran : 104 )

Mereka yang bukan Islam sepatutnya mengkaji hakikat atau realiti Islam itu terlebih dahulu dengan mengkajinya melalui Kitab Al.Quran dan bergurukan orang Islam bukannya mempelajari Islam melalui musuh Islam yang juga tidak faham dan tidak kenal Islam.Mereka sepatutnya mengetahui apa yang sebenarnya yang diamal dan dihayati oleh orang Islam sebelum mencerca dan menghina Islam.Orang Islam sentiasa bersangka baik dengan orang bukan Islam bahawa peluang mereka memahami Islam sentiasa terbuka dan mungkin akhirnya memeluk Islam dan menjadi lebih baik daripada mereka yang telah lama memeluk Islam.

Sekian...wallahu aklam.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam,

kakak berharap suatu hari nanti akan berjaya mengIslamkan seseorang memandangkan kakak dikelilingi org bukan Islam saban hari.

masih belajar dan akan terus belajar.

Leenoh said...

Semoga niat kakzakie akan menjadi kenyataan, saya syorkan supaya Kakzakie mengajak beberapa orang kawan untuk berbuat demikian.