Saturday, November 27, 2010

Aku tulis dan aku syok sendiri.

Salam semua.

Tabiat aku menulis apabila aku rasa syok dan suka nak tulis. Syok bukan sebarang syok, syok kerana penulisan itu dirasakan akan memberi manfaat kepada umum, khasnya para pembaca. Kalau rasa dan tergerak di hati akan mendapat hasil yang baik dan berkebajikan barulah aku menulisnya tanpa berlengah lagi. Sebaliknya aku tidak akan menulis untuk mendapatkan dosa kering, bagi aku penulisan yang menyebabkan mendapat dosa, perbuatan itu adalah kerja orang yang jahil lagi sesat. Tak kiralah sama ada melalui blog atau facebook.

Laman blog dan facebook ini semacam pisau juga, terpulanglah kepada penggunanya, pisau boleh digunakan untuk membuat sesuatu kerja yang berfaedah dan menguntungkan, sebaliknya pisau juga boleh digunakan untuk membunuh atau membinasakan orang lain.Blog dan Fb juga boleh dimanfaatkan dengan menggunakannya sebagai saluran media untuk berdakwah atau menyebarkan maklumat yang boleh dimanfaatkan, Bagi mereka yang jahil dan tidak melihat jauh kehadapan, mereka memuatkan di dalam laman mereka dengan berbagai fitnat atau pembohongan, ianya sama sekali tidak direstui oleh ajaran Islam, ibarat kata tiada penyakit tetapi mencari penyakit, tiada beban, mencari beban atau tiada beban batu digalas.

Aku suka dan syok menulis sesuatu yang baik tetapi kemampuan aku pula terhad, aku kurang ilmu, aku juga kurang pengalaman, aku hanya menggunakan ilmu dan pengalaman yang dimiliki semaksimum yang terdaya.

Biasanya setelah aku tulis, aku semak sepintas lalu, aku dah rasa syok sikit, aku pun pos untuk para pengunjung blog ini membacanya, selepas itu barulah aku buat semakan kali terakhir, kalau aku dapati semuanya syok belaka, maksud aku syok sendiri, aku akan pos sekali lagi, setelah itu aku tidak akan semak lagi. kalau anda membaca blog aku sebaik sahaja diposkan akan dapati ayat dan ejaannya banyak yang salah.

Memanglah apabila kita syok nak tulis baru boleh tulis, sama ada syok nak tulis benda tak syok atau syok tulis perkara yang memang syok, apakah perkara yang tak syok itu?. jawabnya...umpama cerita semakin ramai remaja kita melahirkan anak luar nikah, kemalangan yang meragut ramai nyawa, rompakan dan lain-lain, perkara yang syok pula seumpama menceritakan pengalaman atau sesuatu yang baik.

Thoib...setakat ini dahulu...Aku saja sebut thoib kerana selalunya aku sebut...ok...hehe....insya Allah jumpa lagi.

4 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam,

Buat diri kakak pula bila buka saja blog tidak lupa singgah ke Kehidupan Bersih ini. Apa saja yg ditulis kakak tetap baca. Nasib biak ada yang suka menulis N3 ini. Tapi masa sebagai isteri, ibu dan karier terhad hendak membaca dan utk diri sendiri menulis dlm blog lagilah terhad.

Leenoh said...

W.salam Kakzakie.

Terima kasih kerana suka membaca blog Kehidupan Bersih.
Artikel ini walaupun bersifat santai tetapi saya ajak juga secara sepintas lalu supaya blog dan facebook dimanfaatkan sebaiknya.

Hunny said...

Saya pun suka baca KH. Banyak nasihat orang lama..:)

Leenoh said...

Ayat itu mematikan ulasan Pak Ngah seterusnya, nasib baik ada sedikit modal untuk menjawabnya..." Segala pujian itu bagi Allah jua"