Tuesday, November 16, 2010

Kesan yang ditinggalkan banjir.

Salam semua.

Malam tadi aku membaca SMS yang datang dari Alor Setar , aku abadikan di sini untuk dijadikan renungan dan peringatanku pada
masa yang akan datang, sms berbunyi......

."RUMAH MAK BANYAK ROSAK. SEMUA
SOFA, ALMARI HITAM SEBELAH TV, TEMPAT DOK LETAK PERIOK - SEMUANYA ROSAK - DAH BUANG - PINTU BILIK TIDUR EMAK , BILIK BG CHIN, BILIK MAK YAM DAN BILIK BELAKANG TAK BOLEH TUTUP - PLYWOOD KEMBANG, PINGGAN MANGKUK DALAM ALMARI DI DAPUR YANG LETAK DEKAT BAWAH SEMUA KENA AIR SELUT, ALMARI YANG MASIH TINGGAL YANG DIBUAT DARIPADA PLYWOOD SEMUANYA ROSAK - DI BAHAGIAN BAWAH KENA AIR - SIMEN DEPAN PUN MASIH ADA SELAPUT SELUT YANG DAH SEBATI - ARI 2 ( hari itu ) BG CHIN DAN NUSI DAH GOSOK TAPI TAK MAU HILANG - BG CHIN NAK CUBA GUNA SODA YANG KUAT LEPAS NI" .

Demikianlah kesan yang ditinggalkan banjir dan keluhan yang menyentuh hati mangsa banjir dan ahli keluarganya serta mereka ya
ng bersimpati dengannya, ini cuma suatu contoh yang diketahui dan terpencil - tentulah banyak lagi yang merasai kesan buruk seperti ini, malah ada yang lebih buruk lagi - termasuk kesan buruk jangka panjang - Berat mana mata memandang, berat lagi bahu memikul - bukan hendak merajuk kepada Allah atau sesiapa, cuma memikirkan bahawa Tuhan boleh menurunkan bala-Nya pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Semua manusia wajar patuh kepada-Nya kerana kesilapan manusia akan melibatkan orang lain yang sama-sama menjadi penghuni di atas muka bumi ini.

Sempadan negeri dan negara hanyalah perjanjian di antara manusia tetapi hakikat sebenarnya dunia tanpa sempadan, banjir di Thailand boleh datang ke Perlis dan Kedah dan juga ke mana-mana sama ada melalui daratan atau angkasa raya.

Sekiranya terdapat kesilapan dalam mengendalikan muka bumi Allah ini manusia perlulah berfikir semula supaya kesilapan itu tidak menimbulkan kesusahan kepada orang lain.
Allah telah banyak memberi peringatan di dalam al.Quran bersabit perkara ini, dengan memberi peringatan bahawa kerosakan yang berlaku di atas muka bumi ini adalah hasil kerja tangan manusia, manusialah yang menjadi puncanya .

Allah mengamanahkan muka bumi ini kepada manusia untuk mentadbirkannya, merekalah yang menjadi khalifah di atas muka bumi ini, sekiranya mereka tidak menguruskannya dengan baik iaitu dengan mematuhi dan mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangan, manusia sendirilah yang akan menerima akibatnya.

Dalam bala ada hikmahnya, dalam kesusahan itu terdapat juga pengajaran yang baik untuk manusia, oleh itu perlulah manusia membuat muhasabah dan membuat anjakan sikap ke arah yang lebih baik dan menguntungkan.


Sekian...wallahu aklam.

No comments: