Friday, November 12, 2010

Tindakan Azizan ada baik dan buruknya.


Salam semua.

Menyampaikan berita benar.
Setelah menonton Youtube pada pagi ini, maka saya terpanggil untuk menulis mengenai sikap atau tindakan Datuk Seri Azizan Abd.Razak ( Menteri Besar Kedah ) terhadap wartawan yang telah melaporkan perkara yang dikatakan tidak tepat , wartawan bukanlah kanak-kanak yang perlu diberi tahu bahawa mereka perlu bercakap benar atau melaporkan perkara yang benar. untuk melaporkan perkara yang benar mereka perlulah mendapatkan beritanya dari pihak yang berkenaan, bukan mengambil maklumat yang bersifat dengar cakap.Sebagai orang Islam etika utama yang wajib diamal dan dihayati semasa menyampaikan sesuatu berita ialah gunapakai pesanan Rasulullah.s.a.w. iaitu baginda menyarankan supaya menyampaikan berita yang benar dan bercakap benar. Akhlak ini perlu disanjang dan dipatuhi oleh semua orang Islam.

Azizan berhak marah.
Tindakan Azizan itu ada baik dan buruknya, mungkin tindakan itu memberi kesan peribadi kepada wartawan yang berkenaan, jika sememangnya laporan yang telah disiarkan itu suatu perancangan pembohongan kerana hendak memberi keuntungan di suatu pihak tertentu dan merugikan pihak yang satu lagi. Peristiwa itu akan memberi kesan mendalam dan memungkinkan terhasil suatu muhasabah diri yang bermanfaat dan menginsafkan atau sebaliknya mungkin juga akan melebarkan lagi krisis. Agaknya Azizan mengambil sikap " Lembut jangan sampai diperah dan keras jangan sampai dipatah-patahkan".Jika laporan tidak tepat itu disengajakan Azizan berhak marah.

Azizan sebenarnya seorang yang suka bergurau (merujuk semasa remajanya) dan senang didekati, apa pun sifat dan sikap seseorang hamba Allah ada hadnya yang tertentu,tunduk bukan minta dipijak rasanya suatu prinsip yang baik untuk diamalkan, selama ini media arus pendana menggasak habis-habisan terhadap Azizan dan rakan-rakannya, kini agaknya sudah sampai masanya untuk menggasak balik.kalau hendak mengharapkan penambahan media di pihak mereka, hampir mustahil akan mendapat keadilan tersebut kerana negara kita mengamalkan demokrasinya yang tersendiri.

Walaupun Azizan mempunyai peluang untuk menjelaskan kembali laporan yang dikatakan tidak tepat itu tetapi beliau tidak memilih peluang tersebut, mungkin telah hilang kepercayaan terhadap wartawan tertentu yang diandaikan akan memutar belitkan sekali lagi kenyataannya, pengalaman yang telah lalu biasanya akan mempengaruhi minda manusia.

Sekian...wallahu aklam.


2 comments:

YB said...

Salam ustaz

wartawan yg tak jujur memang selalu manupulasi kenyataan. Lebih baik diam kalau itu difikirkan tak ada untungnya kpd kita.

Kakzakie Purvit said...

Salam....

Saya bukanlah menyebelahi mana-mana pihak. Kenyataan pihak akhbar sebenarnya memang tidak adil dan kurang tepat. Kepada sesiapa yg berada di tempat itu tahu siapa yg benar dan siapa yg salah.

Tungkus-lumus MB Azizan dan jentera kepimpinannya sesungguhnya telah dilakukan dgn sebaik-baiknya sehingga ada ketika dimana terpaksa tinggalkan kenderaan kerana jln terputus.

Sepatutnya pihak pusat yg lebih bertanggung-jawab kerana dana ada ditangan mereka. Mengapa lalai dgn PRK saja kerana dah menang lupa?

Tungkus-lumus mereka dgn kudrat tidak seberapa dan serba kekurangan masih juga dikerah. Tapi bantuan ini tidak dipaparkan hanya kerana ia adalah bantuan dari pihak MB Azizan. Tanyalah rakyat mereka sebenarnya lebih tahu.

Media segalanya telah dikawal sepenuhnya dan tidak habis-habis menghentam dari perkara kecil utk diperbesarkan.

Allah jua yg maha mengetahui. Semoga suatu hari nanti segalanya akan terserlah. Ameen....