Thursday, November 25, 2010

Aku mengigau.


Salam semua.

Aku mengigau.
Dah lama tak mengigau ( bukan menggagau - kalau menggagau maksudnya mencari-cari atau meraba-raba dengan tangan.........). Malam tadi aku mengigau, mengigau lazimnya bermimpi yang disertai dengan bercakap atau beraksi, malah ada yang bangun berjalan-jalan di dalam rumah, aku mengigau tidaklah sampai macam itu, beraksi setempat dan bersuara tu ada la.

Mengigau dan mimpi.
Jangan anggap cerita ini sebagai petua, pengalaman ini hanya untuk aku sahaja, kalau kebetulan sama , itu hanya kebetulan, macam kebetulan sama tarikh lahir la.Mengigau ini pun ada banyak versinya di antaranya.

1. Mengingau bersama mimpi sedang berlawan dengan sesuatu tetapi tidak jelas kisahnya dan meronta-ronta melawan sehingga orang sebelah terjaga tidur.

2. Mengigau bersama mimpi terbang di angkasa, maka tangan pun berkayuh-kayuhlah menjadi sayap, akan terjaga tidur apabila mendarat.

3. Mengigau bersama mimpi dikejar anjing atau orang gila, tetapi, apabila melarikan diri ,larian itu tersekat-sekat, manakala pengejar pula semakin dekat, maka terpaksalah menjerit meminta pertolongan sehingga orang sebelah terjaga tidur dan terpaksa pula mengejutkannya supaya selesai masalah mengigau itu, setelah terjaga terasa penat dan letih, mungkin juga dahaga.

Sebab mengigau.
Aku tidak mengetahui sebab-sebab berlakunya mengigau ini, apa yang sedang aku cerita ini semata-mata pengalamanku sahaja, orang lain jangan mengambilnya sebagai panduan, kalau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini kenalah bertanya doktor pakar bahagian ini.
Aku mengigau biasanya disebabkan memakan makanan yang lambat hadzam atau makanan keras, kalau makan keropok leko kenalah makan ketika ianya suam lagi, kalau dah sejuk keropok itu menjadi keras dan liat, situasi beginilah yang menyebabkan berlakunya mengigau ketika tidur nanti, berlebih-lebih lagi kalau makan pada waktu malam dan semasa hampir hendak tidur.
Selain itu mengigau boleh berlaku kalau badan aku kurang sihat, situasi ketika sembelit juga boleh berlaku mengigau pada waktu malam.

Adakah anda juga kerap mengigau?. Jom kita kongsikan.......ok...setakat ini dahulu, nak pekena nasi goreng pula, sekarang baru jam 7.31 pagi.....ok...jumpa lagi.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam....

Kakak nak kongsi jugak ni. Pernah mengigau dalam sedar kerana dah siap mandi, solat subuh dan siap buat sarapan untuk pergi kerja. Bila ambil kunci kereta hubby kakak tanya pukul berapa sebab dia belum solat subuh lagi. Alkisah baru jam 3:00 pagi.

Tapi semasa kakak bangun kakak nampak hubby kakak ke bilik air. Rupanya dia ke bilik air bukan utk mandi/solat subuh tapi solat sunat. Kakak ingat kakak yg terlambat bangun. Itulah jadinya....... Ini mengigau ke?

Leenoh said...

W/salam.

Haha..Saya pun pernah mengalami peristiwa seperti itu semasa zaman sekolah menengah dulu, siap mandi,solat subuh dan pakai pakaian sekolah lagi, kemudian baca buku, terasa lambat cerah, sebenarnya sebaik sahaja bangun saya melihat jam, jam ketika itu menunjukkan 3.00 pagi juga tetapi sya tidak percaya jam, disangkanya jam rosak,

Setelah lama menunggu cerah tanah tetapi tidak cerah-cerah juga, maka saya bandingkan jam saya dengan jam kawan sebelah rupanya jam saya tidak rosak.

Aduh terpaksa sambung tidur...senyum bersendirian sementara hari cerah kerana teruja sangat nak cerita kisah ini kepada kawan....agaknya ini bukan mengigau tetapi mengalami minda separuh sedar.