Sunday, November 21, 2010

Berubah seratus tahun selepas berkahwin.

Salam semua.
Setelah berkahwin perubahan sikap berlaku lebih seratus tahun perbezaannya.
Hari ini aku teringat balik kehidupanku pada zaman remaja dahulu. aku teringat orang tua-tua berkata " selepas berkahwin nanti pandangan dan sikap akan berubah dan berbeza seratus tahun atau lebih". Sampai kini masih tertanya-tanya status kebenaran kenyataan tersebut. Sepatutnya selepas sahaja berkahwin jawapannya pun ikut selesai disempurnakan, rupanya tidak demikian sebaliknya masih mencari jawapannya yang tepat, jawapan yang diperolehi sekadar andaian sahaja.

Mungkinkah kenyataan itu hanya ditujukan kepada mereka yang sedang dilamun cinta, sedang asyik wa maksyuk kerana lazimnya minda mereka ini asyik berfokus sepenuhnya kepada kekasih hati, kehidupan mereka ini dikatakan tidak berpijak di bumi yang nyata, mereka dikhayalkan oleh rasa cinta yang disepadukan oleh minda, khayalan nafsu, emosi dan hasutan iblis syaitan.

Sebelum berkahwin pada setiap masa dan setiap lokasi mereka berada, ingatan akan tertumpu kepada pasangan masing-masing, kasih sayang itu umpama sanggup mengharungi lautan api untuk mendapatkan pasangan masing-masing.

Kalau pun tidak sampai ke tahap yang digambarkan itu tetapi hampir menyamainya, demikianlah kasih sayang sebelum berkahwin berperanan kerana agaknya pada ketika itu banyak mendapat pertolongan darpada kemahuan nafsu syahwat dan iblis.

Setelah berkahwin.
Setelah berkahwin perbezaannya berlaku dengan ketara , kasih sayang kelihatan mulai luntur dan susut, mungkin tidak perlu lagi menambat hati kerana sudah menjadi hak kepunyaannya khususnya bagi lelaki. Wanita juga tidak ketinggalan kerana peluang orang lain merebut dari tangan agak sukar kerana ikatan telah kukuh. Layanan boleh dikurangkan, kalau timbul tidak puas hati, alasan boleh diberikan.

Kalau dulu tidak pernah marah sekarang mulai marah-marah, dulu lain sekarang lain, dulu tidak mempunyai hak apa-apa. kini mempunyai hak yang termaktub di sisi undang-undang dan masyarakat.


Mungkin perbandingan itu hanya ingin menggambarkan betapa berbezanya seseorang itu setelah berkahwin.

Apakah sebenarnya ukuran berbezaan seratus tahun itu...wallahu aklam...mungkin anda boleh membuat andaiannya sendiri....

Kalau anda belum berkahwin.
Sayogia diingatkan kepada mereka yang belum berkahwain bahawa sebahagiaan khayalan manis anda akan terbenam dan terhapus begitu sahaja, sebahagian kecil sahaja yang akan menjadi realiti, kerana, setelah berkahwin anda akan menghadapi dunia realiti dan berpijak di atas muka bumi di lokasi yang akan anda lalui. Semestinya anda akan memprogramkan semula kehidupan anda merujuk kepada realiti dan situasi yang anda miliki. Kalau anda pandai menyesuaikan diri dan pandai mengubah situasi ke arah yang lebih baik, maka hasilnya anda akan beroleh kejayaan.

Perkara yang paling penting seseorang itu perlu ada prinsip dan pendirian yang betul serta mantap mengikuti dan mentaati pesanan Rasulullah.s.a.w.
Sekian...wallahu aklam.

No comments: