Tuesday, November 2, 2010

Pasangan merpati dua sejoli.

Salam semua.

Pasangan merpati dua sejoli.

Pasangan merpati dua sejoli ungkapannya telah menjadi pepatah yang sebati dengan orang Melayu dan difahami maksudnya oleh semua peringkat . Kebiasaan burung ini akan bergerak berpasangan jantan dan betina, manusia melihat pasangan mereka sebagai pasangan yang sentiasa romantik dan berkasih sayang sepanjang masa tanpa berselisih faham di antara mereka berdua, selain itu disebut juga seumpama pasangan belangkas iaitu pasangan yang susah hendak berenggang atau berpisah, hubungan mereka sungguh mantap dan rapat.

Terhasilnya perumpamaan ini kerana menggambarkan tabiat, lumrah atau situasi yang sering berlaku kepada pasangan yang berkenaan hampir menyamai pasangan merpati dua sejoli atau pasangan belangkas.

Perumpamaan ini tercetus kekadang kerana cemburu atau berdengki melihat kemesraan mereka oleh orang lain yang tidak mendapat keseronokan dan nikmat tersebut.Bagi pasangan suami isteri yang telah mempunyai ikatan yang sah , tiada sebab orang lain hendak masuk campur menegur hubungan erat yang baik dan digalakan itu.berkasih mesra suami isteri adalah suatu kewajipan tetapi bukanlah menunjukkan aksi yang seksi di hadapan orang lain atau khalayak. Apa pun aktiviti yang kita lakukan perlulah merujuk kepada keizinan syariat Islam yang kita anuti.

Pasangan orang muda.
Bagi pasangan orang muda yang belum ada ikatan yang sah sudah tentulah dilarang untuk berdua-duaan sama ada di khalayak atau bersunyian kerana perbuatan itu boleh menyebabkan ketelanjuran aktiviti lain yang akan memberi mudarat kepada mereka berdua dan masyarakat.

Jiwa muda akan berasa megah, jika mereka telah berjaya mendapat pasangan, untuk melayan kemegahan dan ego tersebut mereka akan memaparkan gambar yang seumpama pasangan merpati dua sejoli itu di dalam laman yang mereka miliki untuk ditonton oleh sesiapa sahaja dan mengisytiharkannya pula kepada khalayak bahawa itulah pasangan intem mereka.

Akhirnya kekawan dan pembaca yang lain pun mengetahui akan kedudukan hubungan mereka dan statusnya.Islam melarangnya kerana mempunyai beberapa sebab yang mungkin akan merugikan diri sendiri pada suatu hari kelak, contohnya, jika mereka bergaduh dan berpisah atau berpisah kerana kematian salah seorang daripada mereka. Kemudiannya
orang lain akan menjadi kurang minat untuk memperisterikanya atau menjadikannya suami , Kerana hubungan yang terpisah itu bukan hubungan yang sah dan dilarang serta diragui sejauh mana pergaulan mereka, berbeza bagi mereka yang janda atau duda kerana sebelumnya hubungan pasangan mereka sah dan mulia di sisi masyarakat dan juga Allah.

Bagi pasangan muda yang tiada apa-apa ikatan yang sah, mereka seharusnya pandai-pandailah membawa diri agar tidak rugi di kemudian hari.Pada masa yang lalu telah ramai orang yang kecewa kerana berpisah dan meninggalkan kesan titik hitam di dalam hidupnya kerana pasangannya tidak bertanggungjawab atau mungkir janji, ada juga yang terpisah sebelum ikatan yang sah kerana berlaku kematian salah seorang daripada mereka.Hubungan pasangan yang belum sah ini sepatutnya berpada-pada dan tidak melupakan realiti bahawa keakraban mereka adalah dilarang. Perbuatan atau hubungan yang melampau pada status ini akan merugikan diri sendiri dan juga keluarga.

Rasul contoh terbaik.
Keakraban dalam keadaan kegeloraan memuncak memungkinkan berlaku sesuatu yang tidak diizinkan di luar kawalan akal, "menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna". Allah Maha Mengetahui tentang diri dan kejadian manusia serta naluri lelaki dan perempuan, kerana Dia yang menjadikan manusia sebab itulah Allah melantik Rasul untuk menjadi pebimbing dan contoh terbaik untuk manusia, disamping disertakan al.Quran sebagai panduan hidup, mereka yang enggan menerima ajaran dan panduan yang terdapat di dalam al.Quran dianggap sebagai jahil dan sesat. Mereka akan menghadapi kehidupan yang sukar dan sengsara di kemudian hari nanti.


Sekian...wallhu aklam.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

salam.... ramai yang cerdik tapi jahil dalam agama menyebabkan banyak kejadian mungkar dewasa ini.

ingatan seperti ini wajar diulang-ulang sebagai ingatan mereka yang alpa.

Leenoh said...

Salam. Kakzakie.
Terima kasih kerana memberi respon dan sokongan...ya betul, jangan rasa penat untuk berpesan kebaikan.