Showing posts with label Tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah.. Show all posts
Showing posts with label Tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah.. Show all posts

Monday, October 5, 2009

Pemimpin yang mendapat perlindungan Allah.


Salam Semua.

Untuk renungan bersama:

Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

” Terdapat tujuh golongan yang akan mendapat lindungan arasy-Nya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripada-Nya.

Pemimpin yang adil.

Pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid.

Dua lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah s.w.t.

Lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan aku takutkan Allah.

Seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya.

Dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah s.w.t”.

Riwayat Muslim

#######

Siapakah pemimpin itu ?.
Jawapannya seperti dihuraikan di bawah ini;

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya.

Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya,

Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya,

Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya,

Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya.

Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu".

(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim,
Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)





Sekian.Wassalam.