Monday, October 5, 2009

Pemimpin yang mendapat perlindungan Allah.


Salam Semua.

Untuk renungan bersama:

Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

” Terdapat tujuh golongan yang akan mendapat lindungan arasy-Nya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripada-Nya.

Pemimpin yang adil.

Pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid.

Dua lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah s.w.t.

Lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan aku takutkan Allah.

Seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya.

Dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah s.w.t”.

Riwayat Muslim

#######

Siapakah pemimpin itu ?.
Jawapannya seperti dihuraikan di bawah ini;

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya.

Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya,

Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya,

Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya,

Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya.

Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu".

(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim,
Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)





Sekian.Wassalam.


6 comments:

Mak Su said...

berhati2 menanggung tanggungjawab di muka bumi

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Nasihat yang baik.

saharul said...

Salam...

pemimpin macam tulah yang kite tunggu2...tapi apakah ade lagi pemimpin sebegitu di Malaysia ni....

Koi paling solute...Tok Guru Nik Aziz....

Leenoh said...

Salam Cikgu Jang.

Kita harap masih ada.kalau dalam kerja buatnya merujuk kepada al.Quran dan al.Hadis dan sentiasa meningkatkan kefahaman mengenainya. Insya Allah akan ada, termasuk rakyat juga berfikir begitu.

Kalau pemimpin ke kanan dan rakyatnya ke kiri, agak sukar hendak dicapai matlamt tersebut berlebih-lebih lagi dalam dunia demokrasi hari ini.

Pemimpin dan rakyat perlu mempunyai fikrah yang sama iaitu sama-sama merujuk kepada sumber yang sama dan benar.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

assalamualaikom,

Hampir 2 bulan aku tak kunjung ke laman web leenoh.Mungkin leenoh pun dah tau aku berada di Makkah sebelum Ramadhan,sepanjang ramadhan dan pulang selepas raya 9 syawak.

Insyaallah akan aku berkokok semula di bukit srengenge bila badan dah sihat.Umur tua cukup memberi masaalah dalam cuaca panas di sana.Sekembalinya aku di tanahair,aku rasa cukup jijik politik tanahair kita.Seperti Nabi saw bersabda'dunia ini ialah seperti bangkai'.

Maaf zahir batin.

Leenoh said...

Waalaikumussalam.

Selamat kembali ke Malaysia dan insya Allah akan cepat sihat.

Saya ikuti perkembangannya di laman Pengalaman Di Kota Makkah yang saudara perkenalkan kepada saya dulu, terima kasih, banyak faedah juga yang saya dapat setelah saya ikuti laman tersebut, terima kasih kepada saudara kerana memperkenalkan laman tersebut kepada saya.

Sekarang sudah ada hubungan silaturahim antara saya dan Manzlie ( Azli ).

Dalam keadaan kita sudah berusia kalau ikuti cara demokrasi la ni memang boleh merisaukan. semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua dan memberi kehidupan sejahtera dan jalan yang lurus.