Thursday, October 29, 2009

Mengikuti perkembangan itu sangat baik dan diituntut ..

Salam semua.

Pagi ini saya ingin
terlebih dahulu menumpukan perhatian kepada ulasan yang dipaparkan di bawah ini buat seketika sebelum beralih kepada hal-hal yang lain kerana terdapat di dalamnya kata kunci yang menarik perhatian dan mendorong saya untuk memberi pandangan selanjutnya. Ulasan ini juga menyentuh dan menyokong entri saya yang telah lalu.

#####

Blogger tinta kasturi said...

salam pak ngah,
harapan agar p.ngah sentiasa sihat dan seronok selalu..
seronok baca entri kali ini dgn bahasa org utara..
mengikuti perkembangan itu sangat baik dan diituntut sebenarnya..
gambaran keprihatinan diri terhadap sekeliling..
syabas pak ngah atas prihatin yg tertanam dlm diri.

October 29, 2009 12:18 AM

#####

Dalam entri yang telah lalu saya membuat sedikit ulasan dan memberi pandangan mengenai pepatah yang berbunyi " Jangan jaga tepi kain orang " supaya diabaikan sahaja amalannya oleh masyarakat kita kerana pegangan hidup seperti itu amat salah dan bertentangan dengan ajaran Islam. sebaliknya Islam menyokong sikap " Jangan kacau tepi kain orang".

Ada dua kata kunci di situ iaitu - perkataan jaga - dan - perkataan kacau -. Jaga atau menjaga suatu perbuatan yang baik, elok dikekal dan dilakukan, manakala kacau atau mengacau suatu perbuatan yang tidak baik dan jahat, jadi eloklah ditinggalkan. Kedua-dua sikap di atas adalah hasil mengikuti perkembangan masyarakat sekeliling dan tindakbalasnya iaitu tindakbalas yang berupa mahmudah dan mazmumah.

Hasil daripada mengikuti perkembangan itu barulah tercetusnya dakwah dan nahi mungkar, juga bergerak ke arah memurnikan kehidupan masyarakat, secara amnya ini adalah tanggungjawab semua orang Islam dan secara organisasinya pula ( wajib ) perlulah ada sekumpulan manusia yang menyeru ke arah kebaikan dan makruf serta mencegah kemungkaran seperti yang disebutkan Allah di dalam surah Ali Imran.

@@@@@

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung".
Surah Ali.Imran ( ayat 104 )

@@@@@

Sekadar ini dahulu.

Sekian.Wassalam.

6 comments:

Temuk said...

Salam Sdr Leenoh
Murninya peringatan sdra. Ya, indahnya kita jika sentiasa dapat mengingatkan orang lain bagi melakukan kebaikan & meninggalkan kejahatan. Hakikatnya ramai (saya sendiri merasa tergolong!) yang tak berkemampuan. Hatta kala & keadaan yang melibatkan famili sendiri! Terasa amat benarlah ketipisan iman, kerana ada ketikanya hanya "menegur" dlm hati sahaja. Namun kita juga kuatir akan mereka yg walau mampu menegur berkeyakinan apa pun kaedahnya dianggap halal dek tujuan. Ketemu lagi.

Leenoh said...

Salam Temuk.

Kita sebenarnya dlm situasi yang sama dan mungkin ramai lagi begitu tetapi itu bukanlah bermakna hilang kelayakan utk terus memberi peringatan.

Peringatan itu bukan ciptaan kita tetapi ianya hak Allah, Sebab itu peringatan tersebut termasuk utk diri sendiri dan juga orang lain,

Sebenarnya kita serupa sahaja walaupun tidak sama.

Ad Rifza said...

Yeah Ad setuju sgt...jaga tepi kain orang...hubungan sesama manusia dan hubungan dengan ALLAH..Kita berhubung dengan sesama manusia dalam pelbagai hal..Macamana kita nak terapkan konsep amar maaruf dan nahi mungkar jika kita abaikan jaga tepi kain orang...manusia skrg kau kau aku aku..thats why mcm2 maksiat dan kejahatan yang berlaku akibat dari tidak jaga tepi kain orang..Kalau kita tegur akan dikata penyibuklah...kubur masing2 lah..ntahlah...selemah2 iman membenci dengan hati..rite?

Leenoh said...

Salam Ad.Rifza.

Memang tepat ulasan anda.Jadi semestinya kita kena jaga tepi kain kita sendiri, disampang kena juga jaga tepi kain saudara kita.

Kalau tepi kainnya dah nak kena tahi ayam, apa salahnya kita beritahu dia kan.

tinta kasturi said...

terkejut saya, tengah2 tengok reading list kat dashbod, muka sendiri keluar kat update blog pak ngah.

Ingatkan ada buat salah apa. Buat suspen je.

Rupanya revisi artikel lepas. Baguslah tu, ulang2 peringatan begini memang satu kaedah pembelajaran berkesan buat makhluk bernama manusia.. pelupa

"Dan sesungguhnya dalam Al Qur'an ini Kami telah ulang-ulangi (peringatan-peringatan), agar mereka selalu ingat. Dan ulangan peringatan itu tidak lain hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran)." (17:41)


:)

Leenoh said...

Salam Tinta Kasturi.

Sebenarnya Pak Ngah saja nak promosi blog Tinta Kasturi, dalam perkataan lain nak alih pembaca ke sana setelah mereka menziarahi blog Kehidupan Bersih kerana di sana ada banyak khazanah ilmu. Bagi Pak ngah itu juga satu kerja baik.

Sesuatu yang baik elok disebar-sebarkan.

hehehe jumpa lagi