Wednesday, October 21, 2009

Haji Qiran - Nota ulangkajiku.

Selamat berangkat ke Tanah Suci.
 
Salam semua

Cara mengerjakan Haji.
Terdapat tiga cara atau tiga pilihan dalam mengerjakan ibadat Haji iaitu.

1. Haji Ifrad (afdal)

2. Haji Tamattu'
3. Haji Qiran.
Mengikut Mazhab Syafie mengerjakan Haji cara Haji Ifrad adalah yang paling afdal.

###########################

Haji Qiran:
Iaitu mengerjakan Haji dan Umrah serentak di dalam bulan-bulan Haji dengan mengerjakan amalan-amalan Haji sahaja.
(Ibarat dua dalam satu)


Mengerjakan Haji Qiran.

Apabila sampai di miqat bakal Haji telah siap sedia berpakaian ihram dan akan berniat Haji dan Umrah di situ. ( contoh niatnya : Sahaja aku mengerjakan Haji dan Umrah dan aku berihram dengan keduanya kerana Allah Taala ) . masuk ke Mekah sunat melakukan tawaf qudum.Kemudian buatlah aktiviti ibadat sunat seperti biasa seperti banyak membaca al.Quran, iktikaf, bersolat sunat dan lain-lain dalam keadaan berihram dan menjaga larangannya.
Apabila tiba 8hb Syawal mereka akan bertolak ke Padang Arafah untuk berwuquf.
Wuquf di Arafah - mesti berada di Arafah (walaupun sebentar iaitu di antara gelincir matahari 9hb.Zulhijjah sehingga terbit fajar hari 10hb. Zulhijjah ).
Biasanya selepas solat Isyak di Arafah mereka akan bertolak pula ke Muzdalifah dan bermalam di sana, mereka mesti berada di sini selepas separuh malam, di sini mereka mengutip anak-anak batu untuk melontor di tiga jumrah.
Selepas solat Subuh di Muzdalifah mereka bertolak pula ke Mina, sampai di Mina mereka pun berehat di dalam khemah yang disediakan dan pada 10hb.Zulhijjah mereka pergi melontar di Jumrah Kubra (Aqabah ) dengan tujuh biji batu dan tujuh lontaran,( pada hari ini melontar di satu jumrah sahaja ) setelah selesai lontaran maka mereka bolehlah bertahlul awal ( bergunting atau bercukur ) dan selepas itu dibolehkan berpakaian biasa. sebahagian besar larangan ketika ihram telah gugur kecuali masih dilarang bersetubuh,mencium, bercumbuan dengan isteri, berkahwin, menjadi wali kahwin dan menjadi wakil kahwin.
Pada 11, 12 dan 13hb.Zulhijjah menyambung lontaran ketiga-tiga jumrah ( sughra, wusta dan kubra ). Bagi mereka yang ingin membuat nafar awal mereka bolehlah balik ke Mekah selepas selesai membuat lontaran pada 12 hb.Zulhijjah dengan berniat tidak akan kembali ke Mina untuk membuat lontoran seterusnya, sampai di Mekah mereka bertawaf dan kemudiannya mengerjakan Sae. Dengan itu sempurnalah ibadat Haji mereka.
Bagi mereka yang memilih meneruskan lontaran pada hari 13hb.Zulhijjah, selepas selesai membuat lontaran di tiga jumrah tersebut, barulah kembali ke Mekah dan melakukan tawaf dan Sae, dengan itu mereka juga sempurnalah ibadat Haji yang dikerjakan itu.

Lihat contoh aktiviti di bawah ini.
( aktiviti Haji sahaja tetapi Umrah termasuk di dalamnya )
(1)
Niat Haji dan Umrah di miqatnya dalam pakaian ihram.
Contoh niatnya :
( Sahaja aku mengerjakan Haji dan Umrah dan aku berihram dengan keduanya kerana Allah Taala )

Pada 8hb.Zulhijjah bertolak ke Padang Arafah .

(2)
Masa untuk berwukuf di Arafah ialah pada 9hb.Zulhijjah selepas waktu Zohor sehingga masuk Subuh hari yang ke 10 Zulhijjah. Memadai berada sebentar di dalam tempoh tersebut.

(3)

Bermalam ( mabit ) di Muzdalifah, waktunya selepas separuh malam pada 10hb.Zulhijjah sehingga waktu subuh,( memadai berada sebentar dalam tempat tersebut ),
biasanya jamaah Haji mengutip anak batu di sini

(4)
Bermalam ( mabit ) di Mina- iaitu selepas separuh malam pada 10hb.Zulhaijjah dan seterusnya pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah, bakal Haji dikehendaki berada di situ sehingga lebih separuh malam pada tiap-tiap malam tersebut kecuali mereka yang membuat nafar awal boleh meninggalkan Mina sebelum terbenam matahari pada 12 hb. Zulhijjah.
(Tinggal di dalam khemah dan berulang alik ke jumrah untuk melantar ).

(5)
Di Jumrah ( tempat melontar ) .
Selepas selesai melontar balik ke Mekah.

Bertahlul.
( dilakukan selepas melontar pada hari pertama - 10hb.Zulhijjah )

(6)
Sampai di Mekah mengerjakan tawaf ,
bermula di sudut Hajaratul Aswad - bertanda garis hijau.

kemudian mengerjakan Sae.


(7)Selepas tawaf bersae di sini.setelah sempurna bersae maka selesai dan sempurnalah ibadat Haji, semua dam hendaklah dibayar dengan sempurna.jika ada.


Penjelasan ini sangat ringkas dengan mengutarakan pengetahuan yang sangat minimum.Elok dimantapkan lagi melalui sumber yang lain pula.


Hanya nota ulangkajiku. Jangan tanya baca sahaja, he3.


Sekian. wallahu aklam. wassalam

















No comments: