Saturday, October 3, 2009

Api bila kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan.

Salam semua

Api kejadiannya sangat istimewa walaupun ianya panas dan membakar sifatnya tetapi banyak juga manfaatnya. Panas api di dunia tidak sepanas api neraka. Orang Islam dilarang sama sekali menyembah api kerana api adalah makhluk Allah, sepanas panas api akan kalah bila berlawan dengan air, api dan air sifatnya lemah kerana kedua-duanya makhluk Allah. Api semasa kecilnya boleh menjadi kawan dan membantu manusia dalam beberapa hal kehidupan tetapi apabila ianya besar akan menjadi lawan dan musuh manusia ketika ini manusia tidak mampu lagi melawan atau memadamnya melainkan terpaksa mengambil masa yang lama dan menggunakan tenaga yang banyak serta peralatan yang canggih barulah berjaya mengatasinya.


Sebentar tadi jam 11.2o malam api lilin di rumah jiran sebelah yang dinyalakan di tempat sembahannya masih menyala dan membimbangkan saya kerana kedudukannya di tepi tingkap dan berhampiran kain langsir sedang kipas berpusing pula, saya tidak pasti mereka telah tidur atau masih berehat kerana suasana di dalam biliknya kelihatan gelap sahaja, saya snap beberapa kali dari tingkap rumah saya yang jaraknya tidak begitu jauh kerana situasinya membimbangkan , gambar itu mungkin berguna untuk saya, mereka yang tinggal di rumah tersebut semuanya pendatang asing.

Api dari tempat sembahan telah meninggalkan banyak jasa, membakar rumah kediaman, mahupun rumah kedai pada masa yang telah lalu oleh itu ada rasionalnya saya berasa bimbang akan akibatnya.

Catatan:
Sepatutnya kita tidak melakukan perbuatan yang merisaukan orang lain kerana perbuatan tersebut juga salah satu perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman minda.
Islam melarang perbuatan tersebut.

Sekian. Wassalam.

No comments: