Sunday, October 11, 2009

Jom. Kita mengaji al.Quran.


Salam Semua.

Mengaji al.Quran.

Mengaji al.Quran adalah suatu kalimah atau perkataan yang tidak asing lagi terutamanya bagi orang Melayu, walaupun pengajian yang dilaksanakan itu tidak menyeluruh mereka tetap menamakan mengaji al.Quran, mengaji kalau tidak salah fahaman saya ialah berasal daripada perkataan kaji, setelah ditambah dengan imbuhan meng... pada awalannya (meng....kaji, huruf "K" digugurkan menjadikan " mengaji " ) maka perkataan itu berubah menjadi mengaji.

Perkataan mengaji juga lumrah digunakan oleh orang Melayu sebagai membaca al.Quran, penggunaan ini telah berlaku secara meluas di kalangan mereka dan menjadi suatu istilah yang difahami ramai.

Pengajian al.Quran sangat luas bidangnya seharusnya objektif pengajian ( mengaji ) itu meliputi bacaan yang betul mengikut hukum tajwid dan makhraj, pentafsirannya yang meyentuh hukum hakam yang terkandung di dalamnya, sejarah dan sebab nuzul ( diturunkan ) al.Quran, sasteranya termasuk perbandingan dan perumpamaannya dan berbagai-bagai khazanah perlu diselongkar untuk manfaat manusia dan alam amnya.

Diperintahkan membaca atau mengaji al.Quran supaya memahami suruhan dan perintah Allah untuk diamal dan dihayati di dalam kehidupan harian, kandungannya meliputi ekonomi, politik, sains, matematik, astronomi dan berbagai-bagai lagi. Kandungan al.Quran mencakup keseluruhan aspek kehidupam manusia dan alam. Maka sebab itulah Islam diyakini oleh penganutnya sebagai suatu cara hidup yang selamat di dunia dan di akhirat.

Mengaji yang difahami oleh masyarakat awam biasanya tertumpu kepada membaca dengan betul mengikut hukum tajwid dan makhraj sahaja. jika fahaman sekadari itu mana mungkin orang Islam dapat menjadikan al.Quran sebagai kitab panduan, oleh itu umat Islam wajib mempelari al.Quran dan mengkajinya lebih lanjut lagi sehingga mereka mampu mengamal dan menghayatinya di dalam kehidupan.

Jom kita renungi dan fahami ayat di bawah ini.

@@@@@@@

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

(yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam salatnya,

dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

dan orang-orang yang menunaikan zakat,

dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

kecuali terhadap istri-istri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.

Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.

Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya,

dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.

Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi,

(yakni) yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.

Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim).

Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.

Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati.

Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) di hari kiamat".

Surah al.Mukminun ( ayat 1 - 16 )

@@@@@@@


Intisari ayat dari surah al.Mukminun ayat 1-16.

1. Di dalam ayat tersebut Allah menyatakan dan menjelaskan mengenai orang mukmin ( beriman ) yang berjaya iaitu mereka yang mengamal dan menghayati perkara-perkara berikut ;
mereka yang khusyuk di dalam solatnya,
mereka yang tidak terlibat dengan perbuatan dan mengeluarkan perkataan yang sia-sia.
menunaikan zakat,
memelihara kemaluan mereka daripada kekejian.
Mereka ini akan mendapat balasan syurga firdaus.

2. Tegasnya orang-orang yang beriman yang mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat ialah mereka yang pada keseluruhannya patuh dan mengerjakan segala suruhan Allah dengan ikhlas dan pada waktu yang sama mereka juga tidak melakukan segala yang ditegah Allah.

3. Di dalam ayat tersebut secara terpericinya menjelaskan bahawa mereka yang berjaya mencapai kejayaan hakiki itu ialah mereka yang memiliki sifat-siafat berikut;
3.1. Beriman kepada Allah.
3.2. Orang yang khusyuk ketika bersolat.
3.3. Menjauhi percakapan yang jijik dan sia-sia.
3.4. Membersihkan harta dengan membayar zakat.
3.5. Menjaga kehormatan diri dan kemaluan.
3.6. Menjaga amanah dan menepati janji.
3.7. Menjaga solat dengan bersegera menunaikannya.

4. Kejadian manusia adalah seperti yang diterangkan di dalam ayat 12 sehingga 14 yang tersebut di atas.
5. Semua manusia akan mati dan kemudiannya akan dibangkitkan dari kubur masing-masing pada hari kiamat nanti.

###

Klik Je : Nama-nama Yang Maha Sempurna


Sekian.wallahu aklam.Wassalam.


2 comments:

Anonymous said...

Salam Leenoh.

Spt kata Leenoh, 'Mengaji' datangnya dari perkataan 'kaji'. Mengikut pemahaman 'oghang Kedah' ada 2 makna 'Mengaji':-
1) Membaca al-Quran
2) Belajar dari guru agama utk mendalami maksud pemahaman ayat-ayat dari kitab al-Quran atau mengkaji kitab.

Orang tua-tua selalu tegur orang muda yang jahil pasal agama bunyinya sebegini, "Awat hang ni, hang tak mengaji kaa?". Maksudnya begini, "Kenapa kamu ni jahil agama? Tak pernah belajar fahami kitab ke?"

Mengenai ayat al-Mukminun 1-16 tersebut, membuktikan bahawa al-Quran suatu kitab yang lengkap. Cara utk menjadi ahli syurga telah difirman. Cara penciptaan manusia secara saintifik juga telah difirman, termasuk juga kebangkitan di hari kiamat.

Saya kerap tertanya akan perkataan 'mewarisi' pada ayat tersebut. Mungkinkah 'mewarisi' bermakna:- "mewarisi syurga Firdaus dari Nabi Adam dan tempat baginda sebelum turun ke bumi ialah syurga Firdaus"?

Perlulah saya 'Mengaji' lagi utk lebih memahami.

Leenoh said...

Salam Zaidi.

Ya. fahaman yang betul mengenai mengaji adalah seperti ulasan anda.
Mungkin boleh juga saya katakan bahawa mengaji al.Quran itu ialah mempelajari al.Quran dalam segenap bidang yang terkandung di dalamnya.

Terdapat di kalangan mereka (ulamak) yang mempelajari al.Quran itu pula mengarang kitab-kitab memperjelaskan maksud yang terkandung di dalam al.Quran, oleh itu mengaji kitab itu juga bermakna mengaji al.Quran kerana kandungan di dalam kitab-kitab itu merujuk kepada al.Quran.

Demikianlah yang dimaksudkan dengan mengaji al.Quran itu pada pandangan saya.wallahu aklam.