Wednesday, October 21, 2009

Haji Tamattu' - Nota ulangkajiku.


Selamat berangkat ke Tanah Suci.
 
Salam semua.

Bulan Zulkaedah telahpun memulakan minggu pertamanya, mereka yang ahli keluarganya mendapat tawaran untuk menunaikan fardu Haji iaitu rukun Islam yang kelima, kini sedang sebok membuat persiapan terakhir dengan menyiapkan keperluan yang hendak dibawa dan juga sebok membuat khenduri dan menjemput sahabat handai membaca Surah Yasin dan doa selamat. setelah bertahun-tahun atau berbulan-bulan mengikuti ceramah "cara-cara mengerjakan Umrah dan Haji". tidak lama lagi akan sampailah masanya untuk direalisasikan.
Di antara mereka ada yang telah yakin mereka mampu mengerjakan ibadat itu dengan baik berbekalkan ilmu dan teori yang diperolehi daripada kursus-kursus yang telah diikuti dan terdapat juga mereka yang masih was-was sama ada mereka boleh mengerjakannya dengan betul atau tidak.
Ramai di antara yang hadir kursus itu tidak menyedari bahawa dua ibadat tersebut. (Haji dan Umrah) dikerjakan hanya melibatkan hati dan anggota badan ( fizikal) sahaja, tegasnya tidak melibatkan bacaan. Bahagian-bahagian yang melibatkan bacaan itu hanyalah pada perkara sunat sahaja.

Cara mengerjakan Haji.
Terdapat tiga cara atau tiga pilihan dalam mengerjakan ibadat Haji iaitu.

1. Haji Ifrad (afdal)
2. Haji Tamattu'
3. Haji Qiran.
Mengikut Mazhab Syafie mengerjakan Haji cara Haji Ifrad adalah yang paling afdal.

######################


Jom. Kita ulangkaji cara mengerjakan Haji Tamattu'.

Haji Tamattu' .
Haji Tamattu' atau Haji yang dikerjakan secara tamattu' ;
ialah me
ngerjakan ibadat Umrah terlebih dahulu , kemudian barulah mengerjakan Haji di dalam tahun yang sama.


Mengerjakan Umrah.

Panduan ringkas cara mengerjakan Haji dan Umrah
ini merujuk kepada Jamaah Haji Malaysia.

Setelah bakal Jamaah Haji sampai di miqat (tempat niat ) iaitu sebelum masuk ke Mekah di mana ketika itu mereka telahpun berpakaian ihram, maka mereka hendaklah berniat mengerjakan Umrah di tempat tersebut, setelah masuk ke Mekah mereka melakukan atau mengerjakan tawaf dan setelah tawaf pergi pula mengerjakan Sae. selepas selesai Sae, diikuti pula dengan tahlul ( bercukur ), dengan itu selesailah ibadat Umrah, Perbuatan mengerjakan Umrah dahulu daripada mengerjakan Haji itu dikenakan dam dan terikat dengan syarat-syaratnya, dam akan dibayar bersama-sama dengan dam yang lain nanti , kiranya terdapat lagi kekurangan yang terpaksa dikenakan dam.
Contoh aktiviti mengerjakan Umrah
(1)
Niat Umrah di miqatnya dalam pakaian ihram.
Contoh niatnya:
( Sahaja aku mengerjakan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala )
(2)
Masuk ke Mekah dan tawaf. bermula pada tanda garis hijau, iaitu sudut Hajaratul Aswad. Selepas tawaf diikuti pula dengan Sae.

(3)
Sae di sini, lihat laluannya di atas.Sae hendaklah dikerjakan selepas tawaf. ( Sae tidak sah tanpa bertawaf terlebih dahulu )
(4)
Bertahlul

Selesai Sae terus sahaja bertahlul iaitu bergunting
( memadai sekurang-kurangnya ) tiga helai rambut ataupun afdal bercukur . Bagi kaum wanita memadai menggunting tiga helai rambut sahaja dan mereka yang tiada rambut di kepala dikehendaki membuat laluan pisau di atas kepalanya. Maka dengan itu selesailah ibadat Umrah dan tidak lagi terikat dengan pakaian ihram. ( bebas berpakaian ).
____

Selepas selesai mengerjakan Umrah mereka yang mengerjakan Haji secara tamattu' ini akan menunggu sehingga 8 Zulhijjah barulah mereka akan berangkat ke Arafah. Dalam masa menunggu itu bolehlah mereka melakukan berbagai ibadat di Masjidil Haram atau melakukan ibadat Umrah beberapa kali lagi sebelum tiba tarikh tersebut.

Mengerjakan Haji
Apabila tiba 8 hb.Zulhijjah mereka memakai pakaian ihram sekali lagi dan berniat ihram Haji di tempat kediaman mereka di Mekah dan bertolak ke Padang Arafah untuk berwuquf.
Wuquf di Arafah - Di antara tuntutannya ialah mesti berada di Arafah (walaupun sebentar iaitu di antara gelincir matahari 9hb.Zulhijjah sehingga terbit fajar hari 10hb. Zulhijjah ).
Biasanya selepas solat Isyak di Arafah mereka akan bertolak pula ke Muzdalifah dan bermalam di sana, mereka mesti berada di sini selepas separuh malam, di sini mereka mengutip anak-anak batu untuk melontor di tiga jumrah.
Selepas solat Subuh di Muzdalifah mereka bertolak pula ke Mina,

sampai di Mina mereka pun berehat di dalam khemah yang disedia
kan dan pada 10hb.Zulhijjah mereka pergi melontar di Jumrah Kubra (Aqabah ) dengan tujuh biji batu dan tujuh lontaran,( pada hari ini melontar di satu jumrah sahaja ) ,

setelah selesai lontaran maka
mereka bolehlah bertahlul awal ( bergunting
atau bercukur ) dan selepas itu dibolehkan berpakaian biasa. sebahagian besar larangan ketika ihram telah gugur kecuali masih dilarang bersetubuh,mencium, bercumbuan dengan isteri, berkahwin, menjadi wali kahwin dan menjadi wakil kahwin.
Pada 11, 12 dan 13hb.Zulhijjah menyambung lontaran ketiga-tiga jumrah ( sughra, wusta dan kubra ).

Bagi mereka yang ingin membuat na
far awal mereka bolehlah balik ke Mekah selepas selesai membuat lontaran pada 12 hb.Zulhijjah dengan berniat tidak akan kembali ke Mina lagi untuk membuat lontoran seterusnya (lontaran mereka memadai ),

sampai di Mekah mereka bertawaf dan kemudiannya men
gerjakan Sae. Dengan itu sempurnalah ibadat Haji mereka.

Bagi mereka yang memilih meneruskan lontaran pada hari 13hb.Zulhijjah, selepas selesai membuat lontaran di tiga jumrah tersebut, barulah kembali ke Mekah dan melakukan tawaf dan Sae, dengan itu mereka juga sempurnalah ibadat Haji yang dikerjakan itu.

Contoh aktiviti mengerjakan Haji.
(1)Niat ihram Haji di kawasan Kota Mekah,
tempat yang afdal ialah di pintu rumah kediaman.

Contoh niatnya:
( Sahaja aku mengerjakan Haji dan aku berihram dengannya kerana Allah Taala )

Pada 8hb.Zulhijjah bertolak ke Padang Arafah .

(2)
Masa untuk berwukuf di Arafah ialah pada 9hb.Zulhijjah selepas waktu Zohor sehingga masuk Subuh hari yang ke 10 Zulhijjah. Memadai berada sebentar di dalam tempoh tersebut.
(3)

Bermalam ( mabit ) di Muzdalifah, waktunya selepas separuh malam pada 10hb.Zulhijjah sehingga waktu subuh,( memadai berada sebentar dalam tempat tersebut ),
biasanya jamaah Haji mengutip anak batu di sini

(4)
Bermalam ( mabit ) di Mina- iaitu selepas separuh malam pada 10hb.Zulhaijjah dan seterusnya pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah, bakal Haji dikehendaki berada di situ sehingga lebih separuh malam pada tiap-tiap malam tersebut kecuali mereka yang membuat nafar awal boleh meninggalkan Mina sebelum terbenam matahari pada 12 hb. Zulhijjah.
(Tinggal di dalam khemah dan berulang alik ke jumrah untuk melantar ).
(5)
Di Jumrah ( tempat melontar ) .
Selepas selesai melontar balik ke Mekah.

Bertahlul.
( dilakukan selepas lontaran pada hari pertama - 10hb.Zulhijjah )
(6)
Sampai di Mekah mengerjakan tawaf Haji,
kemudian mengerjakan Sae.
Kelihatan di hadapan itu orang sedang bertawaf ( berjalan arah ke kanan )

(7)Selepas tawaf bersae di sini.setelah sempurna bersae maka selesai dan sempurnalah ibadat Haji, semua dam hendaklah dibayar dengan sempurna.

Penjelasan ini sangat ringkas dengan mengutarakan pengetahuan yang sangat minimum.Elok dimantapkan lagi melalui sumber yang lain pula.
Hanya nota ulangkajiku. Jangan tanya baca sahaja, he3.

Sekian. wallahu aklan. wassalam.





















4 comments:

Mak Su said...

terima kasih utk maklumat ni :)

Nl said...

salam pak ngah ...

tak lama lagi raya haji pulak...
tapi kat sini tak meriah raya hajinya.

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Sekadar ulangkaji dari nota yang terdapat di dalam simpanan.
Semua gambar yang dipaparkan atas izin Sdr.Manzlie yang sekarang bertugas di Makkah.
Semoga semua yang terlibat iaitu yang menulis,membaca dan memberi gambar akan disejahterakan Allah.amin.

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Sdr.Naqeeb sebenarnya kita tersasul dalam menghayati hari raya.
Raya Haji sepatutnya lebih meriah berbanding dengan Hari Raya Puasa.

Raya Haji berlaku pada 10,11,12 dan 13 hb.Zulhijjah serta disuruh atau disunatkan berkorban.

Raya Puasa tarikh termaktub hanya pada 1hb.Syawal sahaja kemudian suruh puasa sunat pada 2hb.Syawal dan seterusnya...he3...begitulah adanya.... di Kelantan dan Kedah mengamalkannya sekarang...raya puasa lebih kurang seminggu sahaja melainkan kalau orgonisasi terpaksa mencari tarikh yang sesuai..