Wednesday, January 12, 2011

Perkara yang dibenci itu, mungkin baik untuk kita.

Salam semua.

Manusia adalah makhluk Allah yang paling istimewa sama ada dari segi jasmani atau rohaninya, dari segi fizikal atau jasmani manusia mempunyai susuk badan yang cantik dan menarik, manakala dari segi rohani manusia mempunyai akal fikiran yang boleh berfikir sehingga terciptanya kemajuan dan tamadun di dunia ini.

Namun demikian kerana kuasa Allah itu Maha Luas maka masih terdapat bahagian yang tidak dicapai oleh kuasa atau kemahiran akal manusia. Masih banyak perkara yang tidak mampu difikirkan oleh akal manusia, dalam hal ini Allah berfirman di dalam kita suci-Nya yang bermaksud;

".........................dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya".
(Surah al.Baqarah- ayat 216 ).

Ekoran dari kelemahan manusia itu Islam menganjurkan umatnya berusaha dan berikhtiar sarta berdoa kepada Allah untuk mendapatkan yang terbaik, di antara usaha dan doa itu ialah bersolat hajat dan bersolat istikharah untuk mendapat yang terbaik dan untuk mendapatkan -" yaqinan sodiqa - yakin pada yang benar "- seperti yang dinyatakan di dalam terjemahan ayat di atas, kadang-kadang manusia menyangka dan meyakini sesuatu yang mereka tidak suka atau benci itu tidak baik bagi mereka pada hal perkara itu baik atau sangkaan sebaliknya.

Sebagai contoh seorang bapa mendapat rezeki yang banyak atau meningkat ke taraf mampu ( sebelumnya tidak mampu ), setelah mampu ia pun membeli sebuah motorsikal untuk kegunaan anaknya ke sekolah, dalam jarak tidak berapa minggu selepas anaknya menghayati hidup baru itu, tiba-tiba berlaku kemalangan dan meninggal dunia. Kalaulah perkara ini diketahui sebelumnya tentulah motorsikal itu tidak akan dibeli untuk kegunaan anaknya itu. Maka di sinilah dilihat bersolat istikharah sebelum membuat sesuatu keputusan itu sangat perlu. Walaupun ajal maut itu ditangan atau di bawah kuasa Allah tetapi kita disuruh berikhtiar dan berusaha supaya tidak menyesal kemudian setelah berlaku sesuatu yang tidak diingini, Jika ianya berlaku juga kita tidak akan menyesal kerana sebelumnya kita telah bertindak dan menguruskannya dengan betul. ( Ini hanya sebagai suatu contoh sahaja bukan cerita benar, mungkin terdapat kebetulan berlaku demikian dan banyak lagi contoh yang lain yang kita dapat sesuaikan dengannya ).

No comments: