Sunday, January 23, 2011

Istighfar yang biasa dibaca selepas solat Subuh.

Salam semua.

Memohon keampunan dari Allah atau istighfar, dibaca secara individu , Saiyidul Istighfar ( Penghulu Istighfar ) yang tertera di bawah ini sesuai dibaca selepas solat Subuh atau bila-bila masa.

Rasulullah saw menerangkan: “Siapa membaca istighfar utama diwaktu pagi dengan penuh keyakinan sesuai erti dan tujuan kalimat tersebut, kemudian ia meninggal pada hari itu, ialah ahli syurga. Dan siapa yang membaca diwaktu petang dengan cara itu, kemudian ia meninggal pada malam hari, iapun ahli syurga.

penghulu.jpg


Bacaannya berbunyi kira-kira,
"Allahumma Anta Robbi, Laa Ilaaha Illa Anta, Kholaqtani wa ana 'abduKa, wa ana ‘alaa ‘ahdika wa wa’dika mastatho’tu, Audzubika min syarri maa shona’tu, Abu-u laka bi ni’a-matiKa ‘alaiyya wa abu-u laKa bidzanbi faghfirlii fainnahu laa yaghfiruz zunuuba illa Anta "

Maksudnya:

”Ya Allah Engkau adalah Tuhanku, Tidak ada sembahan yang haq kecuali Engkau, Engkau yang menciptakanku sedang aku adalah hamba-Mu dan aku diatas ikatan janji -Mu (yaitu selalu menjalankan perjanjian-Mu untuk beriman dan ikhlas dalam menjalankan amal ketaatan kepada-Mu) dengan semampuku, aku berlindung kepadamu dari segala kejahatan yang telah aku perbuat, aku mengakui-Mu atas nikmat-Mu terhadap diriku dan aku mengakui dosaku pada-Mu, maka ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang boleh mengampuni segala dosa kecuali Engkau”.


Peringatan:

Setelah membetulkan bacaan dan telah mahir membacanya, untuk menghafaznya bacalah secara latih-tubi melebih 40 kali...Insya Allah akan berjaya menghafaznya.

Wallahu aklam.

No comments: