Saturday, January 1, 2011

Dakwah Nik Abdul Aziz berkesan.

Salam semua.

______________________________________________

HARAKAHDAILY
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 20 Dis: Penegasan Karpal Singh bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan sedia berbincang dengan PAS berhubung isu negara Islam, dilihat membuka satu episod baru, muafakat dalam Pakatan Rakyat.

Demikian petikan mukadimah berita dari Harakahdaily.

____________________________________________


Merujuk kepada isu di atas.
Anjakan yang dibuat oleh DAP itu, pada hemat saya bukanlah suatu anjakan yang berupa pendekatan politik semata-mata tetapi ianya datang dari suatu inovasi dalaman pemimpin-pemimpinnya yang selama ini berada di suatu lokasi yang jauh dari persekitaran ilmu Islam. Kini setelah mereka berada di tengah medan ilmu Islam yang dihidangkan di atas meja yang sama dengan ilmu yang mereka sendiri miliki, akhirnya barulah hati mereka menerimanya dan berubah menjadi lembut dan jinak, Situasi ini memungkinkan apa-apa isu mengenai Islam dapat dibawa ke meja perundingn, di sana dapatlah berunding dan berbincang bersama, Islam memang bersangka baik dengan sesiapa sahaja kerana Islam itu sendiri diturunkan untuk semua umat manusia , tidak kira apa bangsa dan keturunan mereka. Kenyataan ini bukan suatu pembohongan atau pendustaan tetapi ianya suatu hakikat.

Sepatutnya setiap orang Islam berkewajipan memberi kefahaman mengenai Islam kepada orang bukan Islam, terutamanya kawan-kawan rapat mereka , selama ini kita sangat pasif dalam hal ini, sangat sedikit yang mengambil bahagian dalam bidang dakwah ini. Tiada apa-apa kesalahan pun kalau kita bersikap demikian, kita hanya ingin memberi mereka faham tentang Islam, sekurang-kurangnya dapat menghapuskan sebahagian salah faham yang bermain di minda mereka selama ini. Memahami di antara satu sama lain merupakan jambatan perpaduan yang tulen yang akan memberi kebaikan kepada masyarakat dan negara.

Dalam pemerhatian saya, saya dapati Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama kawan-kawannya tidak pernah jemu mengajak mereka yang bukan Islam ini supaya memahami Islam, dalam kontek dakwah saya melihat pendekatannya telah menghasilkan kejayaan dan dakwahnya dilihat berkesan. Beliau sentiasa bersangka baik pada kebanyakan isu yang ditimbulkan bersabit dengan orang bukan Islam terutamanya mengenai penglibatan mereka dengan aktiviti orang Islam di surau atau di masjid, walaupun setengah pihak menganggapnya sebagai menghina Islam tetapi beliau tetap bersikap terbuka dan sentiasa mencari peluang menjinakkan orang bukan Islam kepada Islam dan berusaha supaya mereka diberi peluang secukupnya untuk mengenali Islam yang sebenarnya bukan hanya sangkaan sahaja.

Tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti dakwah seperti ini adalah hasil kesinambungan dakwah dan perancangan sejak dahulu lagi kerana perancangan itu tidak diabaikan, maka kini orang yang terkemudian mengutip hasilnya.

Sekian...wallahu aklam.

No comments: