Monday, January 3, 2011

Beli tiket ke Ayer Hitam turun di Machap. Johor.

Salam semua.

Peristiwa Akhir Tahun 2010.

Untuk perjalanan ke Kluang, tiket bas ekspres dibeli di Shah Alam, tiket dari Shah Alam ke Ayer Hitam, tiket dibeli beberapa hari sebelum perjalanan. Pada 25 Dis.2010 jam 9.30 pagi bas pun bertolak dari Shah Alam ke selatan, jam 12.35 sampailah di persimpangan untuk ke Tol Ayer Hitam tetapi bas terus meluncur seperti biasa arah ke Johor Baru sehingga melepasi persimpangan tersebut , terpaksalah bangun bertanyakan sebab pemandu tidak masuk ke Tol Ayer Hitam pada hal terdapat empat penumpang yang membeli tiket ke destinasi tersebut, pemandu memaklumkan bahawa bas tersebut tidak masuk ke Air Hitam sebaliknya perjalanan terus ke JB. Akhirnya beliau berhenti di R&R Machap untuk kami turun.

Siapakah yang salah?
1. Pembeli tiket telah membeli tiket ke Air Hitam dan menaiki bas tersebut atas arahan pihak penjual tiket.
2. Pemandu menjalankan tugas mengikut jadual rutinnya ( bukan pandai-pandai sendiri )
3. Mungkin penyelaras tidak menjalankan tugasnya dengan baik.

Apakah yang perlu dibuat ?.
1. Pemandu seelok-eloknya memaklumkan kepada penumpang tempat - tempat yang akan bas singgah sebelum sampai di destinasi akhir supaya, jika terdapat kesilapan dan kelemahan dapat diperbetulkan sebelum perjalanan bermula.
2. Penyelaras perlu memaklumkan kep
ada pemandu mengenai penumpang yang membeli tiket dari kauntar bas yang lain yang ditumpangkan ke dalam bas tersebut.

Peristiwa bersejarah Awal Tahun 1432h/2011m.


Isnin:
28 Muharram 1432 / 03.Januari 2011.

Hari pertama ke sekolah.


Sekian...wallahu aklam.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam Ust.,

Ya-Allah kesihannya. Jauh lagi tu nak ke Air Hitam. Memang tak patut pihak pentadbir/penjual tiket tidak memberitahu pemandu. Pemandu juga sepatutnya boleh ada belas ihsan lalu AIr Hitam kerana kalau dgn bas tak sampai pun setengah jam.

.... gambar comel nak ke sekolah ye. Auntie ucapkan moga menjadi anak yg berjaya untuk dunia dan akhirat.

Leenoh said...

W.salam.
Tidak sangka langsung, selepas terlepas persimpangan baru tahu situasinya, Nasib baik ada anak datang ambik, dua penumpang lagi yang juga terperangkap di dalam situasi itu terpaksa terus ke JB.